CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tahniah Kerana Membantu Proses Normalisasi Ini” – Dituduh Sebarkan Agenda LGBT Menerusi Drama Khunsa, Shahrulezad Buka Mulut

25-3-2024 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20043| Komen: 233

Description: Pengarah terkenal, Shahrulezad tampil membuka mulut setelah dirinya difitnah membawa agenda normaliasi budaya LGBT menerusi drama terbarunya, Khunsa.


Pengarah terkenal, Shahrulezad tampil membuka mulut setelah dirinya difitnah membawa agenda normaliasi budaya LGBT menerusi drama terbarunya, Khunsa.

Ujar pengarah itu, tiada apa yang perlu dibimbangkan sebaliknya meminta masyarakat untuk sentiasa berdoa kerana setiap ujian manusia adalah berbeza-beza.

"Cubaan menormalisasikan golongan ini yang awak takutkan sangat sebenarnya? Taku bala Allah turun pada semua sekali? betul tak? Insya-Allah tidak, Insya-Allah, Allah tidak akan berbuat demikian. Asalkan kita doakan yang baik-baik sahaja."


Shahrulezad berkongsi perkara demikian menerusi satu hantaran Instagramnya hari ini.

Difahamkan, dia tampil membuat kenyataan demikian setelah dikritik secara sarkastik oleh seorang individu yang mendakwa dirinya cuba menormalisasikan golongan LGBT.


Dia dalam pada itu menegaskan bahawa tidak mengapa jika seseorang itu mempunyai pendapat tersendiri namun menegaskan bahawa segala kritikan yang diberikan dilontarkan dengan cara baik berserta hujah yang kukuh.

“Tidak mengapa kalau berbeza pendapat. Tetapi tolonglah berhujah dengan cara yang sihat dan baik. Lepas ini saya tidak akan memberikan komen dengan cara seperti dia (netizen) tinggalkan komen. Saya akan block sahaja jadi berhati-hati kalau mahu meninggalkan komen walaupun anda tak setuju dengan pendapat saya” tulisnya lagi.

SUMBER : Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 25-3-2024 01:47 PM
Bestla crita ni. Layannn
Aku jarang tgk drama malay tp yg ni boleh sangkut lak.
Dia sedih2 tp lawak sengal pun ada. Aku x tahan tgk rambut AR ja dlm drama ni allahuu teruk naw
Quote prizadane 25-3-2024 01:50 PM
Jap apa yang normalize kan LGBT? Khunsa ni real la. Bukan pondan. Jiran sekampung mak iols khunsa. Masa kecik, dibesarkan sebagai perempuan. Tapi naluri dia lelaki. Dah dewasa, bertukar pemakaian seperti lelaki n berkahwin. Siap ada 4 orang anak sendiri lagi. Dah tua dah pun. Last iols jumpa few yrs back pakcik ni… memang fizikal pun lelaki. Alat kelamin je ada dua, tapi pakcik ni takde period.. so memang dia more dominan to lelaki
Quote She-Ra 25-3-2024 02:08 PM
Edited by She-Ra at 25-3-2024 02:11 PM

sesungguhnya drama ni best, sila tonton okay!
lain dr yg lain dan sekaligus kita dpt pengajaran dan ilmu dr cerita ni
ramai rupanya yg kata khunsa tu pondan dan tak tau khunsa tu wujud  dikatanya LGBT pulak.. haiyooo

dlm huru hara bermain dgn emosi, terselit  lawak dlm cerita ni
iols mmg mudah terhibur hahaahaaa..
semua watak menjadi wehhhh.. gerammm je tgk kelaku Jusoh dgn Ton.. dedua nak kena hantuk kepala sekali hahahaaa
tuyah dgn imah pun haduuuu.. memeriahkan suasana sungguh


Quote xtinkerbellx 25-3-2024 02:21 PM
Best je cite ni. Takde la typical cintan cintun je manjang
Quote msdummy.2018 25-3-2024 02:26 PM
Celah mana normalisasi ek..kita ni citee pasal khunsaa..khunsaaaa...kita citer pasal parents yg dh tersilap langkah dan msyrkt setempat yg suka pndg buruk bila dpt tau org tuh khunsa...

Kita bukan citee pasal ko dilahorkan jantan tp g bedah jd betina!
Quote I.K.A888990 25-3-2024 02:34 PM
nampak sgt yg kecam tu tak tgk drama khunsa ni pastu tak menggali baca sikit kat tenet tu adoiiiiiiiiiii

Quote MistrezHermanaz 25-3-2024 02:40 PM
sangat2 best..mmg patut jd drama sbb kalau movie x cukup masa pulak nk kupas isu ni..semua pelakon best dan pandai jiwai watak..tgk kt ig ramai ye org indo mtk link tgk drama ni
Quote takutlipas 25-3-2024 02:43 PM
Yes cerita ni mmg best, xde kena mengena lgbt semua tu, semua watak best, kesian adik naluri ppuan, sakit hati tgk watak angah ngan che ton
Quote alieyrina 25-3-2024 02:45 PM
Yg ton mintak dipuaskan tu jusoh suruh p cari sayuq dlm peti ais. Lawak siyall hahhahaha
Quote jihyomelly 25-3-2024 02:56 PM
best crita ni.. khunsa bukan ponen jantan jadi pompuan yg pompuan jd jantan..byk pengajaran cerita ni
Quote beatgirlX 25-3-2024 03:15 PM
Lgbt celah mana? Aku rasa bdk skg pun x tau khunsa tu apa...
Quote asfaz 25-3-2024 03:18 PM
HP canggih ada google tpi bodoh nak cari apa tu khunsa. Siap ada yg samakan dgn sajat ,benggap ubi betul.
Quote tulip-rain 25-3-2024 03:19 PM
Lgbt ape benda.
Yg komen tu tgk ke tak drama ni.
Best drama ni bawak isu berat tp ade lawak jugak.
Zaiton jumpe bomoh bongok
Geram tgk zaiton dgn angah.
Quote hashashes 25-3-2024 03:55 PM
Cerita ni kalau nak tengok kena letak password parental control dulu
Quote sashasam 25-3-2024 04:07 PM
iols speku tukang citer khunsa gak tp versi terbalik (dibesarkan sbg perempuan tp tukar jantina ke jantan)

hint dh diberi:
1. muka jambu tak berkumis, kontra dgn watak penulis skrip si pendengar cerita yg gempal dan berkumis tebal.
2. tetibe minta masuk toilet (random sgt scene tu)
3. apa lagi erkkk? iols br tgk smpi episod 5.
Quote jihah_kudat 25-3-2024 04:24 PM
sashasam replied at 25-3-2024 08:07 AM
iols speku tukang citer khunsa gak tp versi terbalik (dibesarkan sbg perempuan tp tukar jantina ke j ...

kan aku pun rasa jugak ..mesti ada something..sebab macam takkan saje watak tu wujud..sebab kalo watak tu tempelan mesti dah dimatikan awal2 macam watak imah tu..ni beria-ria dia nak cite pasal macik dia..
Quote jihah_kudat 25-3-2024 04:27 PM
She-Ra replied at 25-3-2024 06:08 AM
sesungguhnya drama ni best, sila tonton okay!
lain dr yg lain dan sekaligus kita dpt pengajaran dan ...

love kan..aku tak sangka aku boleh tengok cite straight satu jam tak bergerak..biasa kalo drama2 ni aku tengok skip skip je....yang best semua pelakon pandai bawak watak masing..love betul yg jadi along dgn adik tu..
aku tak sangka si sherry tu menjadi gile watak dia jadi ton

mula2 cite ni keluar aku mati2 ingat azhan jadi khunsa terus rasa turn off rupanya....
Quote ciksom 25-3-2024 04:30 PM
Citer ni best.
Quote hotmak 25-3-2024 04:40 PM
sanggup subscribe sooka sebab nak tgk cerita ni, cuma nak tau mmgnya dorang akan biarkan je ye dua alat kelamin tu, tak buang mcm adik ni?

Lihat semua komen(233)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.066426 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top