CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nyaris Cedera Wau Bulan Tertusuk Cermin Kereta

26-8-2023 09:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2072| Komen: 2

Description: Seorang pemuda nyaris cedera apabila wau bulan tersalah mendarat lalu bahagian hujungnya tertusuk cermin kereta dalam kejadian sewaktu dia berada dalam kenderaan tersebut.Difahamkan, insiden itu berla ...
Seorang pemuda nyaris cedera apabila wau bulan tersalah mendarat lalu bahagian hujungnya tertusuk cermin kereta dalam kejadian sewaktu dia berada dalam kenderaan tersebut.

Difahamkan, insiden itu berlaku di kawasan pantai di Kelantan dengan video tersebut dimuat naik lelaki itu menerusi akaun TikTok Boika Pisang semalam.



“Datang nak healing, sekali pening. Nasib baik tak kena dada mat, belum sempat keluar kereta,” katanya menerusi kapsyen pada video itu.

Ia kemudian mendapat maklum balas pelbagai daripada pengguna selain ada yang bertanya sama ada pemuda itu mendapat ganti rugi atau sebaliknya.

“Macam mana boleh kena ni? Benda tu berat ke? Maaf tak pernah tengok depan-depan besar mcm ni,” komen @ulat bulu.

“Selalu juga tengok orang main petang-petang dengan anak-anak. Tengok gini macam takut pula,” kata @lindajohan90.

“Dapat ganti rugi tak? Nak ganti cermin tu mahal kot,” ujar @Kaseh.Gift.



Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 27-8-2023 07:10 AM
banyak banyak tempat situ pula nak dilanding…
Quote lesprincesse 7-9-2023 08:25 AM
Plot twist. Yang main way tu awek cantik lepas tu dorang pon bercouple kawin and live happily ever after. The end s

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.085230 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top