CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Menggigil Lelaki Menakutkan Tiba-Tiba Muncul, Dah 2 Kali Berlaku Di Lokasi Sama

9-9-2023 04:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2267| Komen: 5

Description: Seorang wanita berdepan detik cemas ketika dia menghantar adiknya ke Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sungai Petani, Kedah, pada 31 Ogos lalu.Menerusi video yang baru dikongsi di media sosia ...
Seorang wanita berdepan detik cemas ketika dia menghantar adiknya ke Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sungai Petani, Kedah, pada 31 Ogos lalu.

Menerusi video yang baru dikongsi di media sosial, wanita dikenali sebagai Anna, 24, terdiam ketakutan ketika seorang lelaki misteri dengan wajah menakutkan menghampiri kenderaan dinaikinya.



"Sebab inilah saya rasa wanita perlukan kereta cermin gelap. Saya sentiasa memandu sendirian. Masa ni saya hantar adik naik KTM Sungai Petani. Kejadian 7.30 pagi.

"Lepas tu sementara tunggu dia naik kereta api, saya letak kereta tepi jalan. Bila adik cakap dah naik kereta api, baru saya nak gerak balik rumah. Sini ramai orang pelik-pelik lalu lintas. Tapi nasib lalu je.

"Tiba-tiba ada seorang ni dia dekat seberang. Dia nak lintas jalan dan betul-betul bertentangan dengan kereta saya. Lepas tu dia tiba-tiba datang terus kat kereta dan ketuk tingkap," ujarnya pada kapsyen di TikTok.


Tambah gadis itu, dia tidak berani untuk memecut keretanya atau membunyikan hon, sebaliknya hanya duduk diam sambil membuat rakaman video sebagai bukti.

Anna yang menetap di Baling berkata dia tidak membuat laporan polis, namun berkongsi video itu di TikTok sebagai peringatan bersama kepada masyarakat.

Tambahnya, ia bukanlah kejadian pertama, sebaliknya dia juga pernah dihampiri lelaki tidak dikenali ketika berada di kawasan tersebut sebelum ini.

"Saya rasa ni kali kedua, sebab pernah dulu pada malam raya tahun ni juga, saya balik kampung naik bas dari Putrajaya ke Sungai Petani, bas turunkan dekat kawasan berdekatan KTM Sungai Petani tu juga.

"Stesen bas Sungai Petani berhadapan dengan stesen KTM. Tetapi, stesen bas tu tengah renovate, jadi bas turunkan kami dekat tepi jalan sahaja. Masa tu ada lebih kurang lima hingga enam orang turun di situ. Tetapi kebanyakannya ada parents yang dah tunggu jadi mereka terus balik.

"Tinggallah saya dengan seorang lagi perempuan Melayu juga. Kawasan tu gelap kalau tak ada kereta lalu lalang. Waktu bas turunkan kami di situ jam 12 malam.

"Tiba tiba ada seorang laki yang lebih kurang sama macam video saya tu menghampiri kami dan minta duit, kami berdua takut tapi cuba untuk mengabaikan lelaki tu. Alhamdulillah dia tak buat apa-apa dan pergi macam tu saja," imbasnya lagi.

Menurut Anna, dia juga peka dengan komen-komen netizen yang mengakui mereka pernah berdepan lelaki sama di kawasan itu.

"Saya ada baca komen juga dekat video ramai yang mengatakan lelaki yang sama selalu kacau mereka juga, sampai ada yang dia tarik pintu kereta.

"Tapi yang itu saya tak tahu la kesahihannya. Tapi apa yang berlaku kepada saya tu memang sahih sebab tu saya rakam untuk bukti. Ada juga yang cakap dia hanya kacau tapi tak cederakan orang," ujarnya lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 9-9-2023 07:02 PM
Nape diam ekkk.. kalo aku laa dah lamaa toka aku terpekik terlolong jerit mengaum dah.. ade hon.. tekan sekuatnyaa sampai pokak
Quote Belibis 9-9-2023 08:20 PM
Sukar nak pastikan tahap ' menakutkan' itu sebab dah blur..
Quote Antifake 9-9-2023 10:22 PM
Buritan: Nape diam ekkk.. kalo aku laa  ...
kann. Dalam kereta kot. Ready aje pecut lepas tu. Hon kuat2. Kalau tak buat lagi diorang berani
Quote elzy 11-9-2023 08:26 AM
Kalau saya, mungkin akan tekan hon selama yang boleh..Sambil call polis atau orang yang boleh dipercayai..
Quote shy79 12-9-2023 10:22 PM
org giler kot..
ramai je yg mental termasuk matpit

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.056972 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top