CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“RM69. Pecah Rekod. Paling Tinggi", Penuh Udang & Sotong, Pelanggan Pecah Rekod Harga Lauk Nasi Kandar

4-1-2024 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11784| Komen: 105

Description: Nasi Kandar, hidangan utama di Malaysia, terdiri dari nasi kukus dengan pelbagai lauk gulai yang dimakan pada waktu makan tengah hari dan malam. Awalnya muncul di Pulau Pinang dan dipopularkan oleh pe ...

Nasi Kandar, hidangan utama di Malaysia, terdiri dari nasi kukus dengan pelbagai lauk gulai yang dimakan pada waktu makan tengah hari dan malam. Awalnya muncul di Pulau Pinang dan dipopularkan oleh peniaga India-Muslim. 

"Kandar" berasal dari kaedah asal menjual juadah ini, diusung dengan kayu di atas bahu. Walaupun tidak lagi dijual begitu, hidangan ini kekal popular di Malaysia, terutama di kedai-kedai India Muslim.

Manakala joki kuah yang berpengalaman pula mampu mencampurkan pelbagai kuah dengan tepat dan menghasilkan nasi kandar kuah banjir yang sangat 'surr'.

'Soul food' ini boleh didapati di setiap penjuru negara kita melalui kedai-kedai India Muslim di seluruh Malaysia.

Dalam pada itu, bagi penggemar nasi kandar, apabila seseorang itu mengambil lauk berasaskan makanan lautan, biasanya individu berkenaan digelar sebagai 'pemberani'.


Hal ini kerana, harga makanan laut, khususnya di Semenanjung Malaysia sememang terkenal agak tinggi dan diketahui ramai.

Jadi, memang ramai yang mengelak lauk tersebut dan cukup dengan sekadar memilih ayam goreng atau lauk lain.

Namun, ini tidak menghalang seorang pelanggan yang berani mengambil beberapa lauk sotong dan udang agar dapat merasai tahap 'surr' yang premium.

Demi mendapatkan rasa 'surr' yang luar biasa, pelanggan dari Johor sanggup labur RM69 untuk sepinggan nasi kandar
Berdasarkan hantaran Facebook Nasi Kandar Sulaiman pada akhir bulan lepas, seorang pelanggan sempat memecahkan rekod di saat akhir tahun 2023.

“RM69. Pecah rekod. Paling tinggi. Tak sangka last minit sebelum habis tahun akan ada orang lain mai buat rekod baru,” kata restoran berkenaan.

Loading FB Post...

Berdasarkan hantaran tersebut, dapat disimpulkan pesanan pelanggan tersebut merupakan hidangan nasi kandar termahal yang pernah dipesan di restoran berkenaan. - CARI




Sumber : SiakapKeli




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 4-1-2024 03:45 PM
untung org malaysia, sedih org palestine
Quote Ahriman 4-1-2024 03:53 PM
Ni kalu aku makn ni mmg gaot kirim salam..
Quote axl_bach 4-1-2024 04:15 PM
Ni bkn nasi kandar ni nasi ambeng ni.....
Quote edayildiz 4-1-2024 04:20 PM
mana nasi nyaa..ssh nya nk mkn..
i xblh mkn kalau gini.
lgpun i xsuka mknn berkuah sgt..i suka amek kuah sikit..suka mkn kering kering gitu..
sdp sgt ke ns kandar itu...xsempat nk try lg
Quote hyie 4-1-2024 04:25 PM
yewwww rasa kembang tekak pulak nengoknya kuah kari berlambak2 gitu
Quote margo20 4-1-2024 04:26 PM
Tak pernah berselera dgn makanan gini
Quote shida81 4-1-2024 04:31 PM
Ak plg fobia nk amik sotong kt restaurant nasi kandar.. Ak pernah terbeli dulu pastu keras and x sedap dah la mahal
Quote syamzana 4-1-2024 04:32 PM
sorry laaa iols tgk geli plak. lauk camni mmg kene boh asing ambil sikit2 makan dgn nasi, ko humban skaligus nak kuis2 nasi pun tatau tang mana. pinggan pun secoet gitu mau berterabur nasi tepi2 tu nati
Quote tri-max 4-1-2024 04:33 PM
kat kelantan banjir hujung tahun..
kat penang, pinggan banjir ngan kuah kandaq
ikutla selera masing2
pada aku, org yg suka nasi banjir2 ni sejenis malas nak kunyah
masuk mulut terus telan
Quote prettyuglybabe 4-1-2024 04:44 PM
nampak sedap..

Quote Yoonggi 4-1-2024 04:48 PM
aku pun x reti mkn lauk menutupi nasik mcm ni. but lauk tu nmpk sedap. if only letak dlm pinggan asing dgn nasik, baru la selera kot nk mkn
Quote JunkMail 4-1-2024 04:52 PM
Aku ingat ni lauk je.. rupanya ada nasi kat bawah. Camne nak makan sekoyan binatang atas pinggan ni??
Quote dekmieDandy 4-1-2024 04:53 PM
sotong nasi kandar la paling tak sedap, semua rasa overcooked, pastu keras macam gigit tayar
Quote grouper 4-1-2024 04:57 PM
Betul2 golongan t20 ni...nak tgk org kaya ke x klau berani amik lauk udang,sotong atau kepala ikan kerapu kat kedai mamak
Quote pembacagosip 4-1-2024 05:00 PM
shida81 replied at 4-1-2024 04:31 PM
Ak plg fobia nk amik sotong kt restaurant nasi kandar.. Ak pernah terbeli dulu pastu keras and x sed ...

sotong liat oiiii aku pernah mkn
rugi rugi
Quote naina 4-1-2024 05:01 PM
Sedap sgtke nasi kandar? Aku xpernah makan. Sebab dia kena beli kat kedai mamak kan baru kick. Aku xminat kedai mamak. Tapi kadang2 teringinla nak rasa nasi kandar kuah2 campur2 ni.
Quote Skuau 4-1-2024 05:04 PM
naina replied at 4-1-2024 05:01 PM
Sedap sgtke nasi kandar? Aku xpernah makan. Sebab dia kena beli kat kedai mamak kan baru kick. Aku x ...

"Tak sedap"-Mat Jepang
Quote FOTHER-MUCKER 4-1-2024 05:07 PM
Murah lah tu tak sampai £12
Quote airfilterkotor 4-1-2024 05:45 PM
Sehelai sayur pun aku tak nampak.
Patut la badan nampak montel.

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.150878 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top