CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Barbie Tak Tayang Di Punjab, Kandungan Tak Sesuai

25-7-2023 06:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1241| Komen: 1

Description: Lembaga Penapisan Filem Punjab melarang tayangan filem ikonik Barbie, komedi fantasi yang dinanti-nantikan di pawagam di negeri itu kerana kandungannya yang tidak sesuai.Agensi Berita Jerman (dpa) mel ...
Lembaga Penapisan Filem Punjab melarang tayangan filem ikonik Barbie, komedi fantasi yang dinanti-nantikan di pawagam di negeri itu kerana kandungannya yang tidak sesuai.

Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan, hanya Punjab yang menghentikan tayangan tersebut sedangkan kawasan lain di Pakistan meneruskan tayangan filem berkenaan.



"Filem itu diharamkan kerana kandungan yang tidak sesuai. Dialog yang tidak sesuai telah disunting dan lembaga penapis filem akan menyemaknya semula sebelum membuat keputusan mengenai tayangannya," kata Setiausaha Penerangan bagi Punjab, Ali Nawaz Awan.

Ini bukanlah kali pertama sebuah tayangan filem diharamkan di Pakistan. Pihak berkuasa Pakistan telah mengharamkan beberapa filem India yang menayangkan aspek negatif agensi perisik negara itu selain membabitkan kandungan lain yang menjadi topik tabu.

Tahun lepas, kerajaan mengharamkan filem Joyland kerana bimbang reaksi negatif masyarakat Islam konservatif.


Joyland adalah hasil produksi Pakistan pertama yang ditayangkan di Festival Filem Cannes.

Kumpulan pelampau Islam menentang budaya lesbian, gay, biseksual, trans dan queer (LGBTQ) dianggap tabu di Pakistan seperti yang berlaku di kebanyakan negara Islam.


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote limau 20-11-2023 03:27 PM
tak tgk lagi

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.085873 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top