CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelayakan Piala Dunia: Oman Bikin Harimau Malaya ‘Bungkam’

27-3-2024 04:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5139| Komen: 1

Description: KUALA LUMPUR – Hajat pasukan Harimau Malaya untuk meraih mata berharga tidak kesampaian selepas tewas 0-2 epada Oman dalam aksi Kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sebentar ...

KUALA LUMPUR – Hajat pasukan Harimau Malaya untuk meraih mata berharga tidak kesampaian selepas tewas 0-2 epada Oman dalam aksi Kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad negara kendalian Kim Pan-gon membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan dikemudi Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim dan Darren Lok.

Misi membalas dendam skuad kebangsaan bermula seawal minit pertama apabila Arif Aiman memiliki peluang keemasan tetapi rembatan yang dilakukan dalam kotak penalti berjaya ditepis penjaga gol lawan.

Tersentak dengan serangan Malaysia, skuad Oman yang menduduki ranking ke-80 mula memperkemaskan jentera serangan dan meraih beberapa siri percubaan tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi.

Benteng pertahanan negara mula goyah apabila Azam Azmi Murad terpaksa dikeluarkan pada minit ke-26 kerana mengalami kecederaan.


Peluang tersebut digunakan oleh pasukan Oman apabila berjaya memecah kebuntuan sebelum wisel babak pertama ditiupkan hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Omer Al Malki.

Bersambung pada babak kedua, Pan-gon mulakan formasi menyerang habis-habisan dengan memasukan Brendan Gan, Endrick dos Santos dan Paulo Josue.

Peluang kedua-dua pasukan dilihat agak seimbang tetapi skuad negara dilihat masih gagal memberi sebarang ancaman bahaya kepada kubu lawan dengan Oman cuba melakukan serangan balas pantas.

Pasukan Asia Barat itu hampir menggandakan kelebihan tetapi percubaan pemain gantian, Mohammed Mubarak Al-Ghafri daripada luar kotak penalti terkena palang gol ketika Ahmad Syihan sudahpun ditewaskan.

Gol kedua yang dinanti Oman akhirnya tiba hasil gerakan cantik pada masa kecederaan yang berjaya disudahkan oleh Mohammed Mubarak.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan dengan skuad negara gagal membalas dendam di atas kekalahan 0-2 pada aksi ketiga kumpulan di Muscat pada minggu lalu.

Peluang skuad negara pada aksi kali ini masih lagi terbuka kerana bakal menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada pada Jun depan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shalalat 27-3-2024 06:13 AM
Penuh ye mamak mlm tadi. Padan muka kalah, kot gi terawih takpa jgk.ni memekak menjerit2 mcm takda hari esok

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.222609 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top