CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Lima Hari Tayang, Rahsia Kutip RM2.2 Juta

15-8-2023 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2569| Komen: 11

Description: Lima hari tayangan, filem seram versi reboot, Rahsia meraih kutipan mencecah RM2.2 juta.
Lima hari tayangan, filem seram versi reboot, Rahsia meraih kutipan mencecah RM2.2 juta.

Berita tersebut dikongsikan dalam Instagram rasmi Astro Shaw selaku penerbit bersama syarikat produksi Five Star Trading.


“Alhamdulillah. Filem seram Rahsia berjaya mendapat kutipan sebanyak RM2.2 juta dalam masa lima hari tayangan. Terima kasih kepada semua,” tulis hantaran tersebut.


Foto: IG

Rahsia sentuhan anak kepada sutradara asal Othman Hafsham iaitu Shamyl dijangka mampu mengekalkan momentum untuk terus menarik penonton ke pawagam.

Meraih reaksi positif daripada penonton dan penggiat industri filem, Rahsia di tangan Shamyl dikatakan membuatkan khalayak tidak senang duduk sepanjang tayangan.

Sarat elemen mengejutkan dengan suntikan beberapa babak ikonik seperti naskhah terdahulu, setiap adegan mampu membuatkan bulu roma meremang.


Paling meraih perhatian tentu saja Nabila Huda sebagai penggalas karakter Ramlah yang dibawakan Noorkumalasari dalam versi filem asal terbitan tahun 1987.

Sebagai isteri dan ibu yang kehilangan anak lelaki, aktres berusia 38 tahun itu dipuji ramai berikutan penghayatan serta emosi ditonjolkan.

Selain Nabila dan Fikry sebagai Hamdan, filem tersebut turut membariskan Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Mislina Mustaffa, serta penampilan istimewa, Othman dan Susan Lankester.

Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga membabitkan Ramlah bersama Hamdan dan anak-anak, Marina serta Saiful yang pulang bercuti di rumah ayah wanita itu, Tan Sri Karim.

Keadaan menjadi kelam kabut apabila Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai membuatkan polis melakukan pencarian namun pada masa sama Ramlah yakin anaknya itu disorok kuasa mistik. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 15-8-2023 06:25 PM
versi reboot tu apa? remake?
Quote kakikuDibibirmu 15-8-2023 06:28 PM
Cuci duit pecah ponggong wayang
Quote pisanggoreng 15-8-2023 07:22 PM
Screenshot_20230815_191948_Chrome.jpg
Quote lanacondor 16-8-2023 12:28 AM
Ntah la byk sgt pecah pangggung. Kdg rs mcm hype je lebih. Sebenarnya idok la gitu
Quote rumahbiru 18-8-2023 02:16 PM
tak best ke cerita ni
Quote myakayina 18-8-2023 02:43 PM
aku lagi prefer versi yg asal...
Quote dekmieDandy 18-8-2023 03:35 PM
aku tak sure memang cerita ni bunyi dia kuat ke, hall wayang aku haritu yang terpasang kuat

sound movie dia kuat giler, time ada jumpscare ke time cakap biasa ke, memang kuat giler semua benda

tapi yelar, tiket mahal, so terpaksa la tahan je sampai habis cerita

dia punya lakonan okay, tapi watak fikri tu patut ketengah sikit, macam tenggelam sikit, overshadow dek nabila

boleh bagi 3.5/5 je
Quote Rhyno 26-8-2023 09:05 PM
better ke versi reboot ni? iols plan nak gi tonton....
Quote umbut 26-8-2023 11:56 PM
Jln citer sama cam yg lama ke
Quote 3480 27-8-2023 12:21 AM
Pernah tgk versi lama ja.. seram.
Misteri rumah tua pun seram
Quote Realpeople17 27-8-2023 12:27 AM
Citer ni lari jauh plot dari citer asal. Berbeza sgt. Tp ok la hujung movie plot twist.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.062670 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top