Pertembungan media sosial dan pengamal media YA, saya tahu, media sosial merupakan satu viral yang tidak boleh dinafikan. Kegilaan terhadap media sosial terutama apabila semua orang mahu menjadi pelapor tidak rasmi seperti mempunyai blog sendiri atau selebriti misalnya berasa besar dengan pengikut yang ramai dalam media sosial, memberi impak yang pelbagai kepada pengamal media profesional. Sebagai contohnya, isu tentang blogger terutama blogger hiburan memang sedang hangat diperkatakan dalam kalangan pengamal media profesional. Ia telah diulang tulis beberapa kali oleh rakan penulis hiburan yang lain. Isunya timbul apabila ada blogger seperti Beautifulnara misalnya, dengan jelas melaga-lagakan artis dan wartawan hiburan. Juga, dengan jelas, tanpa hadir ke majlis hiburan, dia akan mencedok artikel daripada akhbar tanpa memberi kredit kepada akhbar yang diambil tetapi menulis seperti ia memang ditemu bual olehnya. Malah, terdapat banyak blogger yang hadir ke sesebuah majlis, ikut serta temu bual, namun tidak pernah bertanya. Bagaimanapun, sebelum pengamal media mengeluarkan berita tersebut, ia terlebih dahulu 'disapu bersih' oleh blogger tanpa rasa bersalah. Ia sekali gus menghapuskan nilai eksklusif berita yang sepatutnya hanya dicetak atau dilapor pada keesokan hari. Pemberita tidak sah Secara peribadi, saya tidak menyalahkan blogger atau pemilik media sosial tetapi ia berkaitan dengan kepesatan teknologi yang tidak boleh ditinggalkan. Semua orang boleh menjadi pemberita tidak sah dan menggunakan medium sosial sebagai jalan untuk menyalurkan apa sahaja yang kita gelar sebagai informasi. Di sini masalahnya; pertembungan antara medium sosial dengan pengamal media. Ini kerana pada masa kini, hampir semua orang terutama selebriti mempunyai media sosial tersendiri untuk menyalurkan informasi, promosi ataupun isi hati. Malah, oleh kerana ada yang beranggapan pengamal media selalu memperleceh atau salah lapor dan semua label yang buruk diberi kepada kami, maka ramai artis dengan senang dan bangga menggunakan media sosial masing-masing seperti Twitter, Facebook atau Instagram untuk memperbetul laporan, menafikan kenyataan serta menyebarkan maklumat sendiri tanpa bantuan media. Paling ketara, seorang deejay yang baru berkahwin dan mempermainkan media dengan beberapa tweet yang mengelirukan. Pada hari pernikahan, wartawan yang hadir juga tidak disapa dan dipersalahkan kerana dianggap tidak dijemput tetapi hadir, maka hadaplah apa yang tuan rumah berikan iaitu layanan dingin. Usai majlis, dia kemudian memuat naik gambar selfie perkahwinannya dengan penjelasan berjela-jela. Ditulis dengan penuh 'permainan' meminta maaf kepada media dan menulis semua butiran tentang majlis tersebut supaya pada mata peminat, pengamal media ini tetap salah atau tidak faham bahasa dengan tidak menghormati privasinya. Wak Doyok Ya, media sosial juga kemudian digunakan juga oleh beberapa selebriti yang menafikan banyak tulisan rakan penulis hiburan kononnya ia tidak berlaku, bersifat bodoh dan sebagainya. Salah seorangnya, bukan orang industri hiburan tetapi menjadi selebriti mendadak kerana kononnya begitu stailo, Wak Doyok yang dengan terang terangan menerusi Instagram miliknya membenarkan para pengikutnya merendahkan martabat penulis hiburan hanya kerana sebuah artikel hiburan yang tidak mendalam tentang fesyen. Apa yang saya cuba sampaikan di sini, individu-individu seperti ini tidak memikirkan impak jangka panjang tentang karier mereka. Bukan mahu mendabik dada mengatakan soal rezeki mereka di tangan pengamal media, tidak sama sekali. Sebaliknya apa yang saya mahu katakan ialah cuba ingat pada zaman media sosial bukan satu viral, bagaimana kalian melayan pengamal media? Bagaimana kalian tidak kisah untuk sehari 14 kali turun sesi fotografi untuk meraih publisiti terutama untuk mengembangkan bisnes selepas nama menjadi terkenal. Pada masa itu, media sosial tidak sehebat hari ini. Dan pernahkah kalian terfikir kebarangkalian media sosial tidak akan terus menjadi viral. Jadi, adakah dengan muka tak malu akan kembali meminta publisiti kepada pengamal media elektronik untuk menghebahkan produk atau publisiti kalian? Kata bidalan orang lama, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Beringatlah sebelum membuat satu keputusan hanya kerana berasa media sosial yang diikuti oleh banyak penyokong kalian akan selalu menyokong kalian. Kuasa maklumat di hujung jari, memang tidak boleh dinafikan, namun saya percaya kalian semua jauh lebih bijak, rasional dan realistik daripada saya dalam membuat sesuatu keputusan supaya impaknya tidak memberi kesan negatif kepada karier kalian masing-masing.
|
Usai majlis, dia kemudian memuat naik gambar selfie perkahwinannya dengan penjelasan berjela-jela. Ditulis dengan penuh 'permainan' meminta maaf kepada media dan menulis semua butiran tentang majlis tersebut supaya pada mata peminat, pengamal media ini tetap salah atau tidak faham bahasa dengan tidak menghormati privasinya.
Bagaimana kalian tidak kisah untuk sehari 14 kali turun sesi fotografi untuk meraih publisiti terutama untuk mengembangkan bisnes selepas nama menjadi terkenal.
Isunya timbul apabila ada blogger seperti Beautifulnara misalnya, dengan jelas melaga-lagakan artis dan wartawan hiburan.
Juga, dengan jelas, tanpa hadir ke majlis hiburan, dia akan mencedok artikel daripada akhbar tanpa memberi kredit kepada akhbar yang diambil tetapi menulis seperti ia memang ditemu bual olehnya.
juliez posted on 10-1-2014 09:43 AM
Ini bukan zubir yg tulis.. Reporter kosmo Maliah Surip
Somehow i agreed dgn her writing. Lind ...
miawpink posted on 10-1-2014 09:48 AM
yang tu mang ada yg linda mcm memain kn repoter..
twitt nk blik ke selatan...
juliez posted on 10-1-2014 09:56 AM
I tak faham?
I rasa mcm zubir nak highlightkan pasal kawan reporters yg ke sana sini salah lo ...
miawpink posted on 10-1-2014 09:52 AM
hihi sorang da masuk....
nk panggil lg...
jgn buat x tau je...
ADVERTISEMENT