CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Tertekan Isteri Tak Nak Buat Kerja Rumah, Tugas Lahirkan Anak Je

27-8-2023 06:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 19446| Komen: 33

Description: Seorang lelaki mengakui mengalami tekanan perasaan kerana perlu melakukan tugas harian di rumah meskipun selepas pulang dari pejabat.Tambahan pula isterinya beranggapan kerja rumah adalah tanggungjawa ...
Seorang lelaki mengakui mengalami tekanan perasaan kerana perlu melakukan tugas harian di rumah meskipun selepas pulang dari pejabat.

Tambahan pula isterinya beranggapan kerja rumah adalah tanggungjawab suami semata-mata berikutan terpengaruh dengan perkongsian netizen di media sosial.



"Isteri aku termakan benda dekat sosial media kata kerja rumah tanggungjawab suami, aku macam tak ada kuasa langsung.

"Aku cakap dia kena taat suami, mak aku datang melawat pun tegur... dia cakap pada mak aku yang semua tu tanggungjawab suami," luahnya yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Situasi yang berlaku itu menyebabkan dia ingin bercerai dengan isterinya namun keputusan itu tidak dapat dilakukan kerana bimbang mengganggu perasaan anak-anak.

Lelaki ini turut mengakui isterinya bukan sahaja tidak membantu malah enggan melakukan segala kerja rumah.


"Bukan aku tak tolong, aku buat semua kerja tapi dia memang tak mahu buat langsung. Aku tak tahu macam mana lagi, apabila aku tanya direct apa salah aku... dia tak bagitahu," katanya lagi.

Disebabkan itu, dia merasakan kehidupannya selepas berkahwin seumpama zaman bujang kerana perlu melakukan segala kerja rumah sendirian.

Lebih menyedihkan apabila isterinya tidak mengambil peduli sekiranya dia sakit mahupun demam.


"Orang cakap kahwin tu best, tapi aku tak rasa benda tu. Adakah sebab aku kahwin tanpa bercinta, jadi aku tak tahu cara dia cinta.

"Aku ada tanya sama ada dia sayang aku atau tidak tapi dia jawab sayang," katanya yang kini merasakan diri seolah-olah seorang hamba.

Mana tidaknya, isterinya juga enggan mengandung lagi dan sentiasa mengikut emosi semata-mata.

"Dia kata lahirkan anak je tugas dia... masalahnya anak pun dia rancang. Nak bersama apatah lagi, ikut mood dia je. Bila aku nak dia tolak," katanya.

Luahannya itu dikongsikan seorang pelayar Twitter yang beranggapan lelaki terbabit seperti terburu-buru untuk bercerai.

Dalam pada itu, rata-rata warga maya turut memberi pandangan masing-masing dan kebanyakan meminta lelaki terbabit untuk bertegas dengan isteri.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 27-8-2023 08:22 PM
Bawak la pegi cek.. takot kne meroyan je.. pmpn lepas beranak ni dia lain sikit kalau xpantang betul2..
Quote green~tea 27-8-2023 09:31 PM
Bini narcissist kot or ada bipolar disorder


Sila hantar bini ke psychiatrist utk check mental health sheols
Quote annehuda 27-8-2023 10:22 PM
Tapi aku rasa menantu perempuan zaman sekarang mmg jenis tak malu depan mertua kot. Kazen-kazen aku yg gen Y ni kawen duduk rumah mertua selamba je bgn tido tghari. Sampai mak mertua ketuk pintu takut menantu pengsan dlm bilik ke tu hahaha
Quote pengecatbintang 27-8-2023 10:23 PM
BIni tu nak cerai tak
Quote enigmaai 27-8-2023 10:32 PM
Discover the power of Enigma AI for innovative <a href="https://enigmaai.dev/cms/shopify/">Shopify development in Pakistan</a>, creating seamless e-commerce experiences.
Quote enigmaai 27-8-2023 10:33 PM
Edited by enigmaai at 27-8-2023 10:34 PM

Discover the power of Enigma AI for innovative Shopify development in Pakistan, creating seamless e-commerce experiences.
Quote jazaa100 27-8-2023 10:50 PM
Aku caya je ni kisah benar....
Ank mcik aku kawin dgn engineer, lepas kwin dia benti keja sbb dia kata cari nafkah ni tugas laki....ok betul pun...

Tapi keja rumah semua laki dia kena buat sbb dia kata tugas isteri layan suami je....
Bila balik kg, dgn muka tak malu dia duduk santai² & hb dia berketang ketung kt dapur.....mcik aku perati je sbb pilihan ank dia kannn....dah kau suka, kena redha lahhh
Quote nurul_akmar 28-8-2023 08:18 AM
sbnrnya 2-2 belah pihak tertekan kalau sorg je buat keje umah.. selalu kita jumpa kes pompuan.. dia lah yg keje, dia la kemas umah, dia la jaga anak. laki baring tido main game je.. penat keje katanya.. tmbh haru kalau biawak hidup. tp mebi sbb byk sgt kes mcm ni  xde sape kesah. so bila kena tang lelaki, baru terasa tertekannya kalau kena buat sume keje.. smpai tahap nk bercerai.. komen2 pulak soh p cek hosp atau soh cerai. kakakaka... kalau tang pompuan, siap cakap sape soh pilih laki mcm tu. siap komen tu la, janji kawen.  tp tu la, sbnrnya kalau sorg je yg handle umah tanya, memang penat nak mampos.. xkesah la lelaki ke pompuan ke..  mmg boleh runtuh rumahtangga. tunggu masa je..
Quote esbok 28-8-2023 09:13 AM
Kisah suami pemalas pun banyak, kisah isteri pemalas pun banyak. Dari kisah isteri pemalas, mmg aku pun menyampah orang dok share kata, tugas kat rumah tu semua tugas suami. Dah suami juga yang keluar kerja, suami juga buat kerja rumah, kencing berak nangis anak suami buat. Esok2 nanti suami mati awal, jangan menangis "tak sangka, tak sangka, tak sangka bie pergi dulu".
Quote mekfazura 28-8-2023 09:13 AM
TUGAS ISTERI BATUL LAH TU...HANYA TERIMA ANAK DAN TERIMA MADU TANPA PREJUDIS... APA KECOH2 NI?
Quote justchu 28-8-2023 09:22 AM
Edited by justchu at 28-8-2023 09:24 AM

sapa kah lelaki ni? ni mcm kisah adik lelaki aku je
bini ada master, semua benda tanak buat
post kat fb dia ada master, parents aku patut syukur byk ada menantu ada master masalahnya adik beradik aku pun grad jugak mcm2 level ado, yg ppuan semua keja, keja2 pun keja rumah jalan jugak

yg dia tu dah la tak keja, kepoh ko master ke hulu master ke hilir
last2 kebun getah apak aku gak yg dia rebut2 kan
adik ppuan aku ckp, lahhh ko sibuk master sana sini tp dlm kebun bapak aku gak ko hadap. kitorg pun tak hadap nk berebut2 reta sekang kura2 itu

dia jd gitu sbb makpaknya org gomen-cikgu
apak taik judi, duit perabih tak tau mana
maknya insecure hidup asal berlaki
sendiri takmo cerai, tp doctrine anak suruh perah laki
laki kena keja, kena itu kena ini dia tayah
duit laki semua dia simpan, adik aku line2 pertanian byk la job skali buat
sesambil ada meniaga2 hasil tani, bini tukang simpan duit, tukang belanja
tp laki punya hutang study/hutang org bini jawabkan, "tak ada kaitan dgn saya"
mcm saitan. mcm mana laki ko nk bayar hutang duit dia ko ambik

mak ayah aku dtg dia jerit2 kan je adik aku suh cebok anak, itu ini
laki tu dah sampai sekeping mcm2 benda nk buat bisnes lg
masuk kebun keluar kebun, bini 24 jam ngekor
phone bini pgg, mcm jilaker kalo aku call bini dia je jawab
msg tak balas2 kalo balas time aku dah hangin baru bini dia balas

paling best, kebun apak aku-aku masuk kebun tgk2 mak bapak dia ada dlm tu
sanggup lak bekas2 cikgu2 tu duduk dlm kebun penuh nyamuk tu hadap nak tanah
tanah felda la woiiii apa punya gila
Quote putu 28-8-2023 10:30 AM
justchu:  Edited by justchu at 28-8-202 ...

Pertahankan hak anda..Jgn sesekali bagi muka pada parasit
Quote xtinkerbellx 28-8-2023 10:32 AM
Kalau ikut islam, semua keje rumah keje laki tapi bila laki suruh baru kena buat. Bini dia baca tak habis la tu [em:3:]
Quote justchu 28-8-2023 11:10 AM
putu replied at 28-8-2023 10:30 AM
Pertahankan hak anda..Jgn sesekali bagi muka pada parasit

adik beradik aku ramai, yg usahakan tanah tu sorang adik lelaki
pastu adik beradik lelaki aku ada 6

aihh tiba ada family org buat rumah dlm kebun tu
imagine tanah tu kat selatan, ipar aku ni mak ayah org tganu
jauh dtg nk mintak tanah bapak aku, siap duduk dlm kebun tu makan tido mandi bagai
aku pun tak sanggup mandi situ, pasal ada air kolam ikan bapak aku je hahahaha

bapak dia dah kenapa, agak2 la hahahaha
takkan dia meroyan2 dlm fb terus bapak aku nk bg tanah tu, bapak aku idop lg
anak2 dia ramai, dah tu adik lelaki aku yg kerjakan tanah tu dari zaman remaja nk buat apa?
tgk je dia dlm kebun tu apa punya sewel bethol
adessss
Quote justchu 28-8-2023 11:12 AM
xtinkerbellx replied at 28-8-2023 10:32 AM
Kalau ikut islam, semua keje rumah keje laki tapi bila laki suruh baru kena buat. Bini dia baca tak  ...

dia nk buat mcm ni makesure anak datok tan sri
muka mcm super model, bijak bestari
beranak make sure anak2 bijak2

kalo muka pun hauk, takat2 bole carik laki kais pagi makan pg
elok la ceraikan je ppuan mcm ni
Quote CiliPadiSedap 28-8-2023 11:16 AM
green~tea replied at 27-8-2023 09:31 PM
Bini narcissist kot or ada bipolar disorder

patutlah friska banyak masa main forum rupanya laki kemas rumah
Quote CiliPadiSedap 28-8-2023 11:18 AM
justchu replied at 28-8-2023 11:10 AM
adik beradik aku ramai, yg usahakan tanah tu sorang adik lelaki
pastu adik beradik lelaki aku ada 6 ...

panggil jvc sodok je rumah tu. babi betul buat rumah setinggan. macam kt satu tempat tu lah indon buka penempatan lepas tu baru mohon. kena tanah owner xblh buat apa.

kalau nak roboh dptkan perintah mahkamah . roboh sampai lubang jambang dia kambus.
Quote mamajawie 28-8-2023 12:56 PM
annehuda replied at 27-8-2023 10:22 PM
Tapi aku rasa menantu perempuan zaman sekarang mmg jenis tak malu depan mertua kot. Kazen-kazen aku  ...

Masha Allah sisterrr bener skali sbab i gen y kadang tido x ingat dunia time weekends..



Quote justchu 28-8-2023 01:12 PM
CiliPadiSedap replied at 28-8-2023 11:18 AM
panggil jvc sodok je rumah tu. babi betul buat rumah setinggan. macam kt satu tempat tu lah indon  ...

udah bapak aku duduk situ. mmg kebun apak akuhari2 dia masih kerjakan kebun dia tu
adik aku yg bininya hauk tu buatkan pondok + rumah kabin utk apak aku
supaya bole rehat2 bila penat, sambil2 bg ikan dia makan, tgk pekerja urus ladang


bila tau lakinya yg buat/beli pondok + kabin tu
dia angkut mak ayah dia, adik beradik dia adoyai
bapak dia kalo nak, suruh la anak dia buat utk dia, ini menantu kot
apa adik lelaki aku beli utk makpak, makpak dia pon nak
tak paham aku

dah tu anak nya pemalas. sikit2 UAI kata ppuan tayah buat keje rumah
UAI ckp ppuan beranok je, laki buat semua
dah tu elok la ko jadi kambeng je takde beza

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.232002 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top