CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Acah Bagus Menilai Filem, Penerbit Bengang Tindakan Influencer Hasut Orang Ramai Jangan Tonton Filem Sumpahan Jerunei

1-8-2023 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6507| Komen: 37

Description: Penerbit filem Sumpahan Jerunei, Datin Wendy Wong kesal dengan tindakan infuence yang membuat pengakuan keluar pawagam lebih awal dan melemparkan kecaman berunsur hasutan meminta orang ramai tidak me ...
Penerbit filem Sumpahan Jerunei, Datin Wendy Wong kesal dengan tindakan infuencer yang membuat pengakuan keluar pawagam lebih awal dan melemparkan kecaman berunsur hasutan meminta orang ramai tidak menonton filem berkenaan.


Ia bukan sahaja ‘membunuh’ kemaraan filem tersebut, malah seakan-akan mempertikaikan kredibiliti panel juri dua buah festival filem iaitu Florence Film Awards, Itali dan Paris Film Awards yang memilih Sumpahan Jerunai sebagai penerima trofi, baru-baru ini.

Foto: Kosmo

“Saya dimaklumkan pelakon, Uqasha Senrose dan beberapa pihak lain mengenai penyebaran video berkenaan kutukan individu yang tular dalam TikTok yang mendakwa Sumpahan Jerunei filem paling teruk dalam sejarah.

“Adakah tiada satu pun elemen dalam Sumpahan Jerunei yang bagus pada pandangan mereka sampai tergamak nasihatkan orang lain jangan tengok, sedangkan filem sama juga diangkat panel juri antarabangsa atau mungkin mereka ini lebih bagus menilai filem?


“Bukan kita tidak terbuka kepada kritikan kerana ada juga orang lain ulas kesan khas, tetapi segala diucapkan mereka ini lebih kepada mengecam, memburukkan dan menghasut.

“Pengkarya profesional yang telah menonton pun beri ulasan membina, selain meminta orang bagi sokongan, bukan ‘membunuh’ seolah-olah pensohor tersebut mempunyai agenda peribadi. Kita alu-alukan pendapat, namun kena adil terutamanya dengan mengikuti sesebuah naskhah sampai tamat,” katanya kepada Kosmo! Online.


Filem Sumpahan Jerunei berjaya merangkul enam trofi di Florence Film Awards, Itali dan Paris Film Awards, sekali gus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Menurut Wendy lagi, respons daripada rakan penerbit dan pengarah produksi lain ketika majlis prebiu sekitar dua minggu lalu juga memberangsangkan.

Cuma katanya, semua pihak termasuk media, sedia maklum mengenai isu pengunduran pengarah kesan khas dari Amerika Syarikat pada saat akhir menyebabkan proses suntingan naskhah berbajet RM5 juta tersebut berdepan masalah.

“Dia meminta saya menggugurkan nama Jason Chong selalu pengarah jika ingin dia hasilkan kesan khas terbaik untuk memenangi festival filem global.

“Selepas permintaan ditolak, dia terus tinggalkan Malaysia begitu saja buatkan kami terpaksa ambil masa melengkapkan CGI dan VFX yang ditambah baik lebih enam kali dengan kos hampir mencecah RM500,000 termasuk bayaran individu tersebut,” katanya yang bergandingan dengan Datuk Nancie Foo sebagai penerbit bersama.

Foto: mStar

Pada masa sama, Wendy turut meminta maaf andai kutukan pemilik akaun TikTok terbabit berpunca daripada rasa kurang puas hati tidak dapat menyertai majlis pratonton filem berkenaan sebelum ini.

“Saya minta maaf kerana pada hari prebiu kita hanya dapat sediakan tempat duduk kepada 130 wakil media saja, tetapi kemudian kita buka lagi peluang menonton pada yang lewat mendaftar untuk hadir pada 27 Julai pula,” ulasnya.

Terdahulu, dalam video yang tular, antara perkara disebut pempengaruh itu termasuklah menyarankan khalayak agar tidak menonton karya berkenaan.

“Jangan tengok, tak berbaloi, filem paling teruk yang pernah saya tengok, paling teruk dalam sejarah,” katanya sambil disokong seorang lagi teman.

Karya yang mengambil latar Sarawak itu sebelum ini dijemput menyertai Festival Filem Busan di Korea untuk pemilihan dan kemudian ditayangkan di Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) 2023 di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Mengangkat sejarah silam kaum Melanau membabitkan adat pengebumian golongan bangsawan, antara pelakonnya adalah Bront Palarea, Syafie Naswip, Uqasha, Amerul Affendi, Tony Eusoff dan Daiyan Trisha.

Menemui penonton di pawagan bermula 27 Julai lalu, filem berkenaan turut mendapat undangan khas penganjur untuk tayangan rasmi bersempena Julien Dubuque International Film Festival di Amerika Syarikat sekitar Mei lalu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 1-8-2023 11:26 AM
aku tgk depa kritik tu beria2
sikit2 udoh le kan nak ngutuk pon
Quote Themilo 1-8-2023 11:27 AM
bila semua nak jadi tukang review, walaupun takde kelayakan
Quote I.K.A888990 1-8-2023 11:36 AM
jgn main2 pilem ni dpt 6 awards kauuuuuu...yg lain adoooooo...haaa gituuuuu walaupun.....
Quote dudaberhias 1-8-2023 11:49 AM
Biasa la tu kalau ada yang kritik... Kena la terima dan perbaiki...

Btw patut la cgi hauk... Dah penerbit pun kertu... Mana la dorang nak tititkan CGI orang2 tua ni....

Quote msdummy.2018 1-8-2023 11:52 AM
I.K.A888990 replied at 1-8-2023 11:36 AM
jgn main2 pilem ni dpt 6 awards kauuuuuu...yg lain adoooooo...haaa gituuuuu walaupun.....

Aku tgh cuba recall..mat kilau dpt anugerah apa ek
Quote I.K.A888990 1-8-2023 11:55 AM
msdummy.2018 replied at 1-8-2023 11:52 AM
Aku tgh cuba recall..mat kilau dpt anugerah apa ek

tahhhhh cuba tgk kt wikiiii
Quote CurangLagi 1-8-2023 11:56 AM
Iols tgk sbb cerita selit sejarah.. lps tu sbb bront blakon dlm tu. Hahahhaha
Quote CiliPadiSedap 1-8-2023 12:33 PM
dudaberhias replied at 1-8-2023 11:49 AM
Biasa la tu kalau ada yang kritik... Kena la terima dan perbaiki...

Btw patut la cgi hauk... Dah pe ...

kaka ada tengok tiktok live cari hantu. kaka fikir balik dia org ni guna cgi kut? sebab setiap kali hantu muncul mesti kamera bergegar. seolah olah yang pegang kamera kena parkinson.

first time ada akaun tiktok sebab adik kaka ajar beli kt tiktok xberani guna lama takut ketagih buang masa
Quote kkm123 1-8-2023 12:45 PM
bila semua terpaling jadi tukang review
Quote prince_marhaen 1-8-2023 01:01 PM
saman je nonok gigi besi & si gundu kepam tu...tak dapat invitation preview lettuw macam tiktokers lain.. walaupun filem tu hauk....takat mana je cgi filem malaysia ni..nak harapkan KRU yang power tu pun bertahun2 ye si Yuci nak siapkan... what do you expect?
Quote MatDeghem 1-8-2023 01:15 PM
jemput dia makan, bagi pree ticket....tentu lain review dia. Ini kan semua geng2 sangkak hadap makan pree.

Quote primarikey 1-8-2023 01:22 PM
Aku dh tgk filem ni
Pada aku ok je
Lgpn pegi tgk sbb nk santai2 jek
Xde la paling teruk dlm sejarah
Suka tgk dayan dlm fikem ni...comel
Quote anilanil 1-8-2023 01:49 PM
Bukan ke filem terkutuk tahun ni vic2ria secret bra merah?
Quote OshinDaSolja 1-8-2023 04:12 PM
yg kritik2 tu pun pernah menghasilkan movie ke... setakat pndai tengok je buat apa...lain la klau engko mmg biasa terlibat behind the scene... setakat kritik2 kt youtube ke apa ke iollz tong sampahkan jer...klau ko tu level2 James Cameron ke Tim Burton ke Tarantino ke takpe la gak nk kritik2 movie orang
Quote TomyamPuteh 1-8-2023 04:48 PM
Wendy Wong ni Muslimkan? Ke aku yg salah info?
Quote kuceeng 1-8-2023 06:11 PM
festival filem oversea tu kebanyakannye scam je, alangkan oscar tu pon anugerah kroni2, apetah lagi yg award2 x pernah dgr tu
yg influencer2 ni pulak nan hado mcm bagus, btol la tu kalo x kene invite gi premier mane2 merempan, mcm la ko tu bagi sumbangan besar kt negare
Quote Perawankota 1-8-2023 08:06 PM
Aku nak tgk filem ni nanti.. Anyway, aku tengok filem pulau tu pon not bad lah.. just because kecoh pasal isu seksi yang pada aku sebenarnya tak der Apapon, tak pasal2 x ramai org kita nak tengok.
Quote AnnaSendin 1-8-2023 10:56 PM
TomyamPuteh replied at 1-8-2023 04:48 PM
Wendy Wong ni Muslimkan? Ke aku yg salah info?

Yezza. Yes.
(Iols nak taip yes sajork tapi porum hencap iols kerna patah perkataan terlalu pendek)
Quote OyaTonggek 1-8-2023 11:13 PM
iolss dh tgk.. 6 out of 10..sbb kalau iols x tgk citer ni harammm iols tau sejarah jerunei ni..& james brooke yg mengarahkan upacara jerunei dilupuskan sbb pembunuhan manusia x bersalah. Plus blont palare berlakon. Si dayan trisya comel gila sbb x ubah idong..

Filem ni special effect 3d je yg cacatkan skit tp boleh la terima sbb filem ni 3thn lps x salah iols br siap..kalau salah, amponnnn. Maybe x up to date kot...alahhh lebih kurang mat kilau je..

Apapasal influencer gamfunk tu kutuk sgt2?? ni mesti nk buat content celaker ni..

The best Mak Mah! scary

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.063504 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top