CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Penghidap PMO Lihat Wajah Orang Lain Seperti Syaitan

26-3-2024 09:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6819| Komen: 14

Description: NASHVILLE, TENNESSEE – Seorang lelaki di negeri Tennessee menghidap gangguan neurologi menyebabkan dia melihat wajah orang lain dalam keadaan herot dan menyeringai, lapor laman berita Oddity Central ...


NASHVILLE, TENNESSEE – Seorang lelaki di negeri Tennessee menghidap gangguan neurologi menyebabkan dia melihat wajah orang lain dalam keadaan  herot dan menyeringai, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Victor Sharrah, 59, mula mengalami penyakit ganjil dinamakan  prosopometamorphopsia (PMO) itu pada November 2020 apabila dia melihat semua orang di sekelilingnya memiliki  wajah herot dan menakutkan.

“Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ketika itu adalah saya mungkin berada dalam dunia syaitan. Ia amat menakutkan,” katanya.

PMO adalah gangguan yang sangat jarang berlaku dengan hanya 75 kes direkodkan setakat ini.

Disebabkan itu, doktor tidak mempunyai banyak pengetahuan mengenainya dan ia sering didiagnosis sebagai keadaan psikiatri.

Tiada siapa tahu punca PMO, namun penyelidik percaya dalam kes Sharrah, keadaan itu mungkin disebabkan oleh kecederaan pada kepala yang dialaminya ketika berusia 43 tahun. – AGENSI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 26-3-2024 10:10 PM
Sementara itu negara belah nusantara pulok..sering mendengar bisikan2 yg pelik...
Quote batmana 26-3-2024 11:12 PM
aku igtkn salah tulis, nmpk PMX ke ape..
Quote tumpanglalu74 27-3-2024 01:59 AM
Salah sorangnye aku kot.  Asek nampak muke jande Apiz Roshdi tu menyeringai.
Quote prince_marhaen 27-3-2024 09:15 AM
Shuringai janda apis tu semua orang nampak menyeringai.... so kita semua sakit ke? ahahahaahhaha
Quote She-Ra 27-3-2024 09:23 AM
Skuau replied at 26-3-2024 10:10 PM
Sementara itu negara belah nusantara pulok..sering mendengar bisikan2 yg pelik...

halusinasi atau mmg mistik gitu.. sihir santau bagai kan mmg wujud
kwn iols dulu pernah kena rasuk tp takde la rasuk jenis meracau menjerit bagai. takat bgtau nama dia siapa jela dan kenapa dia suka dan masuk kt bdn kwn kami tu..selama beberapa hari dlm hutan tu, mmg bkn org sebenar la dlm bdn kwn tu. semua pun layan je dan sebab ada guider yg mmg tahu camne nak handle keadaan mcm tu dan mmg pernah jd sebelum2 ni
turun dr gunung, terus jumpa tok batin.. berubat.. beberapa kali jgk la pergi berubat selain dr org kg situ dan jgk kt perubatan islam
lama2 tu ok cuma hijab dia terbuka. memula kami tak tau pun tp bila lepak ngopi tu, kdg2 dia tersenyum sorg, pastu gelak dan tiba2 nangis dan blah tanpa ckp apa kt kami. kami pelik la sb dia bkn jenis gitu
pastu kwn2 bgtau iols utk cuba borak dgn dia. iols antara kwn rapat dia dr awal kami terjebak dlm dunya pergunungan (pendaki gunung)
ingat lg, masatu kami berjalan central market belah belakang (laluan sungai nak ke dayabumi tu), terus dia ckp "aku boleh nampak mcm2 beb.. ni sekarang pn ada je mcm2 benda aku nampak" rupanya hijab dia terbuka.. mula2 teruk jgk la dia sb tu takmo jumpa kwn2, lama2 dia dh imune dgn 'benda halus' duk cak cak kedia
dan sekarang, alhamdulillah dh ok takde dh nampak benda2 tu semua. hidup pun bahagia dh kawen dan ada anak cuma dh lama tak akfit menggunung dan kami lama tak jumpa
Quote ifanonline 27-3-2024 09:45 AM
otak ni merupakan ciptaan yg hanya tuhan dpt berikan kelebihannya...humans masih belum dpt unlock the power of the brain...cuma 1% je ilmu otak di ketahui manusia
Quote keranda.terbang 29-3-2024 03:01 PM
seramm aihh
Quote antikorok 29-3-2024 03:04 PM
Haku takot yg mengalami simptom gini bakalan hambek tindakan sendirik pergi tet*k dan semelih org yg kelihatan seperti syaiton ittew dengan pisau. Hagaknyer kes semelih tet*k org ni sebab nampak maknosia lain mcm ni la kot
Quote Supersirap 30-3-2024 02:56 PM
Penyakit metal ka?
Quote alieyrina 30-3-2024 03:02 PM
Ampa ni jahatla shuringai pulak peginya.  

north us ni bukan byk mormon ka. Kawen dgn family terdekat kerabat sendiri. So dpt penyakit genetik terutamanya mental illness
Quote Tinot7 30-3-2024 03:41 PM
Bahayanya bila kepala cedera..
Quote noor2 30-3-2024 04:44 PM
Abis...dia tgk muka dia dlm.cermin cane pulak?
Quote swimswim 30-3-2024 09:39 PM
Muka saitan ni sepet ke
Quote B40tastePosh 30-3-2024 11:00 PM
Mungkin evaluasi tak berapa nak betul sebab otak suruh gembira dgn melihat semua orang menyeringai.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.083758 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top