CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ia Memalukan, Sampaikan Ilmu Tapi..” – Guna Foto Artis Wanita Tak Berhijab Untuk Sampaikan Ilmu, Lufya Omar Tegur Ustaz Dusuki

25-3-2024 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6778| Komen: 17

Description: Sebelum ini, pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki ada menyampaikan pesanan berbentuk keagamaan di Instagram miliknya yang menyentu mengenai salah faham mengenai kecantikan manusia yang diukur pada r ...

Sebelum ini, pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki ada menyampaikan pesanan berbentuk keagamaan di Instagram miliknya yang menyentu mengenai salah faham mengenai kecantikan manusia yang diukur pada rupa paras dan fizikal dan bukannya ketaatan sebagai seorang muslim.

Dalam hantaran itu, Ustaz Ahmad Dusuki berkata kecantikan seseorang itu bukan diukur pada pandangan mata kasar manusia sebaliknya tahap keimanan mereka.


"Salah faham dalam masyarakat kita memahami makna kecantikan. Kecantikan itu bukan di ukur pada pandangan mata kasar manusia. Jika di ukur pada pandangan mata kasar manusia, manusia yang telanjang itu pun dianggap cantik kerana syaitan akan mewarnai kemaksiatan itu."

Namun begitu, pendakwah itu dilihat menggunakan foto pelakon tidak berhijab sebagai contoh sekaligus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Bukan sahaja netizen, pelakon Lufya Omar turut terpanggil untuk memberi sedikit teguran buat pendakwah berkenaan.



"Saya kurang setuju gambar artis ini digunakan bagi tujuan menyampaikan ilmu tetapi dalam masa yang sama memalukan individu berkenaan. Kalau saya di tempat dia saya tidak akan ambil teguran ini secara baik."

Malah, Lufya turut memberi contoh keadaan dirinya yang dulu tidak berhijab namun mula berhijrah kerana terbuka hati dengan nasihat lembut golongan orang alim yang tidak prejudis.

Difahamkan, Ustaz Ahmad Dusuki menggunakan foto aktres Vanidah Imran yang menjadi bahan berita sebuah tabloid hiburan dengan tajuk ‘Umur sudah 51 tahun tapi canti bagai anak dara, Vanidah Imran kongsi rahsia maintain kecantikan’.

SUMBER : Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 25-3-2024 05:41 PM
Lufya ni takda job ka
Quote Carcosa 25-3-2024 09:14 PM
Report police pasal anak engkau acah2 kena kidnap dah buat ke belum?? Kau fefeling kau kerabat? Org hadap nak kidnap anak kau dgn ex engkau yg mcm doktor gayah tu? Choiiiiiiuuuuuuuuiiiiiiiii
Quote stania83 25-3-2024 11:08 PM
ya aku pon ada komen posting ustaz dusuki nii..mengaibkan betulll..mengajak orang membenci Vanida in a subtle way,apa punya ustaz,
Quote cm_vungtau 26-3-2024 12:00 AM
Edited by cm_vungtau at 26-3-2024 12:01 AM

Terpaling bertudung dengan terpaling ustad. Ustad2 ni kena fikir di luar kotak sikit. Islam bukan takat tudung aje. Cuba ko baca quran tu lebih sikit, bincang bab astronomi ke, quantum physics ke dalam quran tu. Tapi ustad2 ni bukan science stream, kelas depan jauh sekali, kompom tak paham
Quote marchikobonzo 26-3-2024 12:59 PM
Islam ni bukan takat aurat je, kena jaga perkataan & penulisan gak..asyik menyakitkan hati orang & buat fitnah pun berdosa..
Quote Lavender_Violet 26-3-2024 03:49 PM
Entah....dua2 aku menyampah
Quote kakiah12 26-3-2024 03:53 PM
Ostak pas wut do u expekkk? ????
Quote manehnya 26-3-2024 03:57 PM
oh takat lupya ni... tak jd kudis pun ustaz
Quote sambaldurian 26-3-2024 05:46 PM
cm_vungtau replied at 26-3-2024 12:00 AM
Terpaling bertudung dengan terpaling ustad. Ustad2 ni kena fikir di luar kotak sikit. Islam bukan ta ...

Ala ko ni, lambert lg. Nk baiki kereta pun x pandai, nk suh berastronomi bagai. Klu dorg pandai baiki kereta , xde nye bukak tabung derma nk baiki kereta rosak aritu. Yg penting aurat ye. Dpt  'menyindir' wanita free hair tu ada la satu kewajipan banding yg lain. Wanita free hair buat ekonomi merudum , x diberkati gamaknya. Sbb tu nk rm5k baiki kereta tu ssh nk cari.
Quote izat123 26-3-2024 06:18 PM
Ustaz pujaan ummah melayu yang mengimpikan negara kita jadi negara taliban. What do you expect?
Quote winky1 26-3-2024 06:21 PM
stania83 replied at 25-3-2024 11:08 PM
ya aku pon ada komen posting ustaz dusuki nii..mengaibkan betulll..mengajak orang membenci Vanida in ...

Ustaz ni makin tak boleh pakai.
Quote mamarilia 26-3-2024 06:44 PM
ai ustaz ni patut ambik gambar perempuan yg pakai baju hijau ketat, free hari kat tiktok yg dah macam sarung nangka sokong PN masa election haritu...
Quote cikatilia 27-3-2024 10:39 AM
dusuki ni mmg suka bayar saman byk2 kot
Quote miss_white 28-3-2024 08:40 PM
Orang kosong nk tegur ustaz
Baik ko pergi belajar fardhu ain dulu
Quote blekkep 28-3-2024 09:12 PM
kalo brani letak gmbar garita lar ustaz
Quote hokeypokey 29-3-2024 01:52 AM
lufya bila ko nk kawen lagi?? rupa ada umur pun muda lagi..
Quote isbritneybich 29-3-2024 03:21 AM
ni ustaz yang halalkan quantum metal scam kah?
religion riderrrr

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.054498 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top