CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Fazura Akui Berkawan Rapat Dengan Dj Popular Di LA

16-1-2014 05:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27677| Komen: 130




Agak lama juga dia tidak dikaitkan dengan gosip cinta. Alih-alih baru-baru ini timbul desas desus Nur Fazura dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang jejaka Inggeris yang merupakan salah seorang pemuzik dan DJ popular di Los Angeles, Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Randy Siedman.
Menguatkan lagi spekulasi, apabila aktres itu beberapa kali memuat naik gambar jejaka tersebut di laman Instagramnya sewaktu dia bercuti di LA, bulan lalu. Lebih manis menerusi akaun sosialnya itu, Fazura ada yang menyatakan yang Randy banyak menemaninya sepanjang menikmati percutian selama sebulan di sana. Malah Fazura dan Randy masing-masing ada menulis seperti mereka menyukai dan mengagumi antara satu sama lain.
















Antara gambar Randy yang dimuat naik Fazura di Instagram sekaligus menimbulkan tanda tanya ramai mengenai sejauh mana hubungan mereka. Kredit foto Instagram Fazura

"Dia kawan baik saya. Boleh dikatakan yang dia kawan lelaki paling rapat dengan saya sekarang tapi tidak bermakna kami bercinta. Kami kenal sejak setahun lalu. Ya, dia adore saya dan saya pun adore dia (gelak). Saya rasa tak salah kalau kita nak adore kawan kita.

"Dia pernah beberapa kali datang ke Malaysia. Dia juga ada datang sewaktu majlis hari jadi saya yang lalu. Dan saya pergi bercuti ke LA bukan lah sebab semata-mata nak jumpa dia. Dari dulu lagi saya memang menyimpan hasrat nak bercuti ke Amerika. Sebelum ni saya lebih kerap bercuti di negara Eropah.

"Tahun lalu saya berkesempatan ke sana dan kebetulan saya ada beberapa orang kenalan di sana termasuklah dia (Randy). Sepanjang saya di sana, dia menjaga dan melayan saya dengan baik. Mungkin sebab saya banyak upload gambar dia, jadi orang hanya nampak dia saja. Padahal saya ada juga beberapa kawan lain di sana", kata Nur Fazura tatkala ditanya mengenai sejauh mana hubungannya dengan lelaki berkenaan.

Nur Fazura ditemui pada majlis previu filem 'Kami Histeria', bertempat di e@Curve, malam tadi.
Ditanya apa yang membuatkan dia selesa berkawan dengan Randy, Fazura berkata kebijaksanaan dan sikap Randy yang sangat menghormati wanita membuatkan dia tertarik sekaligus senang menjalinkan hubungan sebagai sahabat dengan lelaki tersebut. Malah akui Fazura, Randy banyak memberi inspirasi kepada dirinya.
"Dia seorang yang bijak dan sangat menghormati wanita. Sikapnya yang sentiasa positif secara tak langsung banyak memberi inspirasi kepada saya. Dia seorang yang unik. Bila bersama dengan dia, saya sentiasa nak jadi individu yang lebih baik", ujarnya.


Bangga Dengan Yuna

Selama sebulan di sana, banyak pengalaman menyeronokkan yang dilalui Fazura setiap hari. Antara momen berharga apabila dia dapat bertemu dengan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna.
Malah sewaktu Yuna diundang sebagai tetamu sebuah rancangan bual bicara popular Amerika, Jimmy Kimmel, Fazura juga berpeluang hadir sama ke program tersebut dan menyaksikan Yuna membuat persembahan.


2

Bagus

Marah

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote offwhite 16-1-2014 03:34 PM
beralih angin miss fazbulous..ok la tu...pemuda melayu x mau...kejor mat saleh...ingatkan ryan seacrest dj popular tu...
Quote ais_kosong 16-1-2014 03:38 PM
randy lak pulok..
moga bahagia
Quote rosasa 16-1-2014 03:47 PM
kesian.... dah tua baru nak bercinta berpoya2 ... kesian...
Quote watie79 16-1-2014 03:53 PM
elok ler tewww...
esok2 buleh join group azah, ning dan nurul...
Quote fifie_olin 16-1-2014 03:55 PM
aku x suka la dia kapel ngan mamat botak tu...len mcm jek aku tgk....
bleh plak dia pggl monkey...isk...isk...
Quote mitnick 16-1-2014 04:00 PM
mn tau pasni boleh melebarkan sayap ke holiwud pula
Quote juliez 16-1-2014 04:04 PM

Dah downgrade ker taste fazura ni?
Quote lylea 16-1-2014 04:05 PM
okey la.. umur pun dh nk msk 30an... mat saleh pun ok ler...dr melayu pun blm tentu boleh jaga adab
Quote amyainsamad 16-1-2014 04:06 PM
Quote eyansss 16-1-2014 04:07 PM
popular ke si randy ni kat sana?
Quote edoraixora 16-1-2014 04:11 PM
ok, noted. next....
Quote sueism 16-1-2014 04:41 PM
eyansss posted on 16-1-2014 04:07 PM
popular ke si randy ni kat sana?

Teramat DJ bombastic! X pernah dengar hahahaha
Quote HannahMontana 16-1-2014 04:56 PM
Aku nak beritahu awal2 okeh,

omputih ni  kalau ko x berduir ,xberharta ,xkan dia sanggup tinggalkan negara dia dmei nak hidup dgn ko di negara kelas ke-3 .


xperlulah berangan...

jodoh kita x semestinya dgn omputih ,dgn lelaki Melayu pun xpe janji hensem dan kaya.
Quote annehuda 16-1-2014 04:58 PM
oh baru aku tau Malaysia ni negara kelas ketiga rupenye
Quote solstice 16-1-2014 05:02 PM
Elok lah kau kawin kokesen fazura oiii
Kalau ummah melayu ni mebi x cukup urban nak layan taste kau
Quote famri7 16-1-2014 05:07 PM
Fake cam desperate gila duk upload n hashtag merapu dekat lakinih...sibotak nih pon layan laa..monolog si randy :this chinese is trying so hard to get my D....
Quote buangmasa 16-1-2014 05:16 PM
suka hati ko la...motif meroyan sana sini..duk diam2 boleh?
Quote shiraloveyou 16-1-2014 05:17 PM
Laki tu ade x upload pic faz kt insta dia?klau ade,bleh prcaya la..klau x,nmpak sgt faz terhegeh2 kt laki botak nih
Quote enybelle 16-1-2014 05:34 PM
shiraloveyou posted on 16-1-2014 05:17 PM
Laki tu ade x upload pic faz kt insta dia?klau ade,bleh prcaya la..klau x,nmpak sgt faz terhegeh2 kt ...

Mamat tu ade upload gak. Tp x sekerap MF.

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.053337 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top