CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Tuntut Siri Queen Cleopatra Diharamkan

28-5-2023 10:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 875| Komen: 5

Description: Kaherah: Pejabat Ketua Pendakwa Mesir menerima aduan mengenai siri dokumentari baharu Netflix "Queen Cleopatra", menuntut ia diharamkan susulan laporan mengenai sejarah yang tidak tepat dan ketidakpek ...
Kaherah: Pejabat Ketua Pendakwa Mesir menerima aduan mengenai siri dokumentari baharu Netflix "Queen Cleopatra", menuntut ia diharamkan susulan laporan mengenai sejarah yang tidak tepat dan ketidakpekaan budaya, lapor Sputnik memetik laporan akhbar El-Watan pada Ahad.


Dokudrama empat episod itu ditayangkan di Netflix pada 10 Mei dan mencetuskan kontroversi besar kerana ia dibintangi pelakon 'biracial British' Adele James sebagai Cleopatra, firaun terakhir Mesir yang memerintah Kerajaan Ptolemaic.

Aduan difailkan oleh seorang pegawai Kementerian Kebudayaan Mesir mendakwa bahawa Netflix telah memutarbelit imej sejarah yang terkenal dengan mencipta pemalsuan sejarah.


Pegawai itu menuntut agar siri itu dikeluarkan daripada platform penstriman dan diharamkan selama-lamanya, lapor akhbar itu.

Penerbit dokumentari itu sepatutnya berunding dengan ahli arkeologi dan antropologi bagi mencipta imej Cleopatra yang betul, menurut aduan itu.


Berpuluh-puluh ribu orang telah menandatangani petisyen pada April yang mengkritik pilihan pelakon kulit hitam bagi menggambarkan ratu Mesir Purba, dengan alasan bahawa siri itu menjaja "Afrocentrism" dalam percubaan untuk "menuntut sejarah Mesir.

Cleopatra diketahui berasal dari dinasti Yunani Macedonia yang diasaskan oleh Ptolemy, seorang jeneral tentera raja Macedonia Alexander the Great.

Menurut Encyclopaedia Britannica Cleopatra mempunyai sedikit, jika ada, darah Mesir, dan merupakan ahli keluarga Ptolemaic pertama yang belajar bahasa Mesir.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AcikBuncit 28-5-2023 11:18 PM
Dh knp zman skg sume main character nk pakai org kulit hitam plk..bru je  jd isu movie my little mermaid black ritu
Quote bunnyj3lly 29-5-2023 01:09 AM
AcikBuncit: Dh knp zman skg sume main char ...


Representation matterrrssssss katenyewwww...
Quote PULANGKAN 29-5-2023 05:44 AM
Get Woke, Go Broke

Iols tak suka betul blackwash ni  

dah ada karakter kulit hitam yang power banyak, diorang tanak remake yang tu
sibuk la tukar semua karakter dan bangsa lain jadi kulit hitam. mengarut betul

tengok la




Prof. Moriarty dalam Enola Holmes 2   ueeeeehhhhhhh   



Quote nazzse 29-5-2023 06:55 AM
iols haramnkan menonton cerita puak black ni berlakon..acah2 mangsa & black matters..
kecuali klu heronya yg henat mcm Denzel washington tu
Quote alesandra 29-5-2023 09:25 AM
AcikBuncit replied at 28-5-2023 11:18 PM
Dh knp zman skg sume main character nk pakai org kulit hitam plk..bru je  jd isu movie my little mer ...

Belah mesir bukan arab yg lawa pun.definately bukan kokesen.ramai yg kulit gelap.ada sejarawan claimed yg cleopatra ni berkulit hitam

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.302827 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top