CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sepanjang Hidup Suka Mencarut- Dah Nak Meninggal Dunia Pun Penuh Carutan, Tak Boleh Mengucap

6-9-2023 06:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4912| Komen: 7

Description: Satu kisah yang dikongsikan di Platform X baru-baru ini mengundang sebak ramai, tentang pengakhiran seorang lelaki yang tidak dapat mengucap semasa sedang nazak dan meninggal dunia.
Satu kisah yang dikongsikan di Platform X baru-baru ini mengundang sebak ramai, tentang pengakhiran seorang lelaki yang tidak dapat mengucap semasa sedang nazak dan meninggal dunia.

Menurut wanita berkenaan, lelaki tersebut  kemalangan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi dan menurut doktor yang bertugas, keadaannya hanya ‘menunggu masa’ dan disebabkan itu, ahli keluarga dibenarkan untuk melawat.


Gambar Hiasan

Namun, selepas 2 hari menjaga lelaki itu, isteri tersebut telah berjumpa dengan seorang ustaz untuk bertanyakan hukum sekiranya dia tidak mahu menjaga suaminya yang sedang sakit. Tanpa berfikir panjang, ustaz berkenaan terus menziarahi lelaki itu pada sebelah petang.

Nak dijadikan cerita, ketika ustaz tersebut melawat, lelaki itu sedang dalam keadaan nazak. Ketika itulah dia meminta lelaki berkenaan untuk mengikutnya melafazkan kalimah “la ila ha ilallah” namun lelaki tersebut sebaliknya mencarut.


Walaupun dah ulang kali kedua namun tetap dapat reaksi sama dari lelaki berkenaan iaitu mencarut dan ulangan kali ketiga oleh ustaz berkenaan juga disusuli dengan carutan sebelum lelaki tersebut menghembuskan nafas terakhir.


Selepas jenazah selesai diuruskan, isteri kepada lelaki tersebut mendedahkan perkara yang berlaku sepanjang tempoh dia menjaga suaminya di unit jagaan rapi tempoh hari.

Menurutnya, pesakit lain dalam keadaan kesakitan akan menyebut “Allah”, berzikir dan sebagainya, namun dia berasa malu apabila perkataan yang keluar dari mulut suaminya adalah carutan dan ini membuatkan dia bertanya soal hukum menjaga suami pada ustaz tersebut.

Tambahnya lagi, dia meminta ustaz menyampaikan pesanan dalam ceramah-ceramahnya agar tidak mencarut kerana itulah perbuatan yang sering dilakukan suaminya, baik dalam keadaan bergurau dan sebagainya.

Wanita yang berkongsi kisah menyayat hati ini juga turut berpesan agar kita sebagai manusia sering menjaga tutur kata kerana ketika mati, ianya bukanlah sesuatu yang pura-pura dan apa yang kita sering sebut, itulah akan disebut ketika sakaratul maut datang menjemput. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 6-9-2023 07:23 PM
Diva AA take note haha
Quote makneng 7-9-2023 04:26 PM
dibah AA be like 'dislike..dislike'
Quote Sazreena 7-9-2023 04:38 PM
Pokcik Azwana *bukan nama sebenar*...gituew..
Quote Belibis 9-9-2023 08:24 PM
Sazreena replied at 7-9-2023 04:38 PM
Pokcik Azwana *bukan nama sebenar*...gituew..

Ahaaaaaa..ko nak kena pooookimak dengan dibah aa ke??
Quote Sazreena 10-9-2023 07:51 PM
Belibis replied at 9-9-2023 08:24 PM
Ahaaaaaa..ko nak kena pooookimak dengan dibah aa ke??

Ku balas ngan astagfirullahal azimmm je nok...bukannya apa kita taip ni tak disoal nanti..koser mak jadi headline Matikah..eh silap Mastika...
Quote whitebeard 11-9-2023 01:58 AM
Asal aku rasa mcm baca mastika? Haha

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.044035 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top