CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tunggang Motosikal Elektrik Dalam Masjid

26-3-2024 09:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5961| Komen: 1

Description: JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan seorang lelaki menunggang sebuah motosikal berkuasa elektrik di dalam masjid, lapor portal berita Wolipop semalam.


JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan  seorang lelaki menunggang sebuah  motosikal berkuasa elektrik di dalam masjid, lapor portal berita Wolipop semalam.

Dalam video yang dikongsikan di platform TikTok, motosikal dinaiki lelaki tersebut dilihat melalui ruang solat yang tidak mempunyai jemaah ketika itu.

Menurut perakam video tersebut, Aify, dia ketika itu sedang berehat di dalam masjid di wilayah Kalimantan Selatan itu setelah menunaikan solat zuhur.

Tiba-tiba, lelaki berkenaan muncul dengan menunggang motosikal, membuatkan Aify keliru melihat situasi tersebut.

“Saya terkejut kerana tidak pernah melihat orang menunggang motosikal di dalam masjid,” katanya.

Tambah Aify, selepas diselidik, dia mendapat tahu bahawa motosikal tersebut sememangnya digunakan untuk mengangkut kotak air mineral dan pelbagai barangan berat lain.


Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Lebih baik pakai troli kerana lebih banyak fungsi, elok dipandang dan murah untuk mengangkut barang. Namun, ia terpulang kepada pihak pengurusan masjid. Mungkin ia mahu dilihat lebih unik,” kata seorang netizen.

“Mohon izin menjawab. Motosikal itu memang digunakan khusus di dalam masjid sahaja. Ia tidak dibawa ke luar dan digunakan untuk mengangkat kotak air mineral,” kata netizen lain. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 26-3-2024 09:52 PM
Eh ye la motor kan mana de break.  Tengok je lah kat malaysia ni kalau keta dah signal tukar lane dia lagi jauh dah hon hon tapi tak perlahan sbb tak de break kan. Pastu maki driver keta. So tak boleh salahkan pok cik ni.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.046971 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top