CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Baru Sehari Tayang, Filem Merewang Keluarga Pak Awang Buat Ramai Pecah Perut "Abang Zizan, Abang Adlin You Guys Are The Best!"

17-7-2023 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2076| Komen: 8

Description: Filem Merewang Keluarga Pak Awang karya pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramlie berjaya menangkap hati netizen walaupun baru sehari ditayangkan.Buktinya, komen-komen di laman sosial berkenaan Merewang ...
Filem Merewang Keluarga Pak Awang karya pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramlie berjaya menangkap hati netizen walaupun baru sehari ditayangkan.

Buktinya, komen-komen di laman sosial berkenaan Merewang Keluarga Pak Awang ini juga ternyata mendapat respon positif.


Rata-rata tidak kering gusi melihat lawak bersahaja yang disajikan Zizan Razak yang buat pertama kalinya memainkan watak antagonis dalam filem tersebut.



Antara komen:

“Abang Zizan, Abang Adlin you guys are the best! Best gila cerita ni, plot simple je tapi jalan cerita terbaik, lawak yang sangat-sangat fresh! Memang rekemen untuk tengok!” 

“Filem dari Adlin Aman Ramlie, ni memang crack, syok gila. Dia punya masuk air dari semua pelakon tak leh bawak bincang."

Selain Zizan dan Sabri Yunus, filem ini diperhebatkan lagi dengan lakonan yang meninggalkan kesan dari Adriana Adnan, Fabian Loo, Watie Sadali, Emelda Rosmila, Emma Sofea dan Adlin Aman Ramlie yang turut bertindak selaku pengarah.


Ini merupakan filem pertama arahan Adlin, manakala skrip oleh Amin Shakib dan cerita asal oleh Syahrul Imran Shariffuddin.

SINOPSIS:
Merewang Keluarga Pak Awang mengisahkan tentang pesara tentera yang berpangkat komander, Pak Awang (Sabri Yunus) ingin mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan bongsunya secara besar-besaran.

Dol (Zizan Razak) iaitu seorang jejaka di kampung mereka cuba untuk menggagalkan perkahwinan tersebut dan telah melancarkan pelbagai helah yang menjadikan situasi majlis perkahwinan huru hara. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 17-7-2023 10:17 PM
Ada sesiapa yg dh tgk leh kasik review
Quote I.K.A888990 18-7-2023 12:54 AM
ada tgk preview kat astro
mcm best je
Quote anony-mous 18-7-2023 01:51 AM
I.K.A888990 replied at 18-7-2023 12:54 AM
ada tgk preview kat astro
mcm best je

Masuk wayang ke masuk astro je? Diam2 je cerita ni tau2 ada good review. Vik2ria secret smpai reka gosip ar badul dgn watak utama, tp ttp hambar
Quote Rachel_Green 18-7-2023 07:26 AM
i teringin nak tengok..i percaya cerita ni best..sebab dah dua komedi raya adlin arah yg i tengok..best dan kelakar..
Quote TomyamPuteh 18-7-2023 07:52 AM
Tak minat aku Zizang. Lg baik tgk cita Yogi Babu berlakon.
Quote dekmieDandy 18-7-2023 11:02 AM
tengok teaser menarik

tapi sebab nak boikot asteruk so....

sebelum ni ada jugak kan movie camni, tapi pengantin perempuan punya version
Quote dudaberhias 18-7-2023 12:00 PM
Ewwww geli geleman nak tengok bila si keropok losong kerepot tu berlakon...
Bujang tua perasan hensem walhal rhoper macam penyu tersangkut straw dalam hidung...


Quote Supersirap 18-7-2023 01:56 PM
Jika jalan cerita menarik boleh pergi menonton selepas ini

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.063491 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top