CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rasa Teraniaya Peniaga Tetak Sampai Kudung, Wanita Menangis Hanya Sebab Kaki Ayam!

3-10-2023 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1458| Komen: 0

Description: Seorang individu berkongsi pengalaman membeli kaki ayam di sebuah pasar yang tidak dinyatakan lokasi.
Seorang individu berkongsi pengalaman membeli kaki ayam di sebuah pasar yang tidak dinyatakan lokasi.

Walaupun pernah dikecewakan kerana penjual berkenaan memotong jari kaki, namun wanita dikenali sebagai Jijah itu tidak serik mendapatkan stok bahagian ayam berkenaan daripada premisnya.


Foto: Facebook

"Saya beli ayam dekat tempat pakcik yang potong jari kaki ayam sampai habis tu. Saya malas nak pergi tempat lain atau beli dekat pasar raya lain.

"Pakcik tu memang jenis tangan dia dah terbiasa laju je tetak kaki ayam buang semua jari. Tapi tadi saya pesan awal dekat pakcik, saya cakap tak payah potong kukunya.

"Pakcik tu pun gelak lepas tu angguk. Sekali waktu dia potong tu, laju je dia tetak jari kaki ayam saya. Pakcik tu terlupa pesanan saya," katanya.

Menyedari perkara itu, peniaga berkenaan segera meminta maaf.

"Terus pakcik tu cakap Ya Allah pakcik lupa. Pakcik dah biasa memang buang semua jari.


"Nah pakcik ganti kaki ayam lain, ada jari. Tengok la pakcik tu bagi saya lebih kaki ayam. Sekarang kaki ayam saya dah ada jari.

"Sungguh, haritu saya memang betul-betul sedih menangis tengok kaki ayam saya. Sebab tekak mengidam nak masak kaki ayam tu dalam tomyam. Akhirnya saya tak masukkan pun kaki ayam tu," ujarnya.

Sebelum ini Jijah berkongsi kekecewaannya apabila kaki ayam yang dibeli 'kudung' selepas peniaga berkenaan memotongnya.

"Ya Allah, saya tak reda. Jari kaki ayam saya tak ada. Tapak pun ada sipi sipi je.

"Saya terasa dianiaya. Sampai hati pakcik tu pergi potong jari kaki ayam saya. Siapa yang tengah ada masalah tu,datang sini saya doakan anda.

"Saya teraniaya. Doa orang teraniaya ni termakbul. Pilu saya tengok kaki ayam," katanya.

Hantaran dibuat meraih perhatian netizen yang turut terhibur dan bersimpati dengan apa yang dikongsikan Jijah.

"Kudung terus (kaki ayam). Walaupun saya tak makan kaki ayam.

"Patutlah menangis. Pakcik tu potong jari ayam. Bukan potong kuku je," komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.043613 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top