CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Tidak Zalim Kepada Terengganu, Peruntukan Tingkat Setiap Tahun – PM

21-3-2024 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6273| Komen: 3

Description: PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan tidak pernah zalim terhadap Terengganu terutama dalam soal Pemberian Persekutuan dan Belanja Pembangunan sebaliknya peruntukan berkenaan ditingkatkan setiap tahun.


PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan tidak pernah zalim terhadap Terengganu terutama dalam soal Pemberian Persekutuan dan Belanja Pembangunan sebaliknya peruntukan berkenaan ditingkatkan setiap tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agihan peruntukan Belanja Pembangunan bagi Terengganu ditingkatkan kepada RM1.59 bilion tahun ini berbanding RM1.55 bilion pada 2023.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi Pemberian Persekutuan pula, jumlah diberikan lebih tinggi berbanding agihan oleh kerajaan terdahulu.

“Peruntukan (Pemberian Persekutuan) yang diagihkan oleh kita (Kerajaan Perpaduan) lebih pada pemerintahan ketika Pas dan Bersatu…zalim macam mana? Kita tambah kepada RM413 juta pada 2023 dan dijangka terus meningkat pada tahun 2024.

“Dia (Menteri Besar Terengganu) kata zalim. Ketika saya menjadi pembangkang berpuluh tahun, kita tidak menerima sebarang peruntukan, termasuk ketika UMNO-Pas-Bersatu menjadi kerajaan. Ketika itu tidak zalim, tetapi sekarang zalim?


“Bolehkah undang-undang (Islam) berubah mengikut pakatan politik? Kalau dulu zalim, ya, sekarang pun zalim,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan (MOF) di sini hari ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ahsan_ASM 21-3-2024 02:17 PM
https://lakeshorecity.com/
Quote manop 21-3-2024 11:33 PM
Jeng jeng jengggg....ade yg sakau?
Quote apalancut 27-3-2024 12:33 PM
manop: Jeng jeng jengggg....ade yg sa ...


Sapa yang sakau? Mohon pencerahan

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.051837 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top