CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ajaib! 25 Petanda Sakit Badan

26-8-2015 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7132| Komen: 3

Description: Bibir pucat, sistem penghadaman yang lemah ...
Oleh Izzah Abbasy

Penyakit tidak hanya berpunca daripada kuman seperti bakteria, virus, kekurangan zat makanan, terlebih makan, keracunan makanan dan gangguan saraf.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.

Ketahui masalah ini atau petanda sakit melalui bahagian-bahagian yang terdapat pada badan kita ;
 

1. MATA
(Bertindak balas dengan keadaan hati)

 Mata menjadi merah  
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur
Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi mata
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata
Gangguan emosi yang
bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

Ketegangan mata dan kelopak
Tekanan perasaan
kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG
(Hidung mempunyai hubungan rapat dengan
paru-paru dan kerongkong)


Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian
kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

 Hidung sumbat
Paru-paru mengandungi toksin
yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK


Batuk keluar kahak
Proses membuang toksin di
bahagian kerongkong.

Batuk tanpa kahak
Paru-paru mengandungi
toksin yang berlebihan.

Batuk dan berasa gatal di kerongkong
Proses
membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG


Kerongkong kering
Proses membuang toksin
sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

Sakit kerongkong
Seperti di atas. Paras
keracunan lebih serius.


5. BIBIR
(Berkaitan dengan fungsi sistem
penghadaman)


Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah
b. Perut mengandungi angin
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.

Bibir kering dan pecah
Perut mengandungi
banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH 
(Berkaitan dengan fungsi
jantung dan sistem pengedaran darah)


Lidah atau gusi bengkak, sakit
Menunjukkan
jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).
Menandakan darah mengandungi asid
berlebihan.

Mulut berbau busuk
Proses penyeimbangan
fungsi perut untuk pembuangan toksin


7. TELINGA
(Berkaitan dengan buah pinggang)



Telinga terasa tersumbat
Buah pinggang
mengandungi toksin berlebihan.

Telinga berdengung
Sedang merawat buah
pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa  sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang  setelah berjalan-jalan.


8. KULIT BERPELUH

 
Peluh masin
Badan mengandungi lebihan asid
urik.

Peluh berbau
Badan menyingkirkan toksin
melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL


Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.



10. KULIT GATAL DENGAN RUAM


Proses menyingkirkan
toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR



Proses pembuangan
toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR


Menandakan fungsi buah pinggang
yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI


Sakit Sendi

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

KEBAS TANGAN
Pengaliran darah di bahagian
atas badan tidak lancar.

KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN 
Tanda-tanda
lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

KEBAS KAKI
Pengaliran darah di bahagian bawah
badan tidak lancar.

SAKIT TAPAK KAKI
Menandakan buah pinggang
lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

SAKIT TUMIT KAKI
Menunjukkan kelemahan fungsi
alat kelamin.

RASA PANAS DI TAPAK KAKI
Penyeimbangan fungsi
buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI
Menunjukkan
tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang
berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit
tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin
sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah
atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a. LOYA/MUNTAH
Tanda penyakit lelah. Pembuangan
bahan toksik dari bahagian perut.

b. MUNTAH DARAH

i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK
Tanda sakit
jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
Proses pembuangan
toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang
mengandungi kotoran yang

b) AIR KENCING BERKAPUR
Menunjukkan penyakit batu
karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK
Menunjukkan buah
pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT
Menandakan
proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH
Penyakit batu karang
atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.

b) SEMBELIT
Membersihkan toksin dari usus kecil.


c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah
penyakit buasir atau barah di bahagian usus
 ii)
Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM
Menunjukkan proses
pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN


a) RASA SAKIT
Secara amnya, segala kesakitan
badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH
Badan
mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS
Badan mengandungi asid
yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN
Menandakan badan segar
dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT

Lemah fungsi buah
pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah.

Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang
lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB

i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL

Sistem
penghadaman yang lemah.


CARI Infonet



Sumber info : hasheenabeevi.blogspot 



12

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
3

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote purpledesire 16-8-2015 11:10 PM
wahhh..mmg tak sangka la..
Quote alieyrina 21-8-2015 10:21 PM
Ohmai..baru ku tahu ....
Quote Kak-Leen 3-10-2015 09:11 PM
Alamak........?..............

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.053106 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top