CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ali Puteh Tak Perlu Bayar ‘Interest’, Hidayah Setuju Terima RM75,486 - "Asalkan Pembayaran Tersebut Dibuat Secepat Mungkin"

26-2-2024 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11249| Komen: 77

Description: Balu kepada Allahyarham Abam, Nor Hidayah Hamzah mengambil keputusan untuk tidak mengenakan kadar faedah sebanyak empat peratus terhadap pelawak Ali Puteh dan hanya perlu membayar tuntutan saman seban ...


Balu kepada Allahyarham Abam, Nor Hidayah Hamzah mengambil keputusan untuk tidak mengenakan kadar faedah sebanyak empat peratus terhadap pelawak Ali Puteh dan hanya perlu membayar tuntutan saman sebanyak RM75,486 seperti mana yang telah ditetapkan pihak mahkamah.

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, peguam yang mewakili Hidayah iaitu Ibrahim tampil memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan dan budi bicara daripada balu kepada arwah Abam tersebut.


Namun, pihak Ali perlulah menyelesaikan pembayaran tersebut secepat yang mungkin.

"Setelah membuat penjelasan dan berbincang, Hidayah mengatakan tiada masalah untuk menerima jumlah bayaran asal yang dibawa oleh Ali bernilai sebanyak RM75,486 sebagai penyelesaian penuh dan muktamad.

"Asalkan pembayaran tersebut dibuat secepat yang mungkin dan saya harap Ali boleh berbuat demikian dalam masa seminggu yang mendatang".

Tambah Ibrahim, Ali boleh membuat pembayaran dengan cara hadir ke firma guaman miliknya atau terus memindah wang tersebut ke dalam akaun bank milik Hidayah.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Hidayah itu turut menjelaskan mengapa kadar faedah sebanyak empat peratus itu dikenakan ke atas Ali.

"Sebenarnya dalam mana-mana penghakiman mahkamah, ada diperuntukkan oleh undang-undang bahawa individu yang mendapat pampasan berhak menuntut kaedah faedah sebanyak empat peratus."

"Sepatutnya lima peratus tetapi untuk kes ini hanyalah sebanyak empat peratus.

"Kadar faedah itu adalah bertujuan untuk menggalakkan individu yang berhutang membuat pembayaran secepat yang mungkin."

Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkongsi video dirinya hadir ke rumah Hidayah bagi melangsaikan tuntutan saman bernilai RM75,000.

Ali dan ahli keluarganya dilihat turut sebak ketika beramah mesra dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey selepas hampir empat tahun tidak bersua muka.

Walau bagaimanapun, urusan tersebut dilihat masih lagi belum selesai selepas pihak Hidayah mahu ahli kumpulan Puteh itu melakukan pembayaran tuntutan saman melalui peguamnya.

Hidayah kemudiannya tampil menjelaskan tindakan pihaknya menolak penyerahan wang dibuat Ali sewaktu hadir ke rumahnya adalah atas faktor keselamatan.

Sekadar info, Ali terpaksa menjual tujuh trofi kemenangannya bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kakak iparnya.

Antara trofi yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi.

Selain itu, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya.

Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Sumber: Instagram Hidayah Hamzah/OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anarina 26-2-2024 03:00 PM
Melepak muka Dayah yek but whatever it is u go girl tamatkan episod litammm cpt2
Quote akuMNdia 26-2-2024 03:06 PM
mana litam bawak duit berkepok2 haritu?
simpan bawah tilam ke?
Quote ejans 26-2-2024 03:08 PM
Kan dh ckp dayah ni baik je.
Ali baru peluk anak dia lepas bertahun dia biarkan anak sdara dia tu, dayah bagi zero interest..
Kalau ali dr awal baik dgn dayah ni aku rasa dayah yg akan selalu tlg diaaa
Kalai
Quote rbmy 26-2-2024 03:35 PM
harap2 ali tak byk ckp dan terus bayar.
toksah dolak dalih lagi.
interest dah takde ni. settle cepat.
Quote sleepandream 26-2-2024 03:36 PM
jgn2 dayah ni masa baru2 jd balu abam byk je saving sheols khen...
sheols hire lawyer pun bukan pro bono khen... lawyer sheols yg ni mcm arwah abam pun ada
Quote Thunderclouds 26-2-2024 03:42 PM
Lahhh...
Igt dh setel utang.
Jelas lg terang xikhlas kalau xde approach loyar kasi duit / bank in teruih pas dayah rejek dia p umah ritu.
Bosan byk wayang.
Quote NazRysha 26-2-2024 03:52 PM
muka putih tangan hitam hidayah
nampak sgt produk timbang kilo
sayang muka
Quote shahima99 26-2-2024 04:10 PM
so..alitam dh live ke blom byr utang ni..?
Quote Denco 26-2-2024 04:14 PM
NazRysha replied at 26-2-2024 03:52 PM
muka putih tangan hitam hidayah
nampak sgt produk timbang kilo
sayang muka

Yg penting hati dia x sama hitam mcm si litam
Quote LadyCarefree 26-2-2024 05:10 PM
NazRysha replied at 26-2-2024 02:52 PM
muka putih tangan hitam hidayah
nampak sgt produk timbang kilo
sayang muka


Abang dia buat sendiri sabun daun apa entah tu. Homemade soap gitu.
Quote amyza 26-2-2024 05:15 PM
Ali tengah susun ayat nak konar ape pulak. Nak mintak kwn² amik cuti ikut skali buat live kat opis tuan ibrahim
Quote Tokeybundle 26-2-2024 05:25 PM
Ingat dah byr. Blm lg rupanya. Tggu apa lg ni litam
Quote stania83 26-2-2024 06:09 PM
teruknyaa minta interest..sama je ali puteh dan dayah
Quote hasniey 26-2-2024 06:13 PM
Aik aritu kemain nk byr sgt smpai dtg magrib hari.xsmpat lg ke g bank?karang meratib dayah xnak terima pulakk
Quote honeybee1802 26-2-2024 06:14 PM
stania83 replied at 26-2-2024 06:09 PM
teruknyaa minta interest..sama je ali puteh dan dayah

Bukan dia minta mmg mahkamah buat mcm tu...like explained by lawyer tu..
Mcm2 org ngater dayah kt chat bior le esok lusa kena kt depa or family depa...bior menyesal...
Quote _kelly 26-2-2024 06:15 PM
stania83 replied at 26-2-2024 06:09 PM
teruknyaa minta interest..sama je ali puteh dan dayah

laaa tak paham artikel ke tak baca..aduii letih la gini
Quote jihyomelly 26-2-2024 06:21 PM
tak bayar lagi rupanya.. bila dah xde interest kang berkompang lagi loyer dayah kena ikut time dia free baru dia bayar…litam oiiii talk2 pig also can fly
Quote anony-mous 26-2-2024 06:24 PM
ejans replied at 26-2-2024 03:08 PM
Kan dh ckp dayah ni baik je.
Ali baru peluk anak dia lepas bertahun dia biarkan anak sdara dia tu, d ...

Kan, nmpk la dayah ni actually xsuka gaduh2 pnjang cerita. Tp i saspek ali ni mmg xlayan dayah dgn baik sejak kahwin dgn abam lg
Quote namieamuro 26-2-2024 06:43 PM
stania83 replied at 26-2-2024 06:09 PM
teruknyaa minta interest..sama je ali puteh dan dayah

interest tu bkn dayah yg tentukan. kes ni kes mahkamah. lmbt byr, ade la interest nye.

sbb tu dayah dh bgtau dari awal lg, ape2 deal dgn lawyer. sbb kes saman ni kes mahkamah.


hrp maklong, kes ni pn punce dr mulot litam. litam nk saman dayah, litam kalah. tang mane same dayah dgn litam.

ptt dayah tekan interest kaw kaw sbb kes dh lame settle tapi drag bertahun2.

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.269342 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top