CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Misi Mencari Hero Keluang Man, Syarat Mesti Sado

28-7-2023 10:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7156| Komen: 13

Description: Siri animasi legenda yang pernah mencetuskan fenomena sejak lebih dua dekad lalu, Keluang Man bakal diangkat ke layar perak.Filem Keluang Man versi live action ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan baka ...
Siri animasi legenda yang pernah mencetuskan fenomena sejak lebih dua dekad lalu, Keluang Man bakal diangkat ke layar perak.

Filem Keluang Man versi live action ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan bakal diarahkan oleh pengarah siri High Council dan juga penulis skrip filem Polis Evo, Anwari Ashraf Hashim.


Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, dalam usaha menghasilkan karya berkualiti, Astro Shaw mengambil langkah untuk meneroka inisiatif ini dengan membuka peluang kepada selebriti tanah air serta masyarakat untuk mempamerkan bakat terpendam.


“Watak ikonik ini amat dekat dengan penonton. Kami berharap pencarian ini dapat menampilkan bakat yang menepati kriteria watak adiwira itu.

“Pencarian bakat ini terbuka buat semua warganegara Malaysia, lelaki, berusia dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun, fasih berbahasa Melayu, berperwatakan menarik dan berpersonaliti unik serta mempunyai fizikal yang tegap.


“Mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri adalah satu kelebihan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sedang memulakan fasa pra-produksi, kini filem Keluang Man sedang mencari bakat yang bersesuaian untuk watak utama. Sesi uji bakat fasa pertama dibuka bermula hari ini sehingga 13 Ogos depan.

Bagi yang berminat, layari platform media sosial Instagram Astro Shaw atau Astro Gempak bagi mendapatkan imbasan kod QR untuk menghantar video tentang diri dan personaliti anda.

Imbas kod QR, muat naik video berdurasi maksimum tiga minit tentang personaliti anda berserta gambar, dan tekan butang hantar. Video hendaklah dalam format MP4 sahaja (saiz fail tidak melebihi 300mb).

Calon yang terpilih dalam senarai pendek akan mendapat notifikasi dari pihak produksi. Mereka akan diberikan penerangan tentang ciri-ciri karakter untuk proses uji bakat fasa kedua secara fizikal di Kuala Lumpur/Selangor.

Seramnai 10 individu yang memiliki bakat terbaik akan dipilih untuk saringan fasa ketiga sebelum pihak produksi mendedahkan siapa yang berjaya membawa watak Keluang Man.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-7-2023 02:16 AM
Tak kan tak der artis yg layak sampai buka casting utk public? Tiongman tak nak carik ke? Iols cadangkan Bell ngasri, alang2 dia pon tgh femes skang
Quote Tinot7 29-7-2023 02:36 PM
Baper ramai la yg sado..
Quote CiliPadiSedap 29-7-2023 02:45 PM
Tinot7 replied at 29-7-2023 02:36 PM
Baper ramai la yg sado..

kalau boroi ramai je. sado tu kt gym je lah ada
Quote Tinot7 29-7-2023 02:47 PM
CiliPadiSedap replied at 29-7-2023 02:45 PM
kalau boroi ramai je. sado tu kt gym je lah ada

Hat kat gym tu ramai gayah walopon sado.. hati2..
Quote kakikuDibibirmu 30-7-2023 05:40 AM
Afdlin Shauki tersenyum sinis
Quote lasagna 7-8-2023 09:38 AM
perlu ke nk yg sado?
bleh kira kan artis msia yg sado bape ketul.
tapi sbb nk casting, mesti nk carik muka baru.
Quote cycra 8-8-2023 09:10 AM
sado n tegap different kan..pada aku la..aku ska tegap...but geli dgn sado..
Quote kingdomgrup123 9-8-2023 04:44 PM
Edited by eddlisa_uyuk at 10-8-2023 09:02 AM

-----edittt----spamm----
Quote jnbutt 10-8-2023 09:25 PM
Visit Budgeting Enterprise that is the best construction website.
Quote kakigebang 9-9-2023 08:19 AM
Perawankota replied at 29-7-2023 02:16 AM
Tak kan tak der artis yg layak sampai buka casting utk public? Tiongman tak nak carik ke? Iols cadan ...

Aku cadangkan bell (tiongman) dan sofi jikan(klang man) sbb dia tinggi kurus dan ada dark humour ... ????
Quote Zack8hunter 9-9-2023 04:34 PM
Rasanya Kluang Man tak perlu kot yg sado sgt..janji badan fit..dan tinggi..muka melayu tulen, tak perlu hensem sgt pun sbb based on citer asal, Kluang man ni pun sbnrnya pesakit mental jer kan..
Quote ninja boy 28-9-2023 11:39 PM
Suara kena sama ka stail ckp kena sama dgn kartun
Quote mxngchii 23-10-2023 03:27 PM
kakigebang replied at 9-9-2023 08:19 AM
Aku cadangkan bell (tiongman) dan sofi jikan(klang man) sbb dia tinggi kurus dan ada dark humour . ...

I pulak dah terbayang sofi jikan jadi kluang man. Aduh habis my childhood memories huhu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.049460 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top