CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

‘Top 5’ Filem Sendu, Tak Laku

3-6-2023 01:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3841| Komen: 54

Description: Ketika beberapa filem raih kutipan cemerlang, terdapat juga filem yang sekadar menghiasi carta pawagam lantas berlalu pergi dengan kutipan ‘menyedihkan’.Entah di mana silapnya, mungkin jalan cerita ...
Ketika beberapa filem raih kutipan cemerlang, terdapat juga filem yang sekadar menghiasi carta pawagam lantas berlalu pergi dengan kutipan ‘menyedihkan’.

Entah di mana silapnya, mungkin jalan cerita yang kurang memberi impak atau dibarisi pelakon tiada nilai ‘bintang filem’ atau juga kurang pengaruh.



Apa yang pasti, kedua-dua aspek itu penting untuk menarik minat pencinta filem negara.

Gala minggu ini menyenaraikan beberapa filem yang kurang mendapat sambutan atau dalam erti kata lain ‘sendu’ dan sekadar pulang modal sahaja.

Bella & Jamie


MERUPAKAN karya arahan Fairul Nizam Ablah dan Ghaz Abu Bakar, Bella & Jamie mengisahkan persahabatan dua gadis iaitu Bella dan Jamie yang menjadi semakin akrab selepas mendapat tahu ibu dan bapa mereka merancang untuk berkahwin. Hubungan mereka kemudiannya goyah apabila Jamie menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasih Bella.


Meskipun dikatakan fresh dan sarat plot twist, malangnya filem berkenaan sekadar di pinggiran dan dilabel filem ‘tak laku’ apabila hanya meraih kutipan panggung sebanyak RM9,186.50 berbanding kos produksi RM600,000.

Filem pertama terbitan Liyana Jasmay itu juga kurang mendapat sambutan kerana berdepan dengan banyak cabaran apabila terpaksa ditayangkan serentak bersama dengan lima buah filem luar bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Jika ditanya kepada penggemar cerita melayu, mereka juga pasti tidak pernah sedar dengan kewujudan filem yang dibintangi Liyana Jasmay, Che Puan Juliana Evans, Izzue Islam dan Khir Rahman tersebut.

Bidong: The Boat People


DIINSPIRASIKAN daripada sejarah pelarian Vietnam yang melarikan diri ke Pulau Bidong, Terengganu sekitar 1970-an, filem arahan pengarah terkenal, Yusof Kelana yang kedengaran hebat itu tidak dipandang penggemar filem tanah air.

Menghiasi pawagam pada Mac 2018, Bidong: The Boat People membariskan pelakon berbakat besar daripada pelbagai latar belakang dan bangsa seperti Taufik Hanafi, Irene Wong, Livolnia Ricky, Lawrence Poh, Abby Nour, Dickson Chin Z, Zamree, Vanessa Lim dan Man Raja Lawak.

Memaparkan jalan cerita bernuansa epik, filem terbitan YKS Film Maker dengan kerjasama SKT Media Entertainment itu juga dikatakan sarat menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI).

Menariknya lagi, naskhah berkenaan juga menggunakan empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Cina dan Vietnam.

Malangnya, naskhah berkenaan tetap gagal meraih perhatian orang ramai apabila hanya mampu mengutip jualan tiket sebanyak RM3,536 sekali gus menjadikan karya berkenaan di kedudukan tercorot sepanjang zaman sehingga kini.

Mendidih Bro


NASKHAH Mendidih Bro mengisahkan Adi yang melakukan penggambaran sebuah dokumentari mengenai puak Orang Asli di Filipina.

Dalam usaha untuk menjejaki masyarakat terbabit, dia terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan.

Dijayakan pelakon-pelakon popular, filem arahan Z. Lokman itu sepatutnya mampu mendaki tahap lebih tinggi, malangnya tidak.

Tiada tuah atau barangkali tidak mencapai standard sebuah filem, Mendidih Bro hanya mampu mendapat pulangan RM4,090, bahkan filem tersebut hanya mampu bertahan selama empat hari di 21 pawagam seluruh negara.

Selain itu, naskhah yang dibintangi Azrel Ismail, Che Puan Julianna Evans, Marlyn Guinto, Yank Kassim, Adrea Abdullah dan Amy Mastura tersebut dikatakan seolah-olah tergantung sepi tanpa promosi oleh pihak

produksi dan pengedar, sehinggakan kehadirannya di pawagam tidak begitu disedari khalayak.

Bahkan, tidak banyak reviu tentang filem ini dapat diperolehi dalam carian internet.

Enjin No.9


MENERAPKAN elemen romantik bersulam komedi, filem arahan Raja Azmi, Enjin No.9 turut tersenarai dalam carta ‘sendu’ apabila hanya berjaya mengutip sebanyak RM7,466.

Filem berkenaan dibarisi Tajul Arif, Kazar, Sharifah Shahirah, Datin Fadilah Mansor, Dottie, Bila AF dan Nurul Ayuni Asyiqin.

Diterbitkan Rangkaian Melati Production, filem tersebut mengisahkan Pak Leman lakonan Kazar yang serik untuk berkahwin lagi setelah lapan kali gagal dalam perkahwinan.

Jalan cerita yang agak klise dan membosankan merupakan faktor utama filem ini tidak laku bahkan dilabel oleh netizen sebagai filem syok sendiri.

Qhaliq


Sebelum wujudnya Paskal dan Wira, pasti ramai yang tidak tahu bahawa Hairul Azreen terlebih dahulu melakonkan watak anggota beruniform lain menerusi Qhaliq.

Menjadi filem bomba pertama di Malaysia, Qhaliq arahan Rosli Mohd Talib terbitan Aifa Motion Pictures dan dibaris pelakon terkenal tanah air seperti Hairul Azreen, Aliff Yasraff, Nur Risteena, Ahmad Idham, Syanie Aida dan Azza Elite.

Kegagalan naskhah berkenaan untuk pecah panggung dikatakan berpunca daripada kurang promosi selain ketika itu khalayak dikatakan cenderung terhadap genre romantik dan komedi.

Sepanjang tempoh tayangan, Qhaliq hanya memperoleh kutipan sebanyak RM14,000.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote redz85 3-6-2023 01:23 PM
2 filem juliana evans
Quote hokeypokey 3-6-2023 01:30 PM
semua filem aku tak pernah dengar
Quote slyfynx 3-6-2023 01:33 PM
Filem Ratu Kala Jengking?
Quote kaedahnya 3-6-2023 01:33 PM
bella & jamie tu kalau jual kat stesen TV tah ke laku jugak. yang boat people & qhaliq tu pun maybe. yang mendidih bro tu, tajuk pun entah hapa hapa. engine no. 9? apoo?
Quote bedahmenjuyah 3-6-2023 01:39 PM
Enjin no 9? What were you thinking producer? Sapa je nak tgk kazar kawin berkali2
Quote kechikchomel 3-6-2023 02:26 PM
Citer Badang Alip Sokeri?
Quote telracs 3-6-2023 03:01 PM
Edited by telracs at 3-6-2023 05:11 PM

Jangankan nak kata filem sendu tak laku,
dengar tajuk pun tak pernah....
Diorang tak de buat promosi filem² ni ke?
Atau saya yang tak alert...
Quote inspektoremos21 3-6-2023 03:17 PM
Bella jamie tu elok tayang kat astro ria/astro citra je patutnya..
Quote tobobon 3-6-2023 03:22 PM
kechikchomel replied at 3-6-2023 02:26 PM
Citer Badang Alip Sokeri?

citer heols flop jugak..tp xla seteruk yg disenaraikan di sini..filem tu dpt hampir 70k jugak la
Quote dudaberhias 3-6-2023 04:12 PM
semua tajuk macam gampunk... poster pun macam gampunk... sape la nak nengok dikkk...

muka masing2 pun macam gampunk siap ada kazar dan tajul... lagilah rela aku tengok ikan duyung hitam kat pawagam dari nengok korang... takpun tengok binatang je lah... dah la muka masing2 macam mintak kita ni jadi andartu...

Quote PULANGKAN 3-6-2023 04:25 PM
dudaberhias replied at 3-6-2023 04:12 PM
semua tajuk macam gampunk... poster pun macam gampunk... sape la nak nengok dikkk...

muka masing2 p ...

ya ampon sisss

Iols setuju  

poster very the hazabedah
Quote dudaberhias 3-6-2023 04:34 PM
PULANGKAN replied at 3-6-2023 04:25 PM
ya ampon sisss

Iols setuju  

khen...

kot ye pun takkan la tak mampu nak hire designer...
designer fresh grad kat twitter tu semua upah rm50 pun boleh buat lagi gah dari poster filem serhoper ahlong tampal2 kat bawah jambatan tu...

iols syak producer tu sendiri taste hauk... mustahil gila di era zaman 2023 ni orang tak boleh nak beza poster yang classy n meletop dengan serhoperrr ceti tampal bawah jambatan untuk bagi pinjam duit...


Quote AWEKSAMURAI 3-6-2023 04:37 PM
Terbaru UNTOLOL STORY HAHAHAHA...dpt 1 juta pun ketua2 parti n adun kuar duit belanja ahli2 dan mahacai PH pegi tgok hahahaa
Quote PULANGKAN 3-6-2023 04:42 PM
dudaberhias replied at 3-6-2023 04:34 PM
khen...

kot ye pun takkan la tak mampu nak hire designer...

pedes, tapi benerrr

bila tengok balik, design so yesteryear. persis tahun 80-an, 90-an
satu poster tu, macam pakai powerpoint ja. insert image dua tiga kali, pastu tepek tepek tepek  

persis hasil tangan budak intern gaji tak bayaq  

pilu hati Iols
poster sendu, cerita sendu
ni semua salah rakyat Malaysia tak support produk tempatan  


Quote gerbera.memopad 3-6-2023 10:06 PM
Alahai, Liyana tu stop la berlakon cerita ala-ala chick lit, urban. Even CP Juliana pun sama.
Quote heythere123 3-6-2023 10:25 PM
kaedahnya replied at 3-6-2023 01:33 PM
bella & jamie tu kalau jual kat stesen TV tah ke laku jugak. yang boat people & qhaliq tu pun maybe. ...

Bella & Jamie kalau masuk streaming service okay je mungkib
Quote heythere123 3-6-2023 10:25 PM
redz85 replied at 3-6-2023 01:23 PM
2 filem juliana evans

same denominator kan. Harapnya CP Juliana sedar diri
Quote heythere123 3-6-2023 10:27 PM
dudaberhias replied at 3-6-2023 04:12 PM
semua tajuk macam gampunk... poster pun macam gampunk... sape la nak nengok dikkk...

muka masing2 p ...

yang movie bapak ira gelek tu paling takleh blah. Macam takde correlation langsung
Quote Carcosa 3-6-2023 10:28 PM
Edited by Carcosa at 3-6-2023 10:30 PM

Nama production pon mcm celaka - Mermaid Studios   Tah hapa2    Takde nilai langsung bunyiknya
Dahla muka kampung, sedaya upaya nak buat cerita Urban, pe'el plk berlagak, tudung dah terbang di larikan garuda, padan muka kau filem kau taklaku   Cuba bayangkan, kalau nak buat filem sejarah Malaysia, atau filem seram, atau filem sedih, tetiba, terbitan Mermaid Studios    Apoooooooooo?  
Otak, muka, pe'el, semua selari. SAMPAH SARAP.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.072598 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top