CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Lebih Baik Jadi Mcm Mak Jah

20-6-2013 03:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18812| Komen: 84

Description: TERJOJOL biji mata saya apabila membaca kenyataan daripada seorang artis yang akhirnya mengaku sudah berkahwin. Artis ini memohon maaf kerana mengambil langkah menyembunyikan rahsia perkahwinannya se ...



Mak Jah atau Maimunah Ahmad

ADOIII!

TERJOJOL biji mata saya apabila membaca kenyataan daripada seorang artis yang akhirnya mengaku sudah berkahwin.
Artis ini memohon maaf kerana mengambil langkah menyembunyikan rahsia perkahwinannya sehinggalah mendapat seorang anak.
Alasan yang diberikannya kerana takut hilang peminat selain enggan perkahwinannya itu diheboh-hebohkan.
Dua alasan ini cukup tak masuk akal. Patutlah artis ini tak beberapa nak laku sebab jawapan itu cukup menggambarkan mentalitinya.
Peminat sekarang bukan macam peminat zaman dulu-dulu. Saya teringat cerita Datuk A Rahman Hassan.
Pada zaman mudanya, ada peminat sanggup datang ke rumah untuk menggodanya sehinggalah dia berkahwin, peminat itu jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital.
Peminat dulu-dulu memang fanatik. Kerana mereka susah untuk berjumpa dengan artis. Sebab itulah artis-artis lama disanjung tinggi berbanding artis-artis zaman sekarang yang segelintir rendah moralnya,.

Alasan takut hilang peminat itu memang tidak masuk akal. Siti Nurhaliza telah lama berkahwin tetapi peminatnya masih lagi ramai.

Mak Jah tetap popular walaupun hanya membawa watak sebagai orang gaji.

Sebabnya Siti mempunyai pakej yang baik. Ada suara, ada paras rupa dan juga mempunyai bakat yang tinggi.
Artis di Hollywood pun sama. Kahwin cerai itu perkara biasa tetapi mereka tetap mendapat sokongan kerana hasil kerja yang disumbangkan.
Hero-hero filem Hollywood juga ramai yang tua tetapi mereka masih menjadi hero. Kenapa? Kerana bakat semula jadi.
Pada masa ini persoalan kehilangan peminat kerana berkahwin adalah satu contoh yang bodoh dan sangat-sangat bodoh. Saya harap mana-mana artis dan sesiapa sahaja jangan lagi beri alasan macam itu lagi. Buat malu!
Peminat hari ini menilai seseorang artis dengan bakat. Peminat lebih suka dengan artis yang baik pekertinya, tinggi budi bahasa selain berilmu.
Peminat sudah meluat membaca kisah-kisah artis bergaduh di kelab, mabuk sana-sini, jadi mat gian, kahwin sorok-sorok dan macam-macam lagi.
Saya begitu kagum dengan pelakon Maimunah Ahmad atau Mak Jah.
Mah Jah taklah seglamor Erra Fazira atau mana-mana artis gred 1 lain tetapi Mak Jah seorang yang sangat merendah diri.
Bayangkanlah pada usia 66 tahun dia masih dapat banyak tawaran berlakon drama. Dia juga berlakon lebih daripada lima buah filem.
Walaupun Mak Jah tidak sehebat orang lain tetapi dia berjaya memasarkan dirinya untuk berada lama dalam dunia seni.
Antara petua Mak Jah yang saya baca ialah menjaga disiplin diri. Sebab itulah kalau ada tawaran pada saat-saat akhir dia masih boleh terima dan akan sampai ke lokasi tepat pada masanya.
Dia juga mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang. Dia juga tidak malu untuk memberitahu tinggal di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR)
Malah Mak Jah juga memandu kenderaannya sendiri untuk ke lokasi penggambaran walaupun ke Kedah jauhnya tanpa perlu memasang PA ataupun pemandu.
Saya bandingkan Mak Jah dengan artis yang mahu menyembunyikan perkahwinan itu.
Antara mereka ternyata Mak jah lebih popular.
Saya percaya, walaupun Mak Jah tidak pernah mendapat ruang untuk menjadi penghias muka depan majalah hiburan berbanding artis yang saya perkatakan itu, saya percaya, peluang untuk Mak Jah untuk berada lama dalam industri hiburan lebih cerah.
Sebab itulah saya katakan tadi lebih baik menjadi seperti Mak Jah yang tidak perlu untuk menyembunyikan itu dan ini tetapi masih menjadi rebutan untuk syarikat produksi memberikan tawaran.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Parit.Hilton 20-6-2013 02:55 PM
suka auntie ni berlakon
Quote hanna88 20-6-2013 02:57 PM
suke tgk mak jah berlakon especially in comedy drama
Quote faisaltakherani 20-6-2013 02:57 PM
tersilap baca. mak jemah jadinya
Quote kadijot 20-6-2013 03:02 PM
mak jah memg pndai lakon..guddd
Quote mushroomsup 20-6-2013 03:03 PM
Kalao mcm Mak Jah ni satu filem leh dpt bape ye bayaran
adakah produksi bayar ikut paras rupa dan umur
Quote jerukkedondong 20-6-2013 03:06 PM
dimataku mak jah tetap vogue....
Quote kakikuchantik 20-6-2013 03:11 PM
den pon duk baca mak jemah... eh bile masa ade retis nama mak jemahhh
Quote larikesurga 20-6-2013 03:13 PM
terbayang dalam ketawa macam mana wan maimunah ketawa...
Quote sueism 20-6-2013 03:25 PM
Mak jah the best suka tengok dia berlakon dalam citer epilog cinta khirana ,mak jah takut kena bunuh dgn pompuan saiko
Quote sokmogitu 20-6-2013 03:26 PM
dulu2 kat sini dah ada mak jah fan club kan?
Quote sokmogitu 20-6-2013 03:27 PM
ni hah thread mak jah fc, sampai beratus page dok sembang. hahaha

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=286637
Quote tomet05 20-6-2013 04:09 PM
MAK JAH FAN CLUB .. HEHEHE
Quote xanderz 20-6-2013 04:11 PM
patut ada anugerah rEtis veteran popular
Quote edoraixora 20-6-2013 04:14 PM
sabhi sadhi ke retis tu???
idokler glamer mane pun
Quote Cyempaka 20-6-2013 04:19 PM
mak jah belakon lawak buleh, belakon seram buleh, belakon sedih buleh

mula2 aku baca mak mah. igtkan mak si adlin
Quote Suchi 20-6-2013 04:20 PM
nak tahu pasal pemili mak jah.anak2 dia ade tak
yg pasti penah tgk rancngan raya tahun lepas tunjuk mak jah beraya..
lawa gak umah mak jah tak macam dok PPR pun kemas elok jer
Quote chekshu 20-6-2013 04:20 PM
mak jah ni duduk kat PPR jalan peel - cheras...
Quote sokmogitu 20-6-2013 04:48 PM
mak jah ahli grup marhaban arwahnya azizah mohd - grup nama apa ntah, makcik2 jah yg join..salah seorangnya yg masih hidup - puspalela abdullah... datin orkid da meninggal
Quote makadek 20-6-2013 04:55 PM
Minat mak jah..suka aida rahim jugak bez sgt dia jadik mak2 soft n elegan

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.055752 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top