Wardina Safiyyah
Wardina Jadi Duta Tilam, Bawa Diri Ke Australia KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menganggap keputusannya untuk menyambung pelajaran dan berhijrah ke Brisbane, Australia pada Jun ini sebagai langkah memulakan hidup baharu bersama keluarganya. Wardina Safiyyah atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, berkata keputusan nekad itu adalah bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan pelajaran tanpa sebarang gangguan. "Saya ingin berehat daripada kehidupan di sini yang terlalu banyak aktiviti, setiap minggu ada sahaja jemputan menghadiri majlis yang tidak mampu untuk ditolak, perkara sebegitu membuatkan masa bersama keluarga dan pelajaran terjejas.
"Insya-Allah, di sana saya boleh fokus sepenuhnya kepada pelajaran dan berharap dapat menyambung ke peringkat lebih tinggi lagi," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis memperkenalkan duta baharu tilam jenama 'Good Nite', di Hotel Westin, di sini, Isnin. Wardina akan melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi di salah sebuah universiti di Australia pada Jun ini. Tambahnya, dia dan anak-anak akan berpindah terlebih dahulu sebelum suami, Ikhwan Johari, 38, yang masih mempunyai komitmen terhadap pekerjaannya. Ibu kepada Amna Nafeesa, 10, Azra Fareera, 7, dan Imran Ar-Razi, 5, ini berkata, anak-anaknya akan dimasukkan sekolah aliran agama Islam di negara itu. "Alhamdulillah, ayah dan adik saya yang bekerja sebagai doktor di sana akan bantu urusan persekolahan anak-anak saya nanti," katanya. Sementara itu, Wardina yang dilantik sebagai duta baharu tilam jenama Good Nitememberitahu ia adalah salah satu rezeki untuk meringankan beban kos pelajarannya di negara berkenaan. Sebelum menerima tawaran tersebut, dia meletakkan beberapa syarat kepada syarikat terbabit bersesuaian dengan imejnya seorang wanita berhijab. "Saya pun pelik kenapa mereka mahu saya jadi duta kerana saya sudah lama tiada dalam industri seni ini. "Saya sudah beritahu mereka bahawa saya tidak boleh bergambar dengan aksi yang menjolok mata dan berpakaian ketat seperti model tilam lain, namun mereka setuju dengan syarat tersebut," katanya. Dalam pada itu, tambah Wardina, penghijrahannya ke Australia juga tidak menjadi masalah untuk dia mempromosikan jenama tilam berkenaan. |
siputsedut posted on 4-3-2014 06:41 AM
Adik doktor kt aussie? Adakah irfan?
Selamat pergi dan selamat kembali wardina
vanilacup posted on 4-3-2014 08:18 AM
sayangnya rumah dah deko lawa2 so x nak duduk Malaysia.Untunglah siapa yg mampu beli rumah dia kat K ...
tinker_bell posted on 4-3-2014 06:49 AM
uoll kenal irfan jugak ker??
tinker_bell posted on 4-3-2014 09:17 AM
heol bukan masuk boys school ker??ker uoll laki??
siputsedut posted on 4-3-2014 09:18 AM
Mana ade..heols skolah mrsm la dr form 4 ke form 5..uols knl heols camne? Die ke duk aussie tu?
molimoshika posted on 4-3-2014 08:39 AM
dia sambung Ph.D ke kat sana? sonoknye sbb semua family ada sana
ADVERTISEMENT