CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Rahsia Versi 'Reboot' Bukan Ciplak

10-8-2023 11:07 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3220| Komen: 6

Description: Pengarah, Shamyl Othman mengakui banyak persoalan yang difikirkannya apabila berhasrat menghasilkan filem Rahsia, sebuah filem epik lakonan hebat, Noor Kumalasari dan Allahyarham Shukery Hashim.Tidak ...
Pengarah, Shamyl Othman mengakui banyak persoalan yang difikirkannya apabila berhasrat menghasilkan filem Rahsia, sebuah filem epik lakonan hebat, Noor Kumalasari dan Allahyarham Shukery Hashim.

Tidak mahu pelbagai persepsi timbul, Shamyl menegaskan, filem ini adalah 'reboot' dan bukan pembikinan semula seperti sangkaan ramai. Malah, perubahan 70 peratus daripada versi asal.


"Semua orang tahu filem Rahsia diterbitkan pada 1987 adalah karya klasik dan mempunyai peminat tersendiri. Apabila memilih buat pembikinan filem versi 2023, banyak aspek perlu dipertimbangkan.

"Kalau boleh saya tak mahu penonton anggap usaha ini tidak betul, cubaan meniru karya asal, ketandusan idea dan mengacau karya sedia ada. Untuk elak tanggapan ini, saya memutuskan membuat perubahan dari segi jalan cerita.

"Antaranya, dengan menonjolkan sosok hantu polong. Kalau tonton filem asal, ia adalah satu-satunya filem seram yang tiada hantu.


"Hanya seram wujud menerusi bunyi dan rasa," katanya pada sidang media Tayangan Gala Filem Rahsia di ibu negara, baru-baru ini.

Pun begitu, kata Shamyl, meskipun membuat perubahan dari segi jalan cerita, namun momen yang cukup sinonim dalam filem versi asal masih boleh dilihat dalam karya sentuhannya itu.


"Hanya jalan cerita sahaja berbeza, namun masih mengekalkan tema, semangat dan elemen seram seperti filem asal. Saya paparkan beberapa babak yang boleh mengingatkan semula kepada filem Rahsia sebelum ini.

"Filem Rahsia versi 2023 ini kuat dengan elemen kekeluargaan, sama seperti filem asal. Tak dinafikan, saya jadikan filem The Conjuring sebagai rujukan kerana filem seram ini juga menonjolkan tema kekeluargaan dan unsur seram yang berlaku dalam rumah.

"Cuma, apa yang ingin saya tekan, filem Rahsia bukanlah naskhah untuk penonton bernostalgia semata-mata. Selain penghargaan peribadi buat bapa, Othman Hafsham yang juga pengarah asal filem Rahsia, saya harap filem ini mampu menarik kelompok penonton baharu untuk menonton versi asal," ujar pengarah filem Kami Histeria dan Rembat itu.

Mengulas reaksi bapanya apabila mengetahui akan mengarahkan filem terbitan Astro Shaw dan Five Star Trading ini, Shamyl berkata, bapanya menyokong penuh apa sahaja yang dilakukan.

"Bapa tak banyak cakap. Beliau juga tak adalah pesan atau beri amaran supaya saya tak rosakkan filemnya dengan pembikinan versi baharu ini.

"Malah, bapa selalu anggap saya adalah pembikin filem yang lebih baik daripadanya.

"Bila tahu saya akan mengarahkan filem ini, bapa hanya cakap ia adalah satu cabaran buat saya, sambil doakan semoga saya berjaya. Bagaimanapun, saya lega selepas selesai majlis pratonton, bapa ucap tahniah kerana kagum dengan hasil kerja saya.

"Saya juga turut mengundangnya sebagai cameo dalam filem ini. Walaupun saya anaknya tetapi bila di lokasi, bapa tetap hormat saya sebagai pengarah," ungkap Shamyl.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 10-8-2023 11:21 AM
Kat luar negara bukan main banyak filem versi reboot lepas tu tahu-tahu je jadi multiverse.
Quote Orix 10-8-2023 01:31 PM
spe2 da tgok tlg review best x, sbb iols kalo abil berlakon iols onzzz jah, tp takut jd mcm sumpahan jerunai tu, eventho ada bront iols x jadik tgok sbb ramai kata cite tu cgi haukkkkk layak masuk cerekarama jah
Quote cikatilia 10-8-2023 03:24 PM
wowww
ada mislina la weh
Quote Ellisbrookes 10-8-2023 05:18 PM
Edited by Ellisbrookes at 11-8-2023 01:43 PM

That is amazing thanks for the information.   MyTHDHR Login
Quote Jitu 10-8-2023 05:32 PM
  1. "Hanya jalan cerita sahaja berbeza, namun masih mengekalkan tema, semangat dan elemen seram seperti filem asal.
Copy the Code


rahsia versi asal tak seram pun
Quote jnbutt 10-8-2023 09:19 PM
Edited by jnbutt at 10-8-2023 09:20 PM

That's truly impressive, and I appreciate the valuable insights you've provided. Thank you for sharing this information!




Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.083652 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top