CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

53,370 Tiket Bas Balik Kelantan Sempena Hari Raya Aidilfitri Habis Dalam Masa Dua Jam

21-3-2024 09:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13946| Komen: 5

Description: KOTA BHARU – Sebanyak 53,370 tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara untuk perjalanan perantau pulang ke Kelantan dari seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri habis dijual dalam tempoh dua jam.


KOTA BHARU – Sebanyak 53,370 tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara untuk perjalanan perantau pulang ke Kelantan dari seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri habis dijual dalam tempoh dua jam.

Pengerusi Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail ber­ka­ta, penjualan tiket berkenaan membabitkan waktu puncak bermula 4 April sehingga 9 April.

“Perjalanan bas ekspres paling banyak menjelang Syawal adalah laluan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Konsortium E-Mutiara menyediakan 70 buah bas dengan keseluruhan 1,186 trip perjalanan ke Kelantan dari seluruh negara.

“Bagi waktu kemuncak, kita menyediakan sebanyak 108 perjalanan sehari termasuk 88 trip untuk laluan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan penyampaian zakat oleh Konsortium E-Mutiara di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad di Kampung Panji, di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Che Ibrahim memberitahu, pihaknya akan menyediakan tiket tambahan untuk laluan Kuala Lumpur ke Kota Bharu bagi memenuhi permintaan sempena Aidilfitri.- KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 21-3-2024 11:29 PM
Semestinya....
Quote Yoonggi 22-3-2024 09:06 AM
tiket kapalterbang and train ada lg kot
Quote ifanonline 22-3-2024 09:07 AM
ramai ore kelate mari KL...kalau kelate maju, tak hingin depa dtg...
Quote heywana 22-3-2024 11:06 AM
dh boleh upgrade kot stesen bas kb tu.
Quote matseh 22-3-2024 11:12 AM
Saja nak habaq.
Malaysia kalah pagi tadi 2-0 dgn OMAN. WCQ

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.044674 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top