CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Harga barangan yang paling gemar dicari melalui Google Search.

18-5-2015 05:43 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 3232| Komen: 1

Description: Peta Dunia ini dihasilkan berdasarkan "Google Search" dan syaratnya adalah dengan menaip " How much does cost in " untuk mengetahui barangan atau hal-hal yang paling kerap dicari oleh pend ...


Peta dunia di atas ini boleh dikatakan yang paling menarik dan kreatif yang pernah saya tengok setakat ini. 

Bagaimana peta dunia ini boleh dihasilkan ?Ianya dihasilkan berdasarkan "Google Search" dan syaratnya adalah dengan menaip " How much does [ x object ] cost in [ x country ] " untuk 
mengetahui barangan atau hal-hal yang paling kerap dicari oleh penduduk setiap negara dalam dunia ini. 

Walaupun perkara ini sedikit pun tiada logikal dari segi saintifik, tapi daripada perkataan khusus yang dicari oleh pengguna internet, sedikit sebanyak kita boleh mengetahui keperluan yang berlainan bagi setiap negara di dunia ini. Ada sebahagiannya kelihatan agak normal, ada pula akan membuatkan kita rasa nak tergelak kerana tidak masuk akal. 



Di Amerika Utara, penduduk Kanada didapati lebih prihatin tentang harga buku passport, Manakala rakyat Amerika Syarikat pula lebih mementingkan kuasa hakcipta, ini jelas menunjukan kehidupan mereka agak kurang ceria.



Tapi berlainan sama sekali berada di Amerika Selatan dimana minuman keras seperti bir, pelacur, minuman gas iaitu Coca-cola adalah barangan yang sering ditanya khususnya penduduk Brazil dan Uruguay. Manakala di Ecuador ..... adalah Topi Panama.


Bagi negara-negara Eropah, perkara yang berhubung kait dengan realiti hidup paling diambil berat contoh seperti kos sara hidup dan kos pendidikan. Tapi terdapat juga yang istimewa yang menanya harga jam tangan Rolex di Swiss. 

Di negara Jerman, harga kereta jenama BMW dan harga bir buatan Iceland yang paling gemar dicari oleh pengguna internet, ini mungkin disebabkan minuman bir di negara tersebut agak mahal selama ini. Lebih istimewa sekali adalah di Rusia, pengguna internet gemar mencari harga sebuah pesawat jet perang. 


Bagaimana pula negara-negara di Asia ? Yang paling pelik adalah penduduk Jepun gemar mencari harga buah tembikai melalui Google. Untuk pengetahuan anda, Jepun pernah menjual sebiji tembikai yang bernilai 2,000 pound Sterling pada Jun lalu.

Manakala di negara China, barangan elektronik adalah barangan yang paling gemar dicari melalui Google. 

Bagi negara jiran kita Singapura, harga pembantu rumah paling gemar ditanya melalui Google. 

Negara kita pula, harga barangan yang paling gemar ditanya melalui Google adalah....  tak sangka kan ! 

Rupa-rupanya adalah Tattoo.  Ini dapat dibukti setelah saya cuba mencari melalui Google Search sepertimana yang tertera dalam gambarajah dibawah ! 


Memang betul, khidmat tattoo adalah paling banyak ditanya oleh orang Malaysia. Tapi terdapat juga perbezaan di Semenanjung malaysia dan Sabah serta Sarawak. Di Sarawak harga kereta lebih gemar dicari. 


Melalui kajian Google Search berdasarkan tabiat mencari harga yang dibuat, walaupun terdapat perbezaan budaya hidup antara setiap negara, namun terdapat juga persamaan yang ketara di sesetengah tempat.  Walaupun hasil kajian ini mungkin kurang menyakinkan, tapi ia amat menarik buat seluruh warga dunia. -  CARI INFONET.



8

Bagus
2

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote binisupir 19-5-2015 12:02 AM
jepun beli buah tembikai online? pemalas gila

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.076795 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top