CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rakan Sedang Derita Kanser Diajaknya Si Isteri Kahwin, Beri Alasan Dia ‘Tak Boleh Berjalan’

26-8-2023 09:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 253| Komen: 0

Description: Dalam satu perkongsian yang tular di Twitter, seorang wanita menceritakan kisah rumah tangganya yang diuji dengan kehadiran orang ketiga yang cuba menggugat kesetiaannya terhadap si suami."Saya dah be ...
Dalam satu perkongsian yang tular di Twitter, seorang wanita menceritakan kisah rumah tangganya yang diuji dengan kehadiran orang ketiga yang cuba menggugat kesetiaannya terhadap si suami.

"Saya dah berkahwin dengan seorang husband yang sangat baik di mana dia adalah sahabat baik saya. Kami mengenali satu sama lain hampir 10 tahun dan berkahwin dua tahun.

"Tahun lepas, suami saya diuji dengan kanser Ewing Sarcoma, stage 4. Kami melaluinya bersama setiap rawatan dan satu hari, tumor sudah merebak ke bahagian spinal (T7) dan suami saya tak boleh berjalan sebab dah menekan saraf tunjang.


"Namun semuanya lancar sebab suami saya ada buat fisioterapi dan beberapa rawatan," kongsi wanita yang tidak mendedahkan identiti itu.

Sehinggalah pada satu hari, ketika suaminya diuji, dia turut diuji dengan kehadiran seorang lelaki yang cuba mengambil kesempatan atas situasi yang dihadapi untuk meruntuhkan rumah tangganya.


Apa yang paling mengejutkan, lelaki tersebut adalah rakan kepada suaminya sendiri!

"Dia ajak saya berkahwin. Alasan dia sebab suami saya tak boleh berjalan," kongsinya.

Bagaimanapun, wanita berkenaan memilih untuk menolak mentah-mentah pelawaan lelaki tersebut kerana cinta dan kesetiaan yang dicurahkan untuk suaminya.

"Saya memang tak nak dan sekat dia di semua media sosial. Tapi dia masih boleh contact saya guna nombor telefon baru dia. Sekarang saya buat keputusan untuk tukar nombor telefon saya.

"Tapi dia tetap berusaha cari kawan-kawan saya untuk dapatkan nombor saya. Sampai ke hari ini, saya tak beritahu suami. Saya takut.

"Saya tak nak dia sedih walaupun saya akan tetap bersama dia. Moga Allah lindungi kami dan dipermudahkan urusan kami. Buat suamiku,semoga dikurniakan syifa' dan aafiyah buatmu," luahnya lagi.

Perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter @twtsecretsmy itu sehingga kini meraih 1,370 ulang kicau.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji wanita berkenaan kerana memilih untuk setia dengan suaminya meskipun tidak sesempurna seperti sebelum ini.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.045151 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top