CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Premis Judi: 30 Peratus Serbuan Berhasil

31-10-2014 03:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6314| Komen: 6

Premis Judi: 30 Peratus Serbuan Berhasil


SEPANG 30 Okt. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap optimis untuk menghapuskan kegiatan judi haram secara menyeluruh dalam tempoh arahan yang masih berbaki 48 jam walaupun operasi penguatkuasaan beberapa hari kebelakangan ini kurang berjaya ekoran banyak premis judi memilih untuk tutup kedai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, hanya 20 hingga 30 pe-ratus serbuan yang dilakukan ke atas premis judi termasuk pusat perjudian berkomputer mendatang-kan hasil ke-rana banyak premis haram tersebut telah berhen-ti operasi untuk mengelak pe-nguatkuasaan.

Mohmad berkata, polis bagaima-napun tidak akan berputus asa sebaliknya bersedia melipat ganda usaha penguatkuasaan serta meningkatkan kekerapan operasi menjelang tempoh akhir yang diberikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyelesaikan isu mesin judi.

“Kini ada baki dua hari (menjelang tempoh akhir), namun saya cukup yakin isu ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan operasi bersepadu dan kekerapan operasi yang ada. Semua unit tidak kira Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ketua polis negeri, ketua polis daerah dan ketua balai memainkan peranan.

“Kita tidak akan jemu dan ada pasukan yang memantau secara khusus operasi yang dijalankan. Ini juga bukan serbuan bermusim tetapi ia akan diteruskan sehingga isu mesin judi selesai 100 peratus,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Khalid sebelum ini dilaporkan memberi tempoh seminggu kepada pegawainya untuk menyelesaikan isu mesin judi dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pegawai berkenaan ditukarkan dalam tempoh 24 jam.

Utusan Malaysia hari ini menimbulkan persoalan mampukah polis membanteras habis-habisan kegiatan haram itu memandangkan banyak premis perjudian tidak beroperasi sejak polis mempergiatkan serbuan.

Mohmad berkata, PDRM dalam tempoh empat hari iaitu dari 26 hingga 29 Oktober telah melakukan 3,665 serbuan ke atas premis judi haram dengan 3,015 mesin perjudian berkomputer dirampas manakala 364 orang ditangkap.

Beliau berkata, PDRM pada sembilan bulan pertama tahun ini telah meningkatkan kekerapan serbuan manakala jumlah tangkapan dan rampasan turut bertambah jika dibandingkan dengan tempoh sama pada tahun lalu.

“Sebanyak 65,361 serbuan dan 26,121 tangkapan telah dilakukan pada Januari hingga September 2014 berbanding 57,399 dan 19,079 tangkapan pada tempoh sama tahun sebelumnya.

“Sebanyak 51,551 serbuan dan 17,692 tangkapan adalah melibatkan pusat perjudian berkompu-ter dengan 129,868 mesin judi telah dirampas,” katanya.

Dalam pada itu, Mohmad berkata, sebanyak 1,719 kes telah dibawa ke mahkamah pada tahun ini sementara 4,440 kes masih dalam proses siasatan dan pertuduhan.

8

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
16

Sedih
8

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mziskandar 31-10-2014 07:29 AM
oo.. kedai x bukak.. cuti. balik2.
Quote nalis 31-10-2014 07:34 AM
Maklumat bocor ke?
Quote network 31-10-2014 09:41 AM
nalis posted on 31-10-2014 07:34 AM
Maklumat bocor ke?

Awal2 lagi KPN announce nk buat serbuan, diaorg tutup la kedai. Lain la buat operasi diam2. Nie saja mcm nk tunjuk polis buat keja.Tapi polis2 nie bukan tak tau mana kedai2 judi tu. Serbu je la walau pun tutup. Angkut dan musnahkan semua mesin2 tu.
Quote R2D2 31-10-2014 09:52 AM
bab buru penjenayah selalu berjaya
bab premis judi yg kedai terang2 terpampang selalu gagal
something fishy
Quote DayangKirana 31-10-2014 11:28 AM
network posted on 31-10-2014 09:41 AM
Awal2 lagi KPN announce nk buat serbuan, diaorg tutup la kedai. Lain la buat operasi diam2. Nie sa ...

entahnye..

macam la dia serbu tu, main ketuk2 pintu sambil bunyi loceng bagai before masuk.. sopan santun kekdahnye. tuan kedai takde, takkan nak rush gitu..
Quote Al-Patih 1-11-2014 03:58 AM
Utusan Malaysia hari ini menimbulkan persoalan mampukah polis membanteras habis-habisan kegiatan haram itu memandangkan banyak premis perjudian tidak beroperasi sejak polis mempergiatkan serbuan.

autakson ni...kang kena charge akta hasutan....mempersoalkan korjo pulis.....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043789 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top