CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakcik Prihatin Cat Batu Nisan Lama

14-7-2014 10:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5742| Komen: 35

Description: Selain Itu, Dia Turut Mengalu-Alukan Sumbangan Sebuah Pondok Bagi Dijadikan Tempat Berteduh Di Kawasan Itu Sebab Pondok Sedia Ada Makin Uzur Dan Bimbang Akan Runtuh Bila-Bila Masa.
Guna wang sendiri cat nisan lama

KUALA NERANG - Seorang penjaga kubur sukarela tanah perkuburan Islam di Pekan Kuala Nerang merayu kepada waris yang disemadikan di tanah perkuburan itu dapat menghulurkan sumbangan bagi mengindahkan tanah perkuburan itu.

Adnan Morrad, 61, berkata, dia merayu kepada waris yang dikebumikan di situ supaya dapat menghulurkan sumbangan seperti pokok bunga kertas, bunga raya dan puding bagi mengindahkan tanah perkuburan itu.

Katanya, semua pokok itu akan ditanam di sekeliling pagar di tanah perkuburan itu supaya nampak lebih cantik dan teratur menjelang hari raya nanti.

“Saya bekerja di sini secara sukarela untuk mengindahkan tanah perkuburan ini dan hanya membantu membersihkan sekitar kawasan ini sahaja.

Bagaimanapun saya memerlukan sumbangan pokok bunga bagi menghiasi tanah perkuburan ini supaya tanah perkuburan ini lebih indah.

“Sudah hampir setahun saya menjaga kawasan ini dari tanah perkuburan yang semak dengan belukar hinggalah bersih seperti hari ini. Saya mahu jadikan tanah perkuburan ini sebagai kubur dalam taman dan akan menjadi contoh kepada tanah perkuburan yang lain sekitar Padang Terap ini,” katanya.

Menurutnya, bagi mengindahkan tanah perkuburan itu, dia memerlukan sokongan dan bantuan waris serta agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantunya mengindahkan tanah perkuburan itu.

Kata Adnan, dia sanggup mengeluarkan wang poketnya sendiri semata-mata bagi mengecat batu nisan lama di tanah perkuburan itu supaya nampak cantik serta  mudah kelihatan.

"Saya mahu tanah perkuburan ini menjadi taman supaya dapat mengubah pandangan masyarakat hari ini yang membayangkan sesuatu yang gerun berkaitan kubur," katanya.

Selain itu, dia turut mengalu-alukan sumbangan sebuah pondok bagi dijadikan tempat berteduh di kawasan itu sebab pondok sedia ada makin uzur  dan bimbang akan runtuh bila-bila masa.

“Oleh itu, saya harap waris di sini dapat sumbangkan pokok atau pondok bagi mengindahkan kawasan ini.

"Setiap seorang diminta membawa satu pokok sahaja dan kemudiannya saya sendiri akan menanamnya tanpa sebarang bayaran,” katanya yang juga bekas seorang pesara Majlis Daerah Padang Terap.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 11-7-2014 01:44 PM
mulianya hati pakcik nie..at least dia terus mintak pokok.. so kte tau dia jujur. kalau dia mintak duit, kang msti kte terlintas tuk personal use.
Quote uori 11-7-2014 01:46 PM
baguslah pakcik nih
Quote lululun 11-7-2014 01:46 PM
wow.... tanah kubur islam mmg banyak bersemak dan tak tersusun dan buruk2. bagus pakcik ni amek inisiatif
Quote FanTasyCreaTioN 11-7-2014 01:47 PM
ninjago posted on 11-7-2014 01:44 PM
mulianya hati pakcik nie..at least dia terus mintak pokok.. so kte tau dia jujur. kalau dia mintak d ...

ha`ah kan..
permintaan takat mintak pokok ja

semoga niat baik pakcik ni tercapai


Quote twins 11-7-2014 01:50 PM
orang selalu gerun lalu kat kawasan kubur sebab suasana tu yg suram.. batu nesan dah hitam2 berlumut..semak samun.. pokok kayu ara besar2... bagus pakcik ni usaha dia untuk ubah pandangan orang tentang kawasan perkuburan... kan cantek tu nampak terang benderang jerr... kalau pi dok sorang2 mengaji kat tepi kubur pun tak rasa takut apa...hantu syaitan pulak takut nak menyakat sebab terang sangat...
Quote kekure 11-7-2014 01:53 PM
Kubur Islam selalu nampak ngeri akibat tak terjaga..
Belukar tinggi sampai rimau boleh melepak..
Pakcik ni jenis dah pencen tapi tak betah dok umah ni..
Bagus idea beliyau
Quote exclusive_vvip 11-7-2014 02:00 PM
rajin btol,pakcik ni...tu la mcm uols kata, kubur islam selalu nampak semak...ada yg dok bg alasan xmo mencantikkan kubur, takut serupa kubur kafir nanti...tapi bg i, apa salahnya kita cantikkan sikit kubur...biarlah non-muslim tgk kita sbg agama yg pembersih...asalkan jgn sampai khurafat dahlah...
Quote sayawifenikmie 11-7-2014 03:24 PM
Allahhuakbar .... mulianya hati ...
Quote haryatie 11-7-2014 03:34 PM
bagus nya pakcik ni...mulia hati dia..
kawasan perkuburan kalau x dijaga dgn baik menyeramkan la..
Quote amyainsamad 11-7-2014 03:40 PM
baik ati nya......
Quote lazim 11-7-2014 03:40 PM
bgusnya pakcik ni  mintak pokok je tau... idak la pakcik berdrama bt proposal mntak itu ini berpuluh ribu mntak derma...
Quote budaktua 11-7-2014 03:43 PM
produser...

bg la satu slot kat pakcik ni dlm siri pengali kubur... jd side kick pun ok...
Quote aqissa 12-7-2014 01:57 PM
semoga usaha pakcik ni dipermudahkan ... amin
Quote Modngengade 12-7-2014 02:00 PM
Mulia sungguh hati pakcik ni.

Kalau kat usa tanah perkuburan mmg mcm taman..siap ada fountain lagi
Quote tengokjerrr 12-7-2014 02:01 PM
semoga Allah rahmati pakcik ni
Quote jazaa 12-7-2014 02:09 PM
Klu blh aku nak batu nisan aku di cat kaler purple sbb aku suka kaler purple......
Quote emmaisa 12-7-2014 02:23 PM
Mudah2an hidup pakcik ni sentiasa diberkati Allah.  Pada pendapat aku elok jugak klu bersihkan kubur ni dimasukkan ke dlm satu program pemulihan remaja2 bermasalah dan sbg salah satu hukuman tambahan kpd pesalah jenayah...ke mmg dah ada?
Quote hantulaksa 12-7-2014 04:05 PM
emmaisa posted on 12-7-2014 02:23 PM
Mudah2an hidup pakcik ni sentiasa diberkati Allah.  Pada pendapat aku elok jugak klu bersihkan kubur ...

Idea yg sgt bagus
Quote JENABREJAM89 12-7-2014 05:36 PM
bak kata tok adi tanah kubur , alhamdullilahh mulia sungguh hati pakcik ni . weeeee .

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.058796 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top