CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jaga Tertib Bila Berhijab

16-6-2015 12:44 PM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 9552| Komen: 31

Description: Golongan artis yang berhijrah seharusnya diberikan ruang untuk berubah dan mempelajari lebih mendalam mengenai konsep pemakaian Muslimah sebenar...
Oleh Adib Za

Fenomena artis wanita berhijrah dengan mengenakan hijab rata-ratanya di sambut baik oleh masyarakat dan peminat dunia seni tanah air. 


Namun, ada kalanya pemakaian mereka ini masih belum benar-benar sesuai dengan imej bertudung atau hijab itu.

Jika sebelum ini pelakon Rozita Che Wan dan Emma Maembong dikecam warga netizen kerana tampil dengan seluar ketat dan Ziana Zain mendapat komen negatif lantaran menggayakan fesyen yang menunjukkan susuk tubuhnya di pertunjukan fesyen di luar negara. 

Memetik laporan di portal Mstar, Pengerusi Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gaduh menerangkan, menutup aurat itu bukan sekadar menutup (rambut) sahaja. 

(Sumber foto: Utusan Malaysia)


"Sewajarnya kita patut beri ucapan tahniah dan perghargaan kepada mereka kerana tranformasi serta penghijrahan dilakukan tetapi semua pihak harus mengambil perhatian bahawa aurat ini bukan sekadar menutup sahaja.

"Mereka juga harus memastikan bahawa pakaian yang dipakai tidak ketat dan jarang sehinggakan ia boleh menampakan susuk serta bentuk tubuh badan sesorang kerana ini akan menjadikan orang ghairah apabila melihat," katanya menerusi portal berkenaan.

Dalam masa yang sama Nooh berharap golongan artis ini diberikan ruang oleh masyarakat untuk berubah sedikit demi sedikit dan bukannya secara mendadak. Namun, ia haruslah dilakukan secara konsisten dan berterusan. 

(Sumber foto: Muslim Academy)


"Saya berharap kepada yang yang dah berhijrah agar jangan putus asa dalam memperbaiki diri pada masa hadapan dan sentiasa istiqamah dalam menutup aurat.

"Sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi ikutan ramai justeru teruskanlah melakukan perubahan secara berperingkat," ujarnya lagi menerusi portal Mstar online. - CARI Infonet

5

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
18

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 16-6-2015 09:43 AM
Semua nmpk okay kecuali rebecca dan rozita.. Rs mcm lemas tgk dressing diaorg.
Quote revolusi_30 16-6-2015 09:53 AM
Warna pakaian juga Noh Gadut ne patut tekankan.   Tabaruj ka apa
Quote de_ikea 16-6-2015 09:54 AM
Berhijrah = menutup aurat = berhijab = tak nampak rambut ONLY

Iols rasa ini definasi am utk tutup aurat bg ramai org (retis atau marhaein). Mohon agamawan dan yg faham cr jalan yg lebih baik utk beri lebih kefahaman dan penghayatan. Iols percaya ramai je yg tahu. Tp penghayatan tutup aurat tu tak sampai.

Mohon maaf. Jgn hencap. Mode ustazah sempena ramadhan on. Pakai telekong heliza.
Quote whadda 16-6-2015 10:16 AM
pakai tudung sekadar fesyen... pastu tersembul tetekk berbalut...
Quote saladin780 16-6-2015 10:28 AM
bertudung sebab nak kekal releven di kalangan peminat pprt yg judgemental....rasakanlah balut aurat sajer
Quote Syd 16-6-2015 10:34 AM
artis reply kat Noh Gadut - Why Bother

haha
Quote pngky 16-6-2015 10:38 AM
kebanyakan artis mlysia ni, memakai pakaian yg membalut tubuh bukan menutup aurat. tudung pendek, baju menampakkan susuk tubuh. sanggul rambut tinggi
Quote Athrun.Zalaa 16-6-2015 10:39 AM
Che Ta sila komen...
Quote Syd 16-6-2015 10:40 AM
Artis wanita tempatan -
1) saya skit pung tak terkesan dengan komen tersebut
2) kenapa nampak kami saje, padahal ramai lagi wanita diluar sana yang berhijab
Quote Lavender_Violet 16-6-2015 10:42 AM
Kalau aku Nooh Gadut statement aku macam ni aje

Artis berhijab tak perlu menggeletis nak jadi retis lagi
Quote fifie_olin 16-6-2015 10:43 AM
aku tgk retis yg dh berhijab ni srupa x menutup aurat....
Quote pia250110 16-6-2015 10:51 AM
pakai tudong tp berlakon berfelok2 atas katil.. kenape x beromen terus..
Quote haiku 16-6-2015 11:02 AM
Komen Sheila Rusly
Quote Nico_Robin 16-6-2015 11:19 AM
Setuju dengan Noh Gadut. Bagi ruang dan masa untuk artis berubah secara berperingkat tapi konsisten. Mungkin banyak lagi yang depa taktau, kita bagitau elok-elok. Bukan hentam melulu..
Quote vionna007 16-6-2015 01:49 PM
betul...perubahan kena amik masa gak....harap2 retis2 yang dah berhijrah ni betul2 berhijrah...
Quote fynnkakiblock 16-6-2015 02:02 PM
Perlu masukkan lagi satu -- kena pakai warna hitam or jubah kepam
Quote kaksom 16-6-2015 02:03 PM
fesyen rebecca paling hazabbb
Quote tomet05 16-6-2015 02:09 PM
sape lagi yang hazabedah nih eh
Quote pauliza 16-6-2015 02:09 PM
pakai tudung tu elok dah .tp part pakai tudung tp pegang2 ,peluk2 ,scene atas katil & 1 selimut dgn hero dlm drama tu nampak tak  manis kot.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.340902 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top