Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Close

Review Penonton Fast&Furious 7

7-4-2015 05:38 PM| Komen: 14

Oleh: Firdaus




3 April 2015 - CARI berpeluang menonton filem lumba kereta yang menjadi kegilaan ramai iaitu Fast and Furious 7. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat-hebat antaranya,  Paul Walker, Vin Diesel, Dwayne Johnson, Jason Statham, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Ludacris, Lucas Black, Kurt Russell, Nathalie Emmanuel, Elsa Pataky, Gal Gadot, Tony Jaa, Sung Kang, Ronda Rousey dan ramai lagi.

Memang daripada episod pertama lagi tidak pernah terlepas untuk menonton filem yang hebat ini. Tetapi Fast and Furious 7 lebih kepada aksi-aksi dan jalan cerita yang lebih padat dan menarik. Jom kita dengar apa komen dari penonton-penonton yang telah menyaksikan filem Fast and Furious 7 ini.


Di akhir filem ini terdapat satu 'tribute to Paul Walker yang memegang watak Brian O coner' yang telah meninggal dunia sebelum filem ini disiapkan. Agak tersentuh juga, tetapi filem tetap enjoy! - Cari Infonet




Apa Reaksi Anda...

Bagus
34
Marah
41
Terkejut
37
Sedih
19
Lawak
28
Bosan
25
Komen: 14
Komen

Komen Terbaru

Quote annehuda 9-4-2015 08:59 PM
Thread dah ada. Sila rujuk sini.

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1

Lain-lain Komen

Quote bluezink 7-4-2015 10:15 PM
Expectation untuk Fast 7 ni cukup tinggi sebab sekuel sebelumnya berjaya dengan bergaya. Walaupun bukan peminat kental franchise Fast Furious, lepas habis tonton aku boleh katakan kali ni cukup rencah sebagai sebuah muvee fenomena dan menghiburkan.ada scene bergusti yang bermutu. Street fight ada, ala military fight ada cat fight pun ada bila mana ada babak Letty bercakaran dengan perempuan chubby kat Dubai. Tak cukup dengan itu, ditambah pulak dengan kemunculan cameo dari Tony Jaa pelakoi siam mai, yang berlawan dengan Paul Walker, tapi watak dia sekadar tempelan sajalah tak beri impak sangat, tibaa2 muncul bikin panas kemudian tinggal begitu saja, mungkin gajah dia hilang lagi.Aku salute pada kepelbagaian pergerakan, terutamanya yang di luar dugaan dan yang bereksperimen dengan hukum graviti dan fizik. Susah nak terangkan dengan patah perkataan, memang di luar batasan hinggakan adrenalin mencecah ke paras amaran jingga.Korang boleh expect babak kejar-mengejar yang belum pernah dilihat di mana-mana muvee...emmm ada ka??!!. Kejar mengejar di kawasan bukit, dalam bangunan, celah bangunan memang sempoi dan crazy.
muvee ni  ada belanja beberapa selingan  seksi  bertubuh ranum, sama ada yang menari atau berbikini, atau menari sambil berbikini.Keseluruhannya, meski plot dan jalan cerita agak ringkas, kekuatan muvee ni terletak pada aksi dan visualnya. Senang cakap, satu persembahan yang hebat untuk santapan mata. Elemen kekeluargaan dan persahabatan cuba diketengahkan juga tapi tak ketara perasaannya kat aku. Penamatnya agak sayu dan sentimental, dengan dialog-dialog manis yang menjurus kepada ucapan selamat kepada Paul Walker. soooo...berapa bintangg ya@!...utk muvee 2jam ini aku kasi 4*
Quote kookie92 7-4-2015 10:33 PM
untuk part2 last tribute untuk paul walker..sedih
Quote MissNigga 7-4-2015 11:23 PM
daebak .... nak repeat balik this wikend
Quote nist02 7-4-2015 11:43 PM
Amboi review "bluezink"  yg bikin lg teruja nak tgk.... tq bluezink...
Quote wanwani 8-4-2015 08:45 AM
nak sgt tengok..tp queue mak aih..jenuh mak jemah
Quote afira 8-4-2015 10:01 AM
Tony Jaa pelakoi siam mai, yang berlawan dengan Paul Walker, tapi watak dia sekadar tempelan sajalah tak beri impak sangat, tibaa2 muncul bikin panas kemudian tinggal begitu saja, mungkin gajah dia hilang lagi


hahahaha berdekah aku!!!
Quote Hatida 8-4-2015 10:08 AM
teringin sangat nak tengok kat panggung..
tapi baby tecik aku nak 'tohok' kat mana?? kat mana??
aduyaii.. nak tengok sangat2..!!
Quote hairy2284 8-4-2015 10:24 AM
xsempat tengok lagi...
Quote elmen 8-4-2015 10:43 AM
iols tgk imax 3d.. x rugi sesen.. bbaloi walaupun bayo rm60 laki bini.. wiken ni repeat..
Quote Athrun.Zalaa 8-4-2015 02:56 PM
"When I see You Again"
Quote Athrun.Zalaa 8-4-2015 02:57 PM
Edited by Athrun.Zalaa at 8-4-2015 03:02 PM
elmen replied at 8-4-2015 10:43 AM
iols tgk imax 3d.. x rugi sesen.. bbaloi walaupun bayo rm60 laki bini.. wiken ni repeat..

I'ollss mungkin repeat kali ke-3 nih...
Tunggu masa yang sesuai...
Best ssgt...
Lg best dr TLU...
Nak gak membahan...
Quote lizaluvliz 8-4-2015 03:24 PM
yeayyy..mlm ni repeat for 2nd times...
mabuk FAST7..hehehe
x jemu nk tgk
Quote LipasComel 9-4-2015 08:33 PM
1st tgk movie ni dkt hbo. lepas tu tgk dkt wayang tokyo drift masa form 3. gigih pakai lipstik tebal2. konon2 bajet2 dah over 18 gitew. lepas tu mmg mengikuti movie ni tiap2 tahun. dah jadi annual event dgn boifren tgk dkt gsc. bila dpt tau paul walker mati sedih sgt, sebab he's part of my childhood (kononnya). sedih bila tgk last part yg tribute to paul.
Quote annehuda 9-4-2015 08:59 PM
Thread dah ada. Sila rujuk sini.

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.066740s Gzip On
To Top