CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Faizal Tahir Kini Sedang Sibuk Menguruskan Tiga Orang Artis

13-3-2015 04:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15545| Komen: 40

Description: Faizal Tahir Atau Nama Sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 37, Berkata, Dia Juga Turut Menggunakan Peluang Itu Untuk Lebih Kerap Meluangkan Masa Bersama Anak-Anaknya Di Rumah.
Faizal Tahir Kini Sedang Sibuk Menguruskan Tiga Orang Artis


KUALA LUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir memberitahu dia kini lebih banyak menghabiskan masa melakukan kerja dibelakang tabir berbanding memberi tumpuan kepada karier nyanyiannya.

Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 37, berkata, dia juga turut menggunakan peluang itu untuk lebih kerap meluangkan masa bersama anak-anaknya di rumah.

 

"Tiga anak saya sudah bersekolah dan memang rutin saya menghabiskan masa di rumah untuk menjaga anak-anak jika tidak sibuk dengan kerja di studio.

"Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk saya tunjukkan sifat kebapaan yang ada dalam diri saya kepada anak-anak," katanya kepada mStar Online.

Faizal berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton Drama bersiri 'Super Game Boy' di Golden Screen Cinemas (GSC), The Gardens, di sini, Selasa.

Drama bersiri 'Super Game Boy' bakal disiarkan setiap Sabtu, pukul 11.00 pagi, bermula 21 Mac ini menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Maya HD (135).



Tambah Faizal, perhatian terhadap mereka sangat penting kepadanya memandangkan anak-anaknya sedang membesar.

"Tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada lima orang anak menjadikan saya lebih matang dan berfikiran lebih rasional dalam menentukan sesuatu keputusan.

"Anak-anak kian membesar dan mereka tahu apa yang saya lakukan, jadi saya harus berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Faizal berkata, dia merancang untuk menerbitkan sebuah album kanak-kanak kerana mengakui dirinya kini lebih mengemari kanak-kanak.

"Sejujurnya dari kecil, saya mempunyai angan-angan untuk terbabit dalam sebuah rancangan 'Sesame Street' walaupun saya mengetahui ia adalah mustahil untuk berada dalam rancangan itu.

"Mungkin disebabkan itu saya bersyurkur kerana mempunyai keluarga yang besar kerana isteri saya mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai dan saya tidak menolak jika dikurniakan lagi zuriat pada masa yang akan datang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Faizal kini sedang sibuk menguruskan tiga orang artis yang bernaungan di bawah syarikatnya iaitu  Hanie Soraya, Elizabeth Tan dan Aziz Harun.

"Saya juga dalam proses untuk menghasilkan album penuh yang dijangka siap pada pertengahan tahun nanti," katanya.

4

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 13-3-2015 12:16 PM
masa mula2 dia baru nak up zaman one in a million mcm2 gossip ... dia abaikan bini dia lah,tak mengaku ada bini lah..syukurlah skrg dia nampk mcm bapa yg penyayang.cuma aku tak suka single knock2...mcm tak sesuai  dgn elizabeth.....
Quote CrowneGlory 13-3-2015 12:26 PM
"Anak-anak kian membesar dan mereka tahu apa yang saya lakukan, jadi saya harus berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara," jelasnya lagi.

bagusla ada ayah yg berfikiran mcm ni...
Quote bambimbom 13-3-2015 01:06 PM
Tiga2 retis dia ni ade lagu sedap dan pernah masuk carta
Quote nenas_tippy 13-3-2015 01:06 PM
Makin kurus FT nii
Quote biozipstar 13-3-2015 01:28 PM


ini aziz haron hehe
Quote RajaBatinDotCom 13-3-2015 01:30 PM
Adik dia si Anas Tahir tu apa cerita? Dah lama tak upload video kat Youtube.
Quote MssHarry89 13-3-2015 01:35 PM
faizal tahir makin kurus..
nampak muda pulak haha
Quote kiyudi 13-3-2015 02:20 PM

dlm vid clip assalamualaikum kurus sgt..smpai tak cam yg tu adalah FT

Quote awetttz 13-3-2015 02:31 PM
ensemmm! iols suker lagu2 n katektor heols. Assalamualaikum uolsss..
Quote myakayina 13-3-2015 02:49 PM
baguslah faizal..bahagia dgn family, pandai cari retis yg betul2 berbakat..bole main instrument bagai.. bukan tangkap muat jer.. lagu2 ciptaan ko pun not bad..sedap la didengar..  
Quote ragarotan 13-3-2015 03:02 PM
kan kemas rambut pendek
Quote tomet05 13-3-2015 03:46 PM
fuh .. makin maju la abe pejal nih kan
Quote NazilaSK 13-3-2015 03:51 PM
Haa...Dah 5 anak heols??
Punya la iols ketinggalan ketapi hal ehwal Abang Pejal...
Quote dalima 13-3-2015 06:08 PM
Waa.. 5 dah anak ek.. alhamdulillah. meriahnya rumah...
Quote olaoliolu 13-3-2015 06:24 PM
Teringin tengok wifey dia. Sesapa pls update gambo plsss
Quote estrelle 13-3-2015 07:27 PM
lagu knock2 tu dia cipta khen..best lagu dia catchy,
Quote arira_arora 13-3-2015 07:31 PM
lagu pn sedap2 ... ok la.. retis pn tkde la sore truk sgt.. even aku tk suke hanis soraya tu...
kt dlm meletop mak ai.. gedik gile ko ckp..
meleret2..
Quote washere2 13-3-2015 07:56 PM
Faizal Tahir akan perform sebagai artis pembuka tirai konsert Ed Sheeran (British singer) Live in KL pd 16 Mac di KL Convention Centre

MStar
Quote hyie 13-3-2015 10:36 PM
nape dia dah lama x muncul kat kaca tv ye? kena gam lagi atau sebab isu politik yang hari tu? semua lagu dia iols suka..termasuklah lagu knock knock hehe

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.094455 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top