CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Ramai Serbu Masjid Beri Wang RM150 Untuk Tarawih

26-3-2024 09:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6449| Komen: 18

Description: JAKARTA – Sebuah masjid di Malang, wilayah Jawa Timur menjadi tumpuan orang ramai yang datang dari jauh untuk menunaikan solat tarawih demi mendapatkan wang sumbangan sebanyak 50,000 rupiah (RM150) ...


JAKARTA  –  Sebuah masjid di Malang, wilayah Jawa Timur menjadi tumpuan orang ramai yang datang dari jauh untuk menunaikan solat tarawih demi mendapatkan wang sumbangan sebanyak 50,000 rupiah (RM150), lapor portal berita Okezone semalam.

Wang tersebut disumbangkan oleh seorang ahli perniagaan di daerah Gondanglegi.

Pengumuman mengenai sumbangan itu dibuat menerusi mesej berantai yang tular di media sosial. Ia menyatakan bahawa setiap seorang jemaah yang  solat tarawih di Masjid Jami’ Al-Ilyas, Kampung Penjalinan, akan menerima wang 50,000 rupiah.

Susulan itu, orang ramai termasuk penduduk sekitar dan yang tinggal jauh menyerbu masjid berkenaan minggu lalu.

Menurut seorang jemaah bernama Muhammad Syafi’i, dia sanggup menempuh perjalanan memakan masa  sejam dari rumahnya untuk pergi ke masjid tersebut.

“Saya datang sebelum maghrib bagi memastikan saya mendapat tempat duduk di dalam masjid. Alhamdulillah, saya, isteri dan anak dapat bersolat di dalam masjid,” katanya.


Tambah Muhammad Syafi’i, ramai orang datang ke masjid tersebut bahkan ada yang tiba secara rombongan dengan menaiki lori.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, orang ramai dilihat menunaikan solat di luar masjid termasuk di halaman rumah penduduk sekitar dan jalan raya.

Disebabkan itu juga, beberapa jalan berhampiran masjid mengalami kesesakan teruk pada minggu lalu.

Tambah Muhammad Syafi’i, dia dan keluarganya bersolat di masjid tersebut sejak Rabu lalu dan menjelang malam Khamis, wang sumbangan yang dijanjikan sudah tiada.

“Maklumat awal yang saya dapat adalah wang itu akan diberi sepanjang bulan Ramadan. Namun semalam (minggu lalu), ia sudah tidak diberikan,” katanya.

Ujarnya, dia bagaimanapun tidak berasa kecewa kerana hasratnya untuk pergi ke Gondanglegi bersama keluarganya sudah tercapai. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 26-3-2024 10:07 PM
50k..sorang..wow!...betul2 kaya la..patutla indon mengklaim..kamila yg memajukan Msia.
Quote AbukRokok 26-3-2024 10:45 PM
sengaja aku solat terawih kerana 50k rupiah
Quote tungkai 26-3-2024 11:21 PM
Memandai aje 50,000 Rp = RM150 padahal RM15 je
Quote star_karat 26-3-2024 11:32 PM
50 ribu rupiah baru berapa ringgit.
Quote slyfynx 27-3-2024 12:13 AM
@CARI-HBZ dengan artikel sampah
50k rupiah baru RM14.93 sen
Jadah jadi RM150?
Quote Skuau 27-3-2024 12:42 AM
AbukRokok replied at 26-3-2024 10:45 PM
sengaja aku solat terawih kerana 50k rupiah

"bisa diatur...pak"-nusaraya
Quote matamata 27-3-2024 12:53 AM
Apabila wartawan CARI menyebar berita bohong @admin6
Quote ichigo02 27-3-2024 01:51 AM
so niatmbkn nk terawih sgt la kan
Quote wirazam 27-3-2024 06:34 AM
Jgn nak normalisasi beri duit dlm beribadah...adoiiii
Quote dua_chzy 27-3-2024 06:40 AM
Edited by dua_chzy at 26-3-2024 10:41 PM

50k rupiah tu nilainya persis 50 hengget duit kita kan. Lepas la beli tempe, jamur, jahe segala macam huntok masak. Tu yang sanggup meredah hapa sahaja untuk berebut rezeki.
Quote bottombikini 27-3-2024 06:55 AM
dlm tak sedar org kita pun selalu buat
puasa penuh dapat duit raye 1k....contohhh
Quote Jitu 27-3-2024 07:09 AM
boikot wartawan cari
Quote lamola 27-3-2024 08:13 AM
dua_chzy replied at 27-3-2024 06:40 AM
50k rupiah tu nilainya persis 50 hengget duit kita kan. Lepas la beli tempe, jamur, jahe segala maca ...

Rupiah 50000 tu kurang lebih RM15 uols
Quote dua_chzy 27-3-2024 09:47 AM
lamola replied at 27-3-2024 12:13 AM
Rupiah 50000 tu kurang lebih RM15 uols

Tak. Ai maksudkan nilai 15 hengget tu macam 50 hengget duit kita. Sebab pernah nampak Youtuber Ndon (tapi di kampung, bukan Zakarta) dapat beli banyakkkkk barang2 basah dengan RM 10 sajork. Kalau di Malaysia nilai barang2 dia beli tu dah berlipat kali ganda.
Quote supernaturalee 27-3-2024 10:39 AM
slyfynx replied at 27-3-2024 12:13 AM
@CARI-HBZ dengan artikel sampah
50k rupiah baru RM14.93 sen
Jadah jadi RM150?

to be exactly:

50,000.00 Indonesian Rupiahs =
14.925791 Malaysian Ringgits
[size=1.4]
1 IDR = 0.000298516 MYR
1 MYR = 3,349.91 IDR


Quote supernaturalee 27-3-2024 10:41 AM
original artikel dpd kosmo

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... asjid%20di%20Malang,ahli%20perniagaan%20di%20daerah%20Gondanglegi.
Quote cantthinkofany 27-3-2024 03:43 PM
tungkai replied at 26-3-2024 11:21 PM
Memandai aje 50,000 Rp = RM150 padahal RM15 je

itu...penat gak la aku mencongak2 tadi...dtg maner 150 RM
Quote pengecatbintang 27-3-2024 04:59 PM
Edited by pengecatbintang at 27-3-2024 05:03 PM
slyfynx replied at 27-3-2024 12:13 AM
@CARI-HBZ dengan artikel sampah
50k rupiah baru RM14.93 sen
Jadah jadi RM150?

agaknya depa check kat google tak?

percayalah google tue, BeeNM yg penipoo -> kata2 porumer CI yg itu hari mati2 percaya USD/RM - RM5.00





Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.139419 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top