CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

‘Mungkin Dia Nak ‘Privacy’ Sendiri’ – Zarina Zainuddin Ulas "Kehilangan" Azar Azmi

4-1-2024 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8918| Komen: 20

Description: Azar Azmi kembali menjadi bualan hangat netizen apabila aktres itu didakwa menghilangkan diri secara tiba-tiba daripada radar industri hiburan.




Azar Azmi kembali menjadi bualan hangat netizen apabila aktres itu didakwa menghilangkan diri secara tiba-tiba daripada radar industri hiburan.

Malah, ada yang mendakwa Azar kini sudah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya dan memiliki cahaya mata.

Terbaru, pelakon Zarina Zainuddin memberitahu dia tidak melupakan pertolongan diberi Azar Azmi, kepadanya ketika berhadapan situasi tayar kereta pecah selepas selesai penggambaran drama ‘Derita Untuk Bahagia’ pada tahun 2021.

Memetik laporan Harian Metro, Zarina berkata, Azar merupakan orang pertama menghubunginya untuk memberi pertolongan selepas dia memuat naik foto insiden tayar kereta pecah di Instagram.

Azar ini sangat disenangi oleh semua orang di set ‘shooting’ kerana dia amat mengambil berat terhadap apa-apa yang berlaku di lokasi penggambaran.

Pernah ada satu hari, kereta saya tayar pecah dan terus buat hantaran dalam Instagram, Azar hubungi saya dan dia yang datang bukakan sendiri tayar itu serta tolong pasang tayar baru.




Saya sendiri pun tak boleh buat semua itu pada orang lain sebagaimana Azar datang menolong saya dengan ikhlas.

Berbicara mengenai kehilangan Azar, Zarina memberitahu dia sudah cuba menghubungi Azar dan mengirim mesej di WhatsApp kepada wanita itu, namun sehingga kini masih tiada jawapan yang diterima.

Saya rasa kita tidak tahu cerita sebenar dan keadaan dia. Apa lagi, Azar pun sudah tiada ibu bapa di dunia ini dan anak yatim piatu. Jadi, pada kawan-kawan jadi tempat dia mengadu. Kasihanilah dia dan jangan terus menghukum tanpa kita tahu cerita sebenar.

Saya fikir mungkin dia (Azar) sekarang nak ‘privacy’ sendiri. Jadi, kita doakan yang baik-baik untuk dia.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 4-1-2024 03:32 PM
nak juga mencapub
Quote Buritan 4-1-2024 03:34 PM
bulalof replied at 4-1-2024 03:32 PM
nak juga mencapub

Terpaling azar azmi.. hahaha
Quote black_handbag 4-1-2024 03:45 PM
anak yatim piatu rupanya. tapi iols salute la pompuan jenis boleh tukar tayar keta sendiri
Quote prince_marhaen 4-1-2024 03:51 PM
TERPALING ADA NOMBOR WASSAPPPPPP...... time kecoh2 baru nk sibuk kata tak reply ke apa lah... time biasa-biasa takde pulak kau contact borak2 ke apa kan... kaki mencapub macam gambor hutan amazon kau lahh
Quote bawaku_terbang 4-1-2024 04:55 PM
nape dia ni setiap issue nak ulas?dia sapa???pemting ke ulasan dia
Quote Manusiabesa 4-1-2024 04:57 PM
Mkcik ina ni dlm sibuk2 lyn anak oku 2 org, sempat lg menceceh hal2 org lain. Bkn kes azar je. Retis lain pun penuh merata dia tinggal komen..prngai sbiji mcm fazilzahari..jenis ada masa sgt utk nk pkir hal org lain. Rimasss
Quote cik_ingeniare 4-1-2024 04:58 PM
dah orang tak cari, biar aje la.. mungkin dia pun nak berundur dari dunia seni
Quote ghalibboy 4-1-2024 05:04 PM
black_handbag replied at 4-1-2024 03:45 PM
anak yatim piatu rupanya. tapi iols salute la pompuan jenis boleh tukar tayar keta sendiri

Both parents meninggal due to cancer, tak silap I.  
Quote tulip-rain 4-1-2024 05:08 PM
Kenape tiber2 timbul isu azar ni?
Aku pun tak perasan dia dah tak berlakon.
Last tgk dia berlakon dgn fattah drama tv3 tu.

Dia dah taknak jd retis biarlah. Aman hidup tak diganggu netizen.
Quote edayildiz 4-1-2024 05:15 PM
nk mencapub jugek dia..
si azar ni mmg sedih sgt mcm lost lepas bapak dia meninggal..sbb sblm tu mak dia meninggal kn
i baca je masa sblm dia menghilang..
ada acik kt tt komen azar elok je beli kaftan kt dia thn lps..
Quote Perawankota 4-1-2024 05:49 PM
Ntah2 memang sengaja buat berita supaya production house ingat balik dia n panggil utk berlakon lah uols...
Quote selipar_hijau 4-1-2024 06:54 PM
Lainnya muka Zz
Quote bankerpencen 4-1-2024 08:19 PM
Kalau orangnya dah taknak didedahkan lagi dkt mana2 media n nak duduk diam2 je, biarlah dia. Respect je la apa yang dia nak
Quote Pak.dolla 4-1-2024 08:32 PM
.
.
bagus aa ni tggl dunya lagho ni senyap2...
bkn mcm org terpaling tu...canang merata2 nk tgglkan dunya....nk gi ereb la, nk gi indo la.....susu kopek kering la...twrpaling falestin la...tup tup promote produk brand yahood hahahaha
Quote slyfynx 4-1-2024 09:45 PM
Sibuk la kau
Quote sangbara2020 5-1-2024 08:42 AM
ade kena mengena ke zz nih dgn azal tu ehhh..
aku ingat ank dia yg putus cinta tu
Quote isbritneybich 5-1-2024 12:27 PM
lain betul muka zz
Quote missyL 5-1-2024 06:20 PM
Diam laaa
Sibok nk komen
Org tu lari ade sbb la tu
Quote ReginaGeorge 5-1-2024 06:53 PM
Ha sebok la kau. Dah cukur ke vulu fefek yg subur tu?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.055289 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top