CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapal Kibar Bendera Singapura Langgar Jambatan Di Baltimore

26-3-2024 09:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12331| Komen: 97

Description: WASHINGTON – Jambatan Utama Francis Scott di bandar Baltimore runtuh selepas dilanggar oleh sebuah kapal kargo, kata Pihak Berkuasa Pengangkutan Maryland (MTA) hari ini.


WASHINGTON  – Jambatan Utama Francis Scott di bandar Baltimore runtuh selepas dilanggar oleh sebuah kapal kargo, kata Pihak Berkuasa Pengangkutan Maryland (MTA) hari ini.

“Jambatan Utama I-695  runtuh selepas dilanggar kapal,” kata MTA di platform X, merujuk kepada lebuh raya rentas negeri yang melibatkan jambatan tersebut.

Justeru, MTA menggesa supaya pemandu mengelak laluan melibatkan jambatan itu yang merentasi Sungai Patapsco.

Seorang jurucakap Jabatan Polis Baltimore memberitahu saluran berita NBC News bahawa terdapat pengguna jalan raya yang terjatuh ke dalam sungai.


“Saya boleh mengesahkan bahawa pada pukul 1.35 pagi(waktu tempatan), polis Bandar Baltimore dimaklumkan tentang sebuah  jambatan yang runtuh. Kejadian  berlaku di Jambatan Utama Francis Scott,” kata Detektif Niki Fennoy.

Laman pemantauan kapal, MarineTraffic memaparkan sebuah kapal kontena mengibarkan bendera Singapura bernama Dali berhenti di bawah jambatan itu awal tadi.

Datuk Bandar Baltimore, Brandon Scoot  berkata, beliau dimaklumkan tentang  kemalangan itu dan usaha menyelamat sedang dilakukan.

“Tolong mendoakan mereka yang terjejas,” kata  Olszewski di laman X. – AFP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noradaniez 27-3-2024 12:16 AM
Komedian singapore boleh la buat lawak kapal deme langgar jambatan ni, selalu bahan malaysia je.
Quote cranell 27-3-2024 12:30 AM
menangis la insurans kapal ni.
Quote makneng 27-3-2024 01:29 AM
noradaniez: Komedian singapore boleh la bu ...

Nak like komen ni!!! Helpppp!!
Quote tumpanglalu74 27-3-2024 02:03 AM
Naseb baek tak jadi buad Jambatan Bengkok..
Quote dua_chzy 27-3-2024 02:18 AM
Aiol baca komen2 netizens, boleh tahan kelakar masing2.
Quote dua_chzy 27-3-2024 02:19 AM
Aiol pun tafaham camna dia langgar, nampak macam tergesel sikit je tapi bagaikan kertas renyuk jambatan Baltimore tu hancoq berderai.
Quote manopBKK 27-3-2024 02:58 AM
Jom la tag komedian Spore yg buat lawak bodow pasal Msia hari tu…
Quote VespaSilbe 27-3-2024 03:58 AM
Vessel Maersk khuenz.. katanya menuju ke Sri Lanka..
Quote JunkMail 27-3-2024 04:29 AM
Macam.lego aku tengok jambatan tu berderai...
Quote Lolalala 27-3-2024 04:42 AM
Bila perli² singapore, dah sama pula tahap dgn komedian vodo tu. Kesian mangsa² yang memang tak tau apa yg terjadi. Final destination sgt la
Quote cikrosienona 27-3-2024 05:13 AM
dua_chzy replied at 27-3-2024 02:19 AM
Aiol pun tafaham camna dia langgar, nampak macam tergesel sikit je tapi bagaikan kertas renyuk jamba ...

Jambatan ni kecik je and nipis… xbesar mcm jambatan pulau pinang and mmg bukan laluan kargo… xtau nape kepten kapal tu langgar
Quote kakikuDibibirmu 27-3-2024 05:40 AM
jambantan sudah roboh, sudah roboh, sudah roboh,
jambantan sudah roboh, my fair lady
Quote kaoru44 27-3-2024 05:50 AM
kesian org yg jd mangsa
Quote shalalat 27-3-2024 06:09 AM
Ada tak sesapa yg tau, ni first time ke kargo tu lalu situ? Mcm pelik pulak terlanggar
Quote FOTHER-MUCKER 27-3-2024 06:14 AM
[youtube]jUv-eNF37Ck?si=mKvDRJeStZdFpBbM[/youtube]
Quote Decaffeinated 27-3-2024 06:23 AM
noradaniez replied at 27-3-2024 12:16 AM
Komedian singapore boleh la buat lawak kapal deme langgar jambatan ni, selalu bahan malaysia je.

Berdaftar di Singapore tak semestinya milik Singapore. Business kapal ni lain sikit bukan macam kereta lori.
Quote wikedsaikel 27-3-2024 06:27 AM
Besar juga berita ni dengan P Diddy pedo case. Org puteh sana kat X kata “nak tutup news lain letteww”.
Quote manop 27-3-2024 06:29 AM
cikrosienona replied at 27-3-2024 05:13 AM
Jambatan ni kecik je and nipis… xbesar mcm jambatan pulau pinang and mmg bukan laluan kargo… xta ...

elektrik failure....tak sempat kemudi..brake..
Quote noor2 27-3-2024 06:34 AM
Gila...jambatan tu tempat laluan banyak kenderaan...harap semua survive...cemana kapal yg lebih had ketinggian boleh lalu...bodo betul

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.067991 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top