CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kena Caj RM1 Untuk Satu Pek Sos Cili?

24-9-2023 12:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2132| Komen: 11

Description: Restoran makanan segera terkenal dikecam orang ramai selepas meletakkan caj RM1 untuk sepaket sos cili yang dahulunya diberi secara percuma.Menurut hantaran tular di laman Facebook, seorang pelanggan ...
Restoran makanan segera terkenal dikecam orang ramai selepas meletakkan caj RM1 untuk sepaket sos cili yang dahulunya diberi secara percuma.

Menurut hantaran tular di laman Facebook, seorang pelanggan berkongsi gambar resit pembayaran 10 pek sos cili yang berharga RM10.60 beserta cukai.



“Hidup makin keras. Hendak minta sos lebih pun kena caj. Sudah beli 10 paket sos cili dengan harga RM10.60.

“Tahniah kerana mengambil langkah proaktif selaras kenaikan harga beras dunia,” tulisnya dalam hantaran sama.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan caj tambahan tersebut, lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang dibelenggu masalah kenaikan harga barang mentah.

“Dulu boleh simpan lebihan sos dalam peti ais, sekarang kena caj pula,” kata Amm.

“Selalunya tak payah bayar pun. Boleh minta sahaja pada juruwang kalau nak sos lebih. Kenapa sekarang kena bayar?,” tanya Hafiza.


“Kalau bagi percuma, orang kita suka membazir. Kalau hendak elak pembaziran, terpaksalah caj,” kata seorang lagi pengguna.

“Selepas ini terpaksalah bawa sos sendiri dari rumah,” kata Aifa.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 7,200 tanda suka dan 3,100 komen.


Sumber: Kosmo! Online

1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 24-9-2023 01:13 PM
Yang free tu kalau kau beli sekali dengan makanan. Kalau kau beli sos je of course la dia akan charge. Kau ingat mcD tu kechara soup kitchen bagi makan free?
Quote zuriey 24-9-2023 01:27 PM
Bagus la charge acik2 b40 suka minta byk2 buboh dlm hbag bonia gred AAA
Quote Thunderclouds 24-9-2023 02:35 PM
Free² kna bodo.
Tu sos condiment la bangang.
Mmg singgit sebekas.
Waktu english tido.
Dh bodo sampaai tua.
Quote heythere123 24-9-2023 07:14 PM
dah ko bengap pergi beli cili sos je sape suruh
Quote heythere123 24-9-2023 07:15 PM
Binodino replied at 24-9-2023 01:13 PM
Yang free tu kalau kau beli sekali dengan makanan. Kalau kau beli sos je of course la dia akan charg ...

i bet yang buat ni memang otak tinggal dekat toilet kot. Pastu acah la netizen backup bila dah kantoi bengap.
Quote Binodino 24-9-2023 08:14 PM
heythere123 replied at 24-9-2023 07:15 PM
i bet yang buat ni memang otak tinggal dekat toilet kot. Pastu acah la netizen backup bila dah kan ...

Netizen yang backup tu pun sama jugak.  Kufur nikmat dengan mata & akal yang Allah bagi foc. Ada mata perhati betul2. Ada akal fikir dengan waras. Ke nak suruh diva AA sekolahkan baru reti?



Quote Binodino 24-9-2023 08:19 PM
Wartawan tu pun sama tak cerdik. Asal viral je kau sauk buat modal artikel. Takde tambah nilai kepada umat manusia langsung. Sia2 buat hutang PTPTN ambil course journalism. Belajar susah payah hujung2 sekadar cedok content viral untuk dijadikan artikel



Quote heythere123 24-9-2023 09:11 PM
Binodino replied at 24-9-2023 08:14 PM
Netizen yang backup tu pun sama jugak.  Kufur nikmat dengan mata & akal yang Allah bagi foc. Ada m ...


terkejut iols bila baca ada netizen yang backup. Orang tu terang2 kot order cili sos sahaja, ofc la kena caj.

Alangkan sos cili extra yg dorang bagi kalau kita mintak lepas beli meal set pon dikira courtesy je sebab benda extra.
Quote liyamariska 25-9-2023 06:14 AM
kdg2 yg gigih minta sos cili paket byk2 ni ai perati cuma guna 2-3 peket jer pun... pastu dah abis menketedarah sos cili paket yg lebih tu biar kt atas dulang camtu jer...

mungkin ini antara sebab sos cili paket yg diminta lebih tu dicaj extra kot...
Quote ally9970 25-9-2023 03:11 PM
Aku beli dan makan 3 ketul ayam McD combo, dia bagi 3 peket sos cili jer.  Teringat zaman aku kecik2 dulu, masuk McD ada2 botol sos cili + tomato atas meja...
Quote haprak4042 30-9-2023 11:30 PM
saya sokong mcd!!
kasi saman satu kalii

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.050232 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top