CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Sumpahan Jerunei Rangkul 6 Trofi Di Florence, Paris Film Awards

28-7-2023 10:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7618| Komen: 8

Description: Filem bergenre seram, budaya dan fiksyen, Sumpahan Jerunei terbitan Produksi Seni 2020 Sdn. Bhd. berjaya memenangi enam trofi di Florence Film Awards, Itali dan Paris Film Awards, sekali gus mendapat ...
Filem bergenre seram, budaya dan fiksyen, Sumpahan Jerunei terbitan Produksi Seni 2020 Sdn. Bhd. berjaya memenangi enam trofi di Florence Film Awards, Itali dan Paris Film Awards, sekali gus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.


Penerbit bersama filem, Datin Wendy Wong berkata, dia dan rakan kongsi, Datuk Nancie Foo bersyukur filem arahan Jason Chong itu mendapat pengiktirafan di peringkat global selepas berdepan dengan pelbagai cabaran.

Filem Sumpahan Jerunei berjaya merangkul enam trofi di Florence Film Awards, Itali dan Paris Film Awards, sekali gus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

"Memang menjadi hasrat kami membawa filem Sumpahan Jerunei yang mengangkat kisah adat dan budaya unik kaum Melanau di Sarawak ke peringkat global dengan menghantar penyertaan ke tujuh festival antarabangsa.


“Syukur, alhamdulillah usaha kami membuahkan hasil apabila filem Sumpahan Jerunei mendapat lima anugerah di Florence Film Awards yang berlangsung di Tuscany, Itali dan satu lagi anugerah di Paris Film Awards,” katanya.

Mengenai anugerah itu, kata Wendy, filem Sumpahan Jerunei diumumkan memenangi lima anugerah membabitkan pelbagai kategori utama di Florence Film Awards pada Mei lalu.

“Lima anugerah diterima membabitkan kategori Filem Cereka Terbaik, Pengarah Terbaik (Jason Chong), Sinematografi Terbaik (Haris Hue Abdullah), Muzik Skor Asal Terbaik (Sharon Paul) dan Penerbit Terbaik (Wendy Wong dan Nancie Foo).

“Manakala, satu lagi anugerah menerusi kategori Filem Cereka Terbaik di Paris Film Awards pada Mac lalu,” katanya.

Tidak ketinggalan, kata Wendy, Sumpahan Jerunei turut terpilih untuk tayangan perdana sempena Julien Dubuque International Film Festival di Amerika Syarikat pada Mei lalu.

Filem Sumpahan Jerunei menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Daiyan Trisha, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.

Filem tersebut mula menemui penonton di seluruh pawagam bermula hari 27 Julai lalu.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-7-2023 02:19 AM
Film Awards kt atas tu memang terkenal ke?

Anyway knp menakutkan pulak aku tgk muka uqasha kt gambar atas tu
Quote Tinot7 29-7-2023 02:35 PM
Perawankota replied at 29-7-2023 02:19 AM
Film Awards kt atas tu memang terkenal ke?

Anyway knp menakutkan pulak aku tgk muka uqasha kt gamba ...

Tak pernah dgq.. tau cannes film festival yg glamer..

Uqasha nampak skeri sbb rambut ngurai mcm tak bersikat..
Quote Perawankota 29-7-2023 04:19 PM
Tinot7 replied at 29-7-2023 02:35 PM
Tak pernah dgq.. tau cannes film festival yg glamer..

Uqasha nampak skeri sbb rambut ngurai mcm t ...

Sebab dah selalu dgr film award ni pon org buat tmpt cuci duit..

Quote alesandra 29-7-2023 04:34 PM
Tinot7 replied at 29-7-2023 02:35 PM
Tak pernah dgq.. tau cannes film festival yg glamer..

Uqasha nampak skeri sbb rambut ngurai mcm t ...

Klau kt italy venice film festival terkenal gak selain cannes byk  A lister joined.florence ni utk B grade atau independent film kot
Quote Tinot7 29-7-2023 04:34 PM
Perawankota replied at 29-7-2023 04:19 PM
Sebab dah selalu dgr film award ni pon org buat tmpt cuci duit..

Patut la.. byk jahh tmpt deme cuci duit gamaknya i.e. konsert2 sumer tuh... tapi ada jahh org2 yg tatau support.. sbb susah nak trace balik kpd org2 tu..
Quote jnbutt 10-8-2023 09:24 PM
Anyone have knowledge about Assisted Living?
Quote jihah_kudat 2-12-2023 09:54 PM
aku baru tengok cite ni kat netflix..ya tuhan cgi very the hauk ek..walaupun jalan cerita boleh la layan tapi cgi sedih sesedihnya patut la kene kecam dekat tiktok.. btw aku tak sangka daiyan perform ek dalam cite tu..aku bagi 3/10 - 1 untuk daiyan 1 untuk
jalan cerita  1 lagi untuk budak yang jadi hantu tu..
Quote bbalik 17-4-2024 11:50 AM
cgi bapak hauk...
mcm cite taon 80an

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.180649 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top