CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Kecewa Gadis Dicintai Rupanya Tunangan Orang, Sempat 'Dating' Seminggu Sekali

28-8-2023 12:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3490| Komen: 9

Description: Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui gadis yang dikenalinya menerusi media sosial sebenarnya berstatus tunangan orang.Kisah itu dikongsikan menerusi sepotong video yang dimuat naik ...
Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui gadis yang dikenalinya menerusi media sosial sebenarnya berstatus tunangan orang.

Kisah itu dikongsikan menerusi sepotong video yang dimuat naik di TikTok memaparkana beberapa tangkap layar perbualan lelaki dan gadis berkenaan.


Turut disertakan adalah gambar mereka berdua dipercayai diambil bersama ketika mereka berjumpa.

Lelaki Kecewa Gadis Dicintai Rupanya Tunangan Orang, Sempat 'Dating' Seminggu Sekali


Menerusi perkongsian itu, kata lelaki berkenaan, mereka berkenalan pada 22 Mei lalu dan pertama kali bertemu selepas sembilan hari kemudian.

Katanya, mereka bertemu sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh seminggu sama ada untuk makan tengah hari atau makan malam.

"1 Jun lalu dia dah panggil kita sayang. Jumlah dalam Whatsapp 116 kali berbalas sayang. 20 Julai dia ucap 'I love you'. Total 26 kali berbalas I love you," katanya.


Lelaki itu juga turut memberitahu dia banyak menghabiskan masa menghubungi gadis berkenaan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, balik kerja dan sesi 'sleep call' antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.

Dia juga sempat menyambut hari jadi gadis berkenaan namun merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada panggilan video terakhir pada 21 Ogos lalu.

Selepas tiga hari, gadis tersebut menghubunginya dan meminta maaf kerana tidak dapat meneruskan hubungan mereka kerana tidak mendapat restu kedua orang tuanya.

Terkejut dengan perkara itu, lelaki tersebut menghubungi rakan baik gadis itu dan dia dimaklumkan gadis berkenaan sudah bergelar tunangan orang dan bakal berkahwin selain berkongsi gambar kad perkahwinan dan majlis berinai.

Pada 25 Ogos lalu, gadis tersebut sudah bernikah dengan pilihan hatinya.

"Terima kasih tipu saya hidup-hidup selama tiga bulan," kata lelaki tersebut.

Di ruangan komen, ramai yang memberikan respons terkejut dengan tindakan gadis tersebut yang dianggap tidak jujur.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 28-8-2023 05:41 PM
Yg llaki pun ramai je yg buat cmni, lgi sakit hti bila dh trkena. Acting single mcm ye2 rupa2 nya minggu dpn dh nk khwin dgn prmpuan lain, liar.
Quote nurul_akmar 30-8-2023 07:55 AM
sian mainkan perasaan org mcm tu.. mamat tu siap buat statistik lagi berapa kali ucap i love u. berapa kali ucap syg. meaning lelaki tu mmg angau hbs.. tu yg selalu scroll conversation tu. nasib la 3 bulan je. kalau 3 tahun, mmg frust menonggeng mamat tu.
Quote lanacondor 2-9-2023 07:27 AM
Mn video tik tok. Tepek la skali
Quote HuoJingJue 2-9-2023 11:50 AM
awek tu bosan kot pasal tunang dia bz kerja untuk kumpul duit kawen..
biasalah pompuan..
Quote green~tea 7-9-2023 08:11 PM
HuoJingJue replied at 2-9-2023 11:50 AM
awek tu bosan kot pasal tunang dia bz kerja untuk kumpul duit kawen..
biasalah pompuan..

Mana ada biasa?

I baca pun kesian... ada ya betina gamak main2 orang lagu ni...
Quote cranell 8-9-2023 11:57 AM
kira okay la dari yg bercinta sekali kena dengan scammer lagi haru.

Kurang2 duit tu selamat sikit
Quote Nurul8001 1-10-2023 07:08 PM
Tak baiknya buat anak org mcm tu. Nanti kalau esok2 anak sendiri kena benda yg sama, tak kesian ke?

Quote MissVixen 2-10-2023 10:59 AM
Orang yang main2, php, suka ghosting orang lain ni patut kena kifarah.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.047390 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top