CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rumah Besar Tapi Pelik Tiada Orang Gaji, Suami Isteri Buat Anak-Anak Jadi 'Bibik'

3-10-2023 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5524| Komen: 25

Description: Walaupun rumah besar, sepasang suami isteri tidak mengambil orang gaji, sebaliknya semua anak-anak dilatih menjadi 'bibik'.
Walaupun rumah besar, sepasang suami isteri tidak mengambil orang gaji, sebaliknya semua anak-anak dilatih menjadi 'bibik'.

"Ada seorang cikgu datang ke rumah kami untuk ambil barang. Sambil tu, dia minta izin untuk buat 'house tour'. Dia tanya rumah besar macam ni ok ke tak ada bibik?


"Alhamdulillah kami ada empat 'bibik' sekarang. Nanti tahun depan akan bertambah jadi lima 'bibik'.


Foto: FB

"Anak-anak bila dah masuk umur tujuh tahun kami ajar mereka buat kerja rumah sendiri, jadi macam bibik. Kami ada enam anak. Sulung berusia 15 tahun, bongsu pula berumur dua tahun.

"Anak-anak jika di'bibik'kan dari awal, mereka akan jadi rajin buat kerja rumah dan faham tanggungjawab," tulis lelaki bernama Mohd Yazid Ismail dalam satu perkongsian di Facebook.

Sebaik anak berusia tujuh tahun, mereka sudah diajar melakukan tugasan mudah seperti mencuci pinggan mangkuk dan menggosok baju.


"Ini termasuk membersihkan tempat makan masing-masing. Kalau ada nasi jatuh atau kuah tumpah, kena pastikan bersih selepas selesai makan.

"Lipat baju pun mereka kena buat sendiri, malah Nisreen sejak usia lima tahun lipat baju sendiri sebab terikut abang dan kakak dia buat.

"Kami tak nak anak-anak ada penyakit 'princess syndrome' (manja) yang menyebabkan mereka jadi pemalas tanpa rasa bersalah. Tak nak hilang 'common sense' dalam hidup mereka," ujarnya.

Menurutnya, setiap anak sama ada lelaki mahupun perempuan tetap dilatih melakukan perkara yang sama dan tidak berat sebelah.

Malah katanya lagi, sebenarnya semua kerja rumah adalah mudah untuk anak-anak selesaikan dengan senang hati dan gembira.

"Bukan setakat kemas bilik sendiri, kadang mereka ketuk pintu bilik tidur utama, kemudian minta izin untuk kemaskan bilik abah mama sekali.

"Kalau anak tak diajar buat kerja dari kecil, rumah akan jadi kelam kabut, kotor, sinki penuh dengan pinggan mangkuk, baju bergunung tak sempat nak lipat.

"Anak-anak asyik main gajet sebab tak ada kerja nak buat. Apabila anak-anak jadi raja, ibu bapa pula akan jadi hamba sampai tua," tulisnya lagi.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan perkongsian berkenaan, malah ada yang berkongsi kisah masing-masing.

"Sangat setuju cara didikan begini... jangan terlalu sayangkan anak-anak sampai menjadikan mereka raja dan permaisuri yang menyebabkan mereka dewasa nanti langsung tak tahu nak buat apa pun. Cuma pandai mengarah je.

"Lagi satu, jangan biar anak tinggal dengan nenek dan datuk dari kecil hingga dewasa sebab anak macam ni susah nak bentuk sebab dah terlalu dimanjakan," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 3-10-2023 10:16 AM
Kaka pernah cuba nak praktikkan cara begini pd anak2 ya. Smpai satu masa, mil dok peratikan kaka biarkan anak2 yg ketika itu di sekolah rendah basuh baju sendiri, gosok baju sekolah sendiri, baju kotor dlm bilik kaka biarkan je dgn niat mahu mereka belajar brtanggungjwb iaitu ambil dan letak dlm bakul baju kotor. Mak mil cop kaka 'dok bicara hal anak2' gitu kalau org pantai timur ckplah. Habislah direportkannya pd anak2 dia hal kaka biarkan anak2 urus sendiri. Aduh lah hai...
Quote Buritan 3-10-2023 10:37 AM
Zazama: Kaka pernah cuba nak praktikka ...


Awat sibuk ekk..aku pernah ckp kat somi aku.. abg baik tapiiiiii tang mak tua kakak abg rasa ermmmmm..

Mmg laa sabarrrr.. tp kita ni pun manusia biasaa...
Quote dua_chzy 3-10-2023 10:55 AM
Zazama replied at 3-10-2023 02:16 AM
Kaka pernah cuba nak praktikkan cara begini pd anak2 ya. Smpai satu masa, mil dok peratikan kaka bia ...

Alahai MILnya pun. Dia tak tau kot budak2 independent reti berdikari, buat kerja cepat ja takyah berkali2 nak suruh sebab dah terdidik dari kecik, pembersih, etc sebegini paling dikasihi cikgu2 kat sekolah!
Quote hareeeesah 3-10-2023 12:12 PM
Benda ni rasanya normal je skrg. Tp mmg masih wujud org tua yg xfaham dok bawa mulut. Kalau ank dia lelaki kena buat keje rumah pn di katanya durhhh… basic things ajar anak but some people you know….
Quote midori888 4-10-2023 04:21 PM
yes, masa anak2 dia masih tinggal dgn dia, sure anak2 dia akan buat seperti yg dia nakkan..tapi bila anak2 dia kuar dari rumah, hidup sendiri atau kawen, anak2 dia maybe akan memberontak....taknak lagi buat benda2 yg semasa kecik dia terpaksa buat..
Quote hasniey 4-10-2023 08:13 PM
Edited by hasniey at 5-10-2023 07:47 AM

Bagus la.asalkan xpilih kasih.kdg2 mak bapak ni anak2 perempuan kemain lg,dr kecik disuruh itu ini.anak lelaki kejenya buang smpah je.tu pon kalau ramai yg lelaki gilir2.yg prmpuan dr basuh baju.lipat.ampai.sapu smpah.basuh pinggan.masak.semua anak prmpuan
Quote None68 6-10-2023 11:37 AM
Oklah tu train anak2 buat kerja, xde saper yg rugi..
Quote tikusmontok 7-10-2023 10:11 AM
Bagus la latih dari kecik. Tak la anak2 lelaki lps mkn angkat ponggong,pinggan sendiri pun tak reti basuh. Anak ppn pulak bilik tdo sendiri mcm tongkang pecah.
Quote ina_na 7-10-2023 11:55 PM
Sebagai anak sulung,pd aku biasa je...Aku dl pun kn jd bibik kat rumah sendiri, Aku pun kerah adik2 aku jd bibik gak...ni dah ade anak2.. anak2 jd bibik...
Quote LadyCarefree 8-10-2023 06:18 PM
If you have the money, kerja2 ni semua eloklah bagi org yg perlu kerja yg buat. Buat apa nak buat kerja hard labor when your time can be spent to enjoy doing what you do. Asalkan tahu buat benda2 basic jika perlu dah cukup. Serupa juga ada lesen memandu tp kalau mampu better ada driver. You can relax. Org perlukan pekerjaan boleh ada kerja.
Quote A-Are 9-10-2023 12:59 PM
I olls dulu pon jd bibik...kami semua ada kerja masing2..sng mak goyang kaki je..
Quote sarahmirza 12-10-2023 09:31 AM
Edited by sarahmirza at 12-10-2023 09:33 AM

Boleh je suruh anak urus diri sendiri tp ada kesan jangka panjang jugak...

Bila mak dah mati,

Kenangan rindukan kehadiran mak mungkin takde sbb sedari kecik dibibikkan mak....
Rasa rindu masakan mak mungkin takde sebab mak jarang masakkan untuk kami..
Banyak lagi la....malas nak taip.

Tak bermakna bila kita buat sesuatu untuk anak, kita jadi hamba anak...
Tapi anak kecil, hidup mereka untuk bermain, hak mereka bermain.
Anak remaja, hidup mereka untuk belajar, biar mereka belajar dan kita membimbing ke arah potensi mereka.
Kerja rumah sekadar hujung minggu, hari cuti je kita minta anak buat2.

Mungkin term 'anak jadik bibik' tu tak sesuai, tak sedap telinga mendengar..
Quote piro77 15-10-2023 06:43 PM
Alahai buat keje rumah bukan susah pun, hari ni belajar esok dh pandai. Rumah i dr i sebelum lahir ayah dh sediakan bibik, tp kami adik beradik pandai je buat keje. Mmg la dulu2 i nk siang ikan pun tak reti, tp lepas tinggal asrama dan kenal kwn2 auto jd pandai. Sorry la benda2 begini i kurang setuju Sbb masa i kecil mmg enjoy happy giler tanpa buat keje rumah, tp tahu buat benda tu. Ini bg konteks keluarga yg mampu hire bibik la dan rumah besar ya, bukan pukul rata semua situasi. Utk situasi dlm post ni dh mmg keluarga berkemampuan, hire je la bibik. Hidup pun relax2.. dan anak2 blh focus kpd study atau apa yg dia minat tanpa perlu fikir jadual kerja. Tp apapun pengetahuan ttp diajar, dan common sense perlu
Quote adeqbun 18-10-2023 12:05 PM
dgn syarat kene setimpaal..jgn yg sekian2 je buat dan ade yg terlepas..mcm ai dlu ade agihan keje dan zon tugas..mmg best jugak la..kalau dtg time akkai nak pedajal adik braik lain,p tebar daun kering kat kwsn diorg..ahahahaha...
Quote lurve82 23-10-2023 03:51 PM
anak2 aku skola rendah lg...so buat keje xde la kasar sgt...klu cuci rumah ke..potong rumput ke..aku panggil org je...yg lain2 yg ringan2 setakat letak baju dlm mesin..angkat..masak nasi...buang sampah tu mmg anak2 aku buat la..dh umo 16 17 thn kang baru ajar potong rumput semua bagai..Alhamdullilah anak2 mmg dgr cakap..bgn pg nk pegi skola pun kejut sekali je semua bgn...mudah la klu dh train...
Quote rospinki 25-10-2023 01:46 PM
kau yg nak umah besar luas tapi bebankan anak2 yg tak sepatutnya. entahla..kdg bagi aku benda2 mcmni yg buat hidup lagi stress. anak2 buat apa yg sepatutnya utk diri mereka sudahla lain2 biar kita yg setel. kejadah anak2 pulak yg kena pikul beban yg kau cipta sdri.
Quote ibuiqah 6-11-2023 09:17 AM
aku pun suruh anak2 aku buat sendiri jgk...bukan istilah bibik ke apa tp umah tu kita duk skali kan..nape nk berkira pulak buat keje..so mmg kena pandai buat semua keje..lepas makan sorang kemas meja, sorang basuh pinggan sorang sapu sampah..masing2 tau dah apa yg patut dibuat..ayahnya pun kena main peranan..kalau ayahnya duk meraja jgk..mmg anak2 pun tiru laaa
Quote nuryakmal 6-11-2023 04:24 PM
perkataan bibik tu its too rude.
Quote Zack8hunter 10-11-2023 09:03 PM
Bgs jer kalo dah train anak dr kecik utk buat keje.. stakat nk belajar buat sesuatu tu mmg sekejap je,  tapi nak sampai jd habit tu yg payah.. lg bgs bila buat sama2 anak dan parents..benda akan jd lg seronok..baru la ada memori manis utk dikenang.. So, mari la sama2 kita menjadi bibik beramai2..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.075991 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top