CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Not RM10 Kekal Edaran Duit Raya Tertinggi Sejak 23 Tahun

26-3-2024 09:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5923| Komen: 6

Description: PUTRAJAYA – Wang kertas RM10 adalah not edaran paling banyak diterima umat Islam di negara ini ketika musim perayaan Aidilfitri sejak 23 tahun lalu.


PUTRAJAYA – Wang kertas RM10 adalah not edaran paling banyak diterima umat Islam di negara ini ketika musim perayaan Aidilfitri sejak 23 tahun lalu.

Perkara itu didedahkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi hantaran grafik di Facebook rasminya, hari ini.

Menurutnya, not RM10 itu mengatasi edaran wang kertas lain iaitu not RM1 dan RM5 sejak tahun 2000.



Data dikongsi menunjukkan not RM10 kekal edaran tertinggi manakala, not lain berubah masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga.

Not RM5 pernah menggungguli kedudukan kedua edaran tertinggi bagi tempoh 2000 hingga 2009 sebelum not RM1 mengambil alih pada 2010 hingga 2019 dan kemudiannya diambil alih not RM20 bagi 2020 hingga 2023.


Bagi edaran ketiga tertinggi pula, not RM1 menguasai bagi tempoh 2000 hingga 2009 sebelum diambil alih oleh not RM5 bagi 2010 hingga 2019 dan seterusnya diambil alih semula oleh not RM1 bagi tempoh 2020 hingga 2023.

Not RM1 dan RM5 pula menghuni kedudukan ketiga tertinggi edaran bagi musim Aidilfitri tahun lalu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 26-3-2024 09:50 PM
Pemurah rakyat mesia. Lepas raya pokai boleh sambung meroyan salahkan gomen.
Quote Radzor 26-3-2024 10:42 PM
sape nak g tukar duit? nak kirimmm...
Quote AbukRokok 26-3-2024 10:47 PM
kaya sebenarnya tapi kuat drama
Quote SalenaGomez 26-3-2024 11:02 PM
Ada je yang beri tu berfikir setahun sekali utk bersedekah pada anak buah. Kalau fikir amaun in total mmg rasa berat. Tapi bila fikir sedekah setahun skali, akan rasa nak memberi. Rasanya majoriti berfikir gini
Quote jihyomelly 26-3-2024 11:28 PM
ada rezeki lebih..bagi la lebih..kalau kurang..bagi la sekadar mampu takyah la berlagak nanti mengelupor duit abis
Quote noradaniez 27-3-2024 12:12 AM
Aku dah 4 tahun ni takde masaalah nak tukar duit tiap kali raya, untung gak le ada anak koje bank. Tahun lepas kebanyakkannya yg kirim tukar kata anak aku rm10 dan rm5 yg paling banyak. Aku suruh dia tukar duit singgit banyak2 sbb senang aku nak bg duit belanja sekolah adik2nya.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.046178 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top