CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Pulau Filem Pertama Malaysia Kutip RM700,000 Di Kemboja

24-7-2023 06:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2582| Komen: 7

Description: Filem Pulau terbitan WebTVAsia menjadi filem pertama dari Malaysia berjaya mencatat kutipan RM700,000 di Kemboja selepas ditayangkan di sana pada 22 Jun lalu.Filem yang diedarkan syarikat Kemboja, Wes ...
Filem Pulau terbitan WebTVAsia menjadi filem pertama dari Malaysia berjaya mencatat kutipan RM700,000 di Kemboja selepas ditayangkan di sana pada 22 Jun lalu.

Filem yang diedarkan syarikat Kemboja, Westec Media itu juga menjadi filem seram menduduki carta teratas paling banyak ditonton di negara itu bagi tahun ini.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WebTVAsia, Fred Chong menyifatkan kejayaan itu satu pencapaian sangat membanggakan untuk mereka serta industri filem tempatan khususnya.

"Angka itu memang sangat tinggi memandangkan populasi Kemboja ada 16.6 juta. Untuk mendapat jumlah kutipan begitu di Malaysia sendiri pun bukan semua filem mampu capainya.

"Jadi, ia sebuah pencapaian yang sangat tidak dijangka. Kalau ikutkan, di Vietnam pun sudah mencecah RM800,000 tapi populasi negara itu pula hampir 100 juta," katanya.

Menurut Fred, peluang mereka untuk mengedarkan filem itu di sana terbuka selepas dia menghadiri Festival Filem Antarabangsa Kemboja 2023, baru-baru ini.


"Pulau menjadi satu-satunya filem Malaysia yang ditayangkan pada acara itu. Saya pun pertama kali berkunjung ke sana dan sebenarnya melihat ada ruang untuk filem menembusi pasaran sana," katanya.

WebTVAsia juga secara rasmi menandatangani memorandum kerjasama dengan Westec Media pada hari ini. Sidang media terbabit dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbabit, Michael Chai.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Fred berkata, mereka sudah ada perancangan untuk ke depan termasuk mengukuhkan industri penciptaan kandungan kreatif.

"Saya melihat industri cipta kandungan sebenarnya sangat besar di sana. Jadi, kami di WebTVAsia mahu luaskan rangkaian menjadi rakan usahasama strategik majukan lagi industri itu di Kemboja," katanya.

Beberapa pelakon Pulau seperti Sanjna Suri, Ms Puiyi, dan Mark Odea antara yang hadir pada sidang media terbabit.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 25-7-2023 09:15 AM
tepuk tangan sikit!
Quote chiyoasuka 27-7-2023 01:55 AM
boleh tahan
Quote rumahbiru 18-8-2023 02:17 PM
mana nak sedut cerita ni
Quote Mikebrown 29-8-2023 03:07 AM
Edited by eddlisa_uyuk at 6-11-2023 09:15 AM

-----spam------edit-------
Quote bedahmenjuyah 3-9-2023 07:55 PM
Ok good effort
Quote mxngchii 23-10-2023 03:32 PM
Wow
Tahniah....
Quote shafik72 3-11-2023 09:17 PM
Depa nk tgk ms puiyi kot,aktress hot malaysia

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.062343 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top