CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Guru ‘Penat’ Layan Kerenah Penganjuran Pakaian Beragam Merdeka

23-9-2023 09:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5123| Komen: 19

Description: Seorang guru wanita meluahkan rasa kesal terhadap penganjuran pertandingan pakaian beragam melibatkan murid di sekolah sewaktu Hari Kemerdekaan yang didakwa dipertikaikan oleh segelintir pihak.Menerus ...
Seorang guru wanita meluahkan rasa kesal terhadap penganjuran pertandingan pakaian beragam melibatkan murid di sekolah sewaktu Hari Kemerdekaan yang didakwa dipertikaikan oleh segelintir pihak.

Menerusi luahan tersebut, guru itu memuat naik hantaran tidak mahu lagi terlibat sebagai penyelaras penganjuran bulan kemerdekaan memandangkan pelbagai pertikaian didakwa diterimanya termasuk hal berkaitan hadiah.

Gambar hiasan

“Tahun depan kalau masih kena jadi penyelaras bulan kemerdekaan ni, memang saya takkan lagi buat pertandingan pakaian beragam.

“Pertandingan-pertandingan yang mendatangkan pertikaian pun saya tak nak buat juga. Dah lah tak mudah menguruskan, pertikai pula bab hadiah, bab pemilihan, bab berbaloi tak berbaloi.

“Setiap pertandingan dah lah percuma, bajet ‘ciput’, nak minta tajaan tak dilayan. Keluarkan lagi belanja poket sendiri. Kita buat aktiviti-aktiviti mudah-mudah saja, tak perlu ada pertandingan. Hanya untuk seronok,” katanya pada hantaran Facebook.


Dia turut mencadangkan, aktiviti yang diadakan kelak seharusnya yang tidak membebankan ibu bapa serta guru.

“Contoh aktiviti kutip sampah, aktiviti jalan itik, aktiviti kutip otak yang jatuh bersepah atau aktiviti halau lalat (secara berseloroh). OK ke ok sangat,” katanya.

Dalam masa sama, hantaran itu juga seolah-olah memberi gambaran terhadap beberapa situasi yang tular berhubung ibu bapa mempertikaikan anak mereka tidak memenangi pertandingan pakaian beragam di sekolah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju selain bersimpati dengan situasi yang dilalui guru tersebut.

“Kasihan tengok cikgu-cikgu yang urus bab ni. Saya banyak dapat sekolah nak pelamin, tapi bajet tak masuk akal. Tapi mana saya boleh tolong, saya tolong saja. Kalau macam rugi, saya ‘reject’,” komen seorang pengguna Facebook.

“Saya sebagai ibu pun rasa tak setuju dengan pakaian beragam, kadang membebankan ibu bapa. Yang mampu tak apa. Yang tak mampu tu kasihan, kadang anak meminta-minta. Kadang smpai bergaduh-gaduh. Banyak lagi aktiviti bermoral untuk jadikan pengalaman dan cungkil bakat,” kata seorang wanita. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 23-9-2023 10:23 PM
Ye kdg byk komen2 mak ayah semua nak ank dorg menang.. kutuk cikgu mcm2..xpndi menilai la.. pilih baju simple la..pdhal bnd ni utk seronok2 je.. Sian emosi cikgu dgn ank2.. nasib Malaysia xsambut Halloween..kalau x lg mcm2 bnd gaduh
Quote Buritan 23-9-2023 11:00 PM
lanacondor: Ye kdg byk komen2 mak ayah sem ...


Yeppp.. itu laa yg aku hadapl.. komplen atas kiri kanan bawah dpn.. blum lg komplen dr rkn sejawat like a setazah.. eeii seksi baju bebudak nii..tudung singkat.. bebudak ni mekap lebihhhh.. hahahaha.
Quote Binodino 24-9-2023 01:04 AM
Edited by Binodino at 24-9-2023 01:06 AM

Usah kata time pertandingan. Time ada event apa2 pun, kalau cikgu post gambar anak2 dalam group kelas & takde gambar anak sendiri, mula la parent tanya 'gambar anak saya takde ke?' ,  'anak saya peah barkoba ok ke tu, cikgu? Boleh tak tolong post gambar dia?'.

Hekeleh....macam kat rumah kau takleh tengok muka anak kau!

Kau ingat cikgu ni photographer anak kau?
Quote SalenaGomez 24-9-2023 08:35 AM
Binodino:  Edited by Binodino at 24-9-20 ...


Kan…nak pegi event malas. Mengarah2 cikgu ambil gambar itu ini. Kena faham cikgu mmg bz waktu event. Kalau ada gambar terselit anak sendiri tu syukur je. Kalau xde tu, xperlu la request benda2 pelik. Parents pon boleh je minta ibubapa lain tepek gambar diorg. Manatau terselit gambar anak sendiri kan
Quote ledigugu 24-9-2023 08:49 AM
Walaupun syukur mak bapak zaman skrg ada jugak yg old school, tetap laa menyirap bila baca mak bapak yg perangai mcm ni. Selfish ye. Demand ye. Rude pun ada. Lagi menyampah kalau ada yg hantar anak dari pagi smpi petang tapi mintak fee yg separuh hari je. Tambah lagi perangai tak reti jawab salam and cakap biadab dgn cikgu yg handle anaknya dari pagi smpi petang. Rasa nak baling lesung je kdg2.
Quote imransulaiman 24-9-2023 10:11 AM
Binodino:  Edited by Binodino at 24-9-20 ...


Hahaha! Ni lah yang selalu jadi dalam grup WhatsApp asrama adik saya.

Bila dorang ada aktiviti, warden up gambar. Masa tu lah ibu bapa pun sibuk tanya kenapa takde muka anak, nak gambar anak dia seorang je, taknak gambar candid sebab muka anak hodoh.

Tu belum lagi puji anak sendiri bila ada nampak kelibat dalam gambar/video. Siap cakap lagi - saya dulu duduk asrama pun sebiji macam perangai anak saya ni..

Halah! Halah! Halaaaaaaah!
Quote cashewnut 24-9-2023 10:12 AM
Makpak banyak cekadak ni jangan dilayan, layan standard aja. Hapa dia ingat kalau 1 kelas 40 orang, 7 kelas dah berapa orang cikgu nak layan mak pak.
Quote zuriey 24-9-2023 06:27 PM
Tak sanggup aku membadut kan ank2 aku dgn pakaian entah apa2..bunga sebesar besar alam dok tepek ats kepala ank..baju rambu ramba serupa ratu koqdiang..
Kesian budak2 tu bukan fhm pakaian tu tak lawa pun mak2 yg over dress ank masing2
Quote potpetpotpet 25-9-2023 12:04 AM
Aku sokong
Tolong lah hapus kan pertandingan pakaian beragam ni
Buat la aktiviti berfaedah sikit
Lukis mural ke, kelas paling merdeka ke, koir ke ape ke..
Quote dekmieDandy 26-9-2023 09:47 AM
ooo time sekolah dulu cikgu buat pertandingan lukis poster je

sape nak join masuklar, submission pun 1 minggu sebelum merdeka

kan senang
Quote bottombikini 6-10-2023 09:08 PM
iols pun kalau ada yg minta tajaan utk acara begini mmg idak le nak layan
apa pekdahnya
Quote makita 9-10-2023 04:00 PM
dekmieDandy replied at 26-9-2023 09:47 AM
ooo time sekolah dulu cikgu buat pertandingan lukis poster je

sape nak join masuklar, submission pu ...

Hari tu nampak kat fb mak ni merungut penat2 sediakn baju utk fesen show merdeka dan menang ujung2 dpt hadiah alat tulis je hahaha...mak nya bajet dpt hadiah peti ais smeg ke?

Mujur sekolah anak meols jenis skema2 takat buat pertandingan mewarna, lukis poster, teka silang kata. Mcm mgu lepas anak meols dpt la piala sbb menang lukis poster tu. Setiap kelas akan ada 3 pemenang.
Quote Login_ID 24-10-2023 10:07 AM
nasib baik sekolah anak sy cuma suruh pakai baju tradisi kaum malaysia je. tu pun bukan utk pertandingan
Quote Zack8hunter 10-11-2023 09:18 PM
time merdeka better buat pertandingan
- menulis cerpen or sajak
- melukis poster
- kuiz kemerdekaan
- pidato

dari buat pertandingan pakaian mcm ni. Confirm yg bising2 ni set parents yg verangan anak diorg bakak jd selebriti fofular..tu yg complain jer memanjang tu
Quote kucingsiti 13-11-2023 04:19 PM
Zack8hunter replied at 10-11-2023 09:18 PM
time merdeka better buat pertandingan
- menulis cerpen or sajak
- melukis poster

setujuuuuu.. lebih baik bagi peluang utk anak2 timbulkan bakat. Cantik tu sehari je
Quote white_musk 13-11-2023 04:29 PM
sejak bila sekolah sekolah mula buat pertandingan pakaian beragam gitu?
Quote telracs 3-12-2023 12:02 PM
Edited by telracs at 3-12-2023 04:04 AM

Biasanya, kalau ada pertandingan, dah diberitahu sesiap:
✓ apa hadiahnya
✓ berapa nilai hadiah
✓ dari tempat ke berapa hingga tempat ke berapa yang akan dapat hadiah
✓ jumlah peserta pun dihadkan, contoh : satu kelas hanya boleh hantar 2 peserta sahaja
✓ ada kategori, contoh : kategori tahap 1 dan kategori tahap 2

Jadi, ibu bapa dan murid-murid sendiri boleh pertimbangkan, nak masuk atau tidak pertandingan tu.

Pertandingan pula ada banyak, jadi pilih je la yang sesuai ikut kemampuan, contoh:
✓ pertandingan pakaian merdeka
✓ pertandingan hiasan basikal
✓ pertandingan deklamasi sajak
✓ pertandingan menulis esei
✓pertandingan melukis
✓ pertandingan mewarna

Benda tak akan jadi masalah, kalau perancangannya bagus, dan perjalanannya lancar.

Wallahu'alam.
Quote Carcosa 17-1-2024 01:33 AM
Mak2 yg serba tak kena ni, bila kasi proper channel utk komplen, diam membisu tak berkutik. Malas lahh, takkan berubahlaah. Itu je dia zikir kan.
Lepas tu komplen lagi kiri kanan atas bawah.
Eh bodoh, kalau kau penakut, diam jgn komplen! Bila dah kasi jalan utk suarakan pendapat/komplen, diam mcm dlm molot ada pencil 2b laki dia.
Quote gideoncross 11-2-2024 01:09 AM
zuriey replied at 24-9-2023 06:27 PM
Tak sanggup aku membadut kan ank2 aku dgn pakaian entah apa2..bunga sebesar besar alam dok tepek ats ...

Ina Naim & Che Ta

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.066548 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top