CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

AIM 20 ubah kriteria

20-6-2013 09:19 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3902| Komen: 12

Description: KUALA LUMPUR - Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 tampil kelainan apabila mengubah kriteria pencalonan dan menambah satu kategori baru. KUALA LUMPUR - Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 tam ...





KUALA LUMPUR - Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 tampil kelainan apabila mengubah kriteria pencalonan dan menambah satu kategori baru.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Rosmin Hashim memberitahu media, kriteria yang digunapakai sebelum ini iaitu penggunaan 100 peratus bahasa Melayu dalam lagu telah diubah.

Katanya, kriteria sebelum ini yang mewajibkan penggunaan 100 peratus  telah diubah kepada sekurang-kurangnya 60 peratus penggunaan bahasa Melayu.

"Jadi lagu yang digabungkan dengan Bahasa Inggeris boleh bertanding," katanya pada sidang media pelancaran AIM20, di sini, hari ini.

Menurutnya,, perubahan kriteria itu diambil dari usul yang diutarakan pada forum muzik tahun lalu.

"Kami ambil kira usul-usul sebelum ini dan memang tak dinafikan banyak lagu-lagu yang sedemikian (campur bahasa Melayu dan Inggeris).

"Kalau tak diubah, lagu-lagu seperti itu tak dapat diberi pengiktirafan," katanya.

Mengulas lanjut soal perubahan itu, Rosmin menegaskan ia bukan untuk membelakangkan Bahasa Melayu.

"Langkah yang diambil bukan hendak membelakangkan bahasa Melayu tetapi untuk mencerminkan penguasaan bahasa terutama bahasa Inggeris.

"Saya percaya ia akan disambut baik oleh pengkarya tempatan," katanya lagi.

Sementara satu kategori baru, Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di dalam lagu ditambah menjadikan 20 kategori dipertandingkan bagi AIM kali ini.

Majlis anugerah AIM 20 bakal berlangsung pada 14 Disember depan di Stadium Putra Bukit Jalil.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomet05 19-6-2013 11:01 PM
semoga menjadi anugerah yang di ingati
Quote hyie 20-6-2013 12:16 AM
dan harapnya tiada kroni kru lagi
Quote beta_carotene 20-6-2013 12:36 AM
KRU nak keluarkan album english 60% laa tu   
Quote lotionmilo 20-6-2013 12:39 AM
forteen lepas nih keluar lagu english
Quote tebuanharimau 20-6-2013 08:35 AM
lagu Lelaki tak guna Yuna tu ada bahasa Peghanciss leh ke menang ???
Quote achik2009 20-6-2013 08:44 AM
Khamis Jun 20, 2013

Kategori Baharu Diperkenalkan Dalam AIM 20

Oleh KEMALIA OTHMAN


Rosmin Hashim

PETALING JAYA: Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) bakal memperkenalkan satu kategori baru iaitu Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu pada penganjuran kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 20, Rosmin Hashim berkata, kategori ini diwujudkan bagi memberi pengiktirafan secara khusus kepada lagu-lagu yang dirakam secara duet ataupun melibatkan kolaborasi beberapa artis yang tidak membuat persembahan bersama secara kebiasaannya dalam sesebuah lagu.

"Sebelum ini lagu-lagu berbentuk sedemikian telah dicalonkan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan) ataupun lain-lain kategori genre lagu yang wujud mengikut kesesuaian.

"Kumpulan yang mempunyai lebih daripada satu vokal dan tidak memainkan alat muzik seperti Rabbani atau Forteen layak dalam kategori ini," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Anugerah Industri Muzik edisi 20 (AIM20), di sini, Rabu.

Anugerah berprestij tersebut akan diadakan pada 14 Disember depan di Stadium Putra Bukit Jalil dekat sini dengan tema Meraikan Kemuncak Segala-Galanya.



Para artis dan karyawan terlibat bersama memotong kek sempena 20 tahun Anugerah Industri Muzik.


Dalam pada itu, satu syarat baru diubah dengan memberi kelonggaran kepada lagu bahasa campuran untuk layak dicalonkan dalam semua kategori yang dipertandingkan.

"Kita akan melonggarkan syarat kepada 60 peratus bahasa Malaysia dan 40 peratus bahasa lain pada semua lagu setiap kategori.

"Ia disebabkan trend muzik sekarang yang lebih banyak menghasilkan lagu-lagu bahasa campuran," katanya.

Selain itu, syarat kelayakan untuk penerbit album, terutamanya bagi kategori Album Terbaik telah ditambah untuk memberi ruang dan menerima pencalonan album yang diterbitkan oleh penerbit yang berasal dari luar negara tetapi berpangkalan di Malaysia.

Katanya, mana-mana penerbit yang mempunyai status pemastautin tetap dan telah menetap di Malaysia sekurang-kurangnya enam bulan setahun dalam tempoh dua tahun berturut-turut sebelum acara anugerah layak dicalonkan.

Tambah Rosmin, AIM 20 kali ini mempertandingkan sebanyak 20 kategori.

Pencalonan dibuka kepada Lagu atau Album dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris yang telah diterbitkan dalam Malaysia pada 1 Julai 2012 hingga 30 Jun 2013.

Sementara itu, tempoh pencalonan dan pendaftaran dibuka bermula 19 Jun sehingga 31 Julai depan.



Credits: mstar.com.my

Quote tebuanharimau 20-6-2013 08:48 AM
"Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) bakal memperkenalkan satu kategori baru iaitu Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu pada penganjuran kali ini."

bukan dulu dah pnh ada ke kategori ni?
Quote achik2009 20-6-2013 08:54 AM


ehh....ratu kontroversi tu ada kat M'sia ke?...ingat dia dah menetap kat negara China....
Quote Orion 20-6-2013 09:32 AM
tebuanharimau posted on 20-6-2013 08:48 AM
"Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) bakal memperkenalkan satu kategori baru iaitu Persembahan Vo ...

Yg dulu tu vokal duo/berkumpulan kan?

Yg ni duo/kolaborasi katanya...mcm lagu apo kono jang ac + fida + stellar tu layak lah bertanding kot. atau yuna + aizat lagu dwihati

Dulu lagu2 kolaborasi mcm ni dorang sumbat kat kategori duo/berkumpulan tu.
Quote lampor 20-6-2013 09:34 PM
TUKA lah peraturan apa pon... AIM sekarang tetap tak vass macam AIM dolu2...
Quote AppropriateNick 22-6-2013 02:35 AM
lampor posted on 20-6-2013 09:34 PM
TUKA lah peraturan apa pon... AIM sekarang tetap tak vass macam AIM dolu2...

Semua salah krumania
Quote eddysheddy 22-6-2013 11:53 AM
muara hati

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.165707 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top