CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khairy cadang tindakan tatatertib buat penjawat awam gagal bayar PTPTN

16-6-2015 11:38 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 5773| Komen: 20

Description: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mencadangkan tindakan tatatertib dikenakan terhadap penjawat awam yang gagal membayar balik pinjaman PTPTN. PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, K ...

Foto oleh : The Star/ Ann


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mencadangkan tindakan tatatertib dikenakan terhadap penjawat awam yang gagal membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Beliau berkata tiada alasan bagi penjawat awam untuk tidak membayar balik pinjaman memandangkan mereka mempunyai pendapatan tetap.


Tegasnya lagi, bagi peminjam yang tidak membayar balik boleh dikatakan telah mengkhianati perjanjian dan menafikan hak pelajar lain untuk mendapatkan pinjaman yang sama kerana kita sedia maklum jumlah pinjaman PTPTN kini telah dikurangkan kerana ramai yang tidak membayar balik,


Katanya Jabatan Perkhidmatan Awam perlu pertimbangkan tindakan tatatertib dikenakan kerana penjawat awam harus mendukung dasar kerajaan dan bukan mengkhianati perjanjian tersebut.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai larian amal "Reach Out Run: Run for a Cause" ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini bahawa lebih 33,000 penjawat awam masih gagal membayar pinjaman PTPTN.


Khairy berkata beliau faham sekiranya atas beberapa masalah seperti menghidap penyakit kronik mungkin mereka tidak mampu bayar balik, namun peluang masih diberikan untuk mereka menjadualkan semula bayaran balik.- CARI Infonet




3

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 16-6-2015 04:44 AM
bagus jugak idea tu
Quote exclusive_vvip 16-6-2015 05:09 AM
btol cakap dia...peminjam yg x bayar tu menafikan hak pelajar lain..
Quote aTiKah_aYuNi 16-6-2015 07:23 AM
sokong...                           
Quote gaara_X 16-6-2015 07:24 AM
nak wat cam ne...anak² pak munteri mana de wat loan PTPTN pun nak belajar.....kekadang ada pro and kontra dalam hal nie....jangan main sembur...buat nilaian yang seeloknya.......
Quote Tok_Batin 16-6-2015 07:25 AM
Sokong. Buat pemotongan gaji secara automatik juga
Quote bluehedgehog 16-6-2015 07:39 AM
org gomen sni sna allowance dan claim, tp x mampu byar ptptn...diu nia seng...nanti lompat kluar piket melayu tertekan...
Quote tightcherry 16-6-2015 08:31 AM
Sape yg amek ptptn...LPs grad jgn keje dgn kera jaan hokay..
Quote WawaRaRa 16-6-2015 09:35 AM
aku sokong gila2... kejadah apakah da hutang x baya???? tak tau malu ker???? biasanyer org lelaki yg liat bayar utang... aku da jumpe hari tu... dia leh kata wat pe nak bayar... banyak lagi benda nak bayar... kereta.. umah... boleh???
Quote pittjie 16-6-2015 10:36 AM
patut dah lama dah buat cenggini.
Quote akusukaq 16-6-2015 11:02 AM
Isle sunni tak layak nak bincang hukum halal haram tentang tindakan pihak lain kalu
hutang sendiri tak kesah nak bayar
Quote tagas 16-6-2015 12:36 PM
Nasi baik aku blajor dr dip smpai ke degree guna duit sendrik even parent aku income tahap sederhana

Quote nebulagazer 16-6-2015 12:38 PM
Bodo....
Nk duit rakyat byr tax..byr loan..byr gst..byr tol...byr hutang negara
Apakata korg d audit harta tgk dr mane dtg smua tu..
Quote Mary_jane 16-6-2015 12:39 PM
Yang koje swasta bolehlah aman damai toksah pikir hutang ptptn dah. Hoyeah!
Quote Mary_jane 16-6-2015 12:41 PM
Kan ke memang auto-deduct untuk gomen? Or that one applicable to those yang authorized untuk auto-deduct monthly?
Quote razhar 16-6-2015 12:42 PM
KJ ni awat bahalol? knp gomen x check status employee depa semasa mula berkerja dan buat auto deduction??? tu pun nak kena ajar ke? KJ..jgn jadi bodo mcm muntrik2 lain la!!
Quote amersudahbesar 17-6-2015 08:27 AM
ini saya sokong
Quote dino 17-6-2015 08:29 AM
gaara_X replied at 16-6-2015 07:24 AM
nak wat cam ne...anak2 pak munteri mana de wat loan PTPTN pun nak belajar.....kekadang ada pro  ...

most penjwt awam hutang lain pun tak berbayar...
suka buat loan.... org cina tgk geleng kepala.... psl nak hidup mewah luar kemampuan.....
Quote dino 17-6-2015 08:35 AM
razhar replied at 16-6-2015 12:42 PM
KJ ni awat bahalol? knp gomen x check status employee depa semasa mula berkerja dan buat auto deduct ...

auto deduct baru keje tu mesti ramai tak stuju..... at least bg tmph stahun lepas koje... most kes tak byr psl takde tanggungjwb n takde apa2 tindakan.....
tak mcm pinjam bank
Quote nomic 17-6-2015 08:35 AM
Mmg auto deduct kan? Sbb husband mmg tiap2 bln potong gaji.. x sure la kalau kita sendiri yg kena arah kan bendahari utk pemotongan tu...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.071249 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top