CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Bingung GF Sentap Bila Diminta Cukur Bulu Ketiak Sebelum Jumpa Keluarga

19-9-2023 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4746| Komen: 4

Description: Luahan seorang lelaki mengenai kekasihnya yang sentap dengan permintaannya meraih pelbagai pandangan di Reddit.Dia kebingungan apabila kekasihnya berkecil hati selepas dia meminta wanita itu mencukur ...
Luahan seorang lelaki mengenai kekasihnya yang sentap dengan permintaannya meraih pelbagai pandangan di Reddit.

Dia kebingungan apabila kekasihnya berkecil hati selepas dia meminta wanita itu mencukur bulu ketiak untuk menghadiri sebuah majlis yang membabitkan keluarganya.



Gambar hiasan

“Sebenarnya dia mencukur semua bulu yang ada kecuali bulu ketiak. Saya fikir dia mungkin mencukur bulu ketiak dua atau tiga bulan sekali untuk menghadiri majlis ataupun dia beras perlu (mencukur),” kongsi lelaki tersebut menerusi forum di Reddit.

Tambahnya: “Saya langsung tidak mempunyai isu (kekasih tidak cukur bulu ketiak) walaupun lebih senang jika dia membersihkannya kerana dia tidak berbau busuk atau menganggu.

“Tapi apabila saya meminta dia mencukur bulu ketiak untuk menghadiri sebuah acara bersama keluarga saya, dia berkecil hati. Dan sekarang dia tidak mahu hadir ke majlis tersebut.”


Dia juga mengatakan berasa permintaan yang dibuat kepada kekasihnya itu tidak keterlaluan.

Namun perkongsian tersebut telah beragam komen dalam kalangan pengguna forum.
Ada yang berasa lelaki tersebut tidak wajar meminta kekasihnya mencukur bulu ketiak kerana berasa adalah normal seorang manusia memiliki bulu.

Sementara ada yang berpendapat, permintaan lelaki itu telah membuat kekasihnya tersinggung.

“Dia tersinggung kerana berasa anda secara kasarnya mahu memberitahu malu dengan sikapnya yang tidak mencukur bulu ketiak,” tulisnya.


Sumber: Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 19-9-2023 01:11 PM
Cukur je lah bulu ktiak tu, bgi brsih.
Quote Perawankota 19-9-2023 01:55 PM
Geli lah org bulu tiak panjang ni.. tak kisahlah laki ke perempuan ke
Quote ally9970 25-9-2023 03:17 PM
“Sebenarnya dia mencukur semua bulu yang ada kecuali bulu ketiak

Mana dia tahu? Unless kalau dah pernah "unboxing" la...
Quote Paulsmithusa2 26-9-2023 11:31 PM
Thanks for this insightful article on cost estimating services in law. Your expertise is evident, and as a law student, I find this information invaluable for understanding the financial aspects of legal cases. Looking forward to more from you!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.048543 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top