CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Laporan Polis Berkaitan Gangguan Seksual Doktor HRBP

27-3-2024 05:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6877| Komen: 26

Description: IPOH – Lima laporan diterima polis Perak berkaitan kes gangguan seksual melibatkan doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).



IPOH – Lima laporan diterima polis Perak berkaitan kes gangguan seksual melibatkan doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kesemua laporan itu diterima daripada doktor yang dinamakan dalam surat layang berkenaan.

“Setakat ini, tiada laporan diterima daripada doktor pelatih yang dikatakan sebagai mangsa dalam kejadian itu. Jadi, kita minta kepada mereka yang terlibat dalam kes ini agar tampil membuat laporan sekali gus membantu pihak polis menjalankan siasatan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Pencegahan Jenayah Komersil ‘Phone Scam’ anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak dan Pos Malaysia Berhad, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Terdahulu, tular surat layang mengandungi dakwaan beberapa doktor pelatih wanita di Jabatan Ortopedik HRPB yang dikatakan sering diganggu secara seksual oleh seorang doktor lelaki.


Susulan penyebaran surat layang itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan berkenaan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 27-3-2024 06:06 AM
diterima dari sapa? aku confius
Quote Thunderclouds 27-3-2024 06:20 AM
whimsicalmusic replied at 27-3-2024 06:06 AM
diterima dari sapa? aku confius

Kt perenggan awai dh habaq.
P baca blk slow slow
Quote Thunderclouds 27-3-2024 06:26 AM
Kt mesia ni tadak konsep whistleblower, walau ada akta utk depa ni.
Ujung² mkn diri sendri ja.
Either u suck it up or benti keja/mintak tukaq.
Quote dua_chzy 27-3-2024 06:37 AM
Thunderclouds replied at 26-3-2024 10:26 PM
Kt mesia ni tadak konsep whistleblower, walau ada akta utk depa ni.
Ujung² mkn diri sendri ja.
Eit ...

Betul. Huh.
Quote dua_chzy 27-3-2024 06:38 AM
Thunderclouds replied at 26-3-2024 10:26 PM
Kt mesia ni tadak konsep whistleblower, walau ada akta utk depa ni.
Ujung² mkn diri sendri ja.
Eit ...

Paling aku benci, jahanam2 camni hidup aman damai masih jadik sanjungan people sekeliling. Ujung2 yang masuk gua hidup trauma ptsd depresi sepanjang hayat, si mangsa tu.
Quote syamzana 27-3-2024 06:43 AM
kenapa sampai 5 report doktor berkenaan buat?? ke ada 5 org suspek??
Quote beatgirlX 27-3-2024 06:43 AM
dua_chzy replied at 27-3-2024 06:38 AM
Paling aku benci, jahanam2 camni hidup aman damai masih jadik sanjungan people sekeliling. Ujung2  ...

Btoi... Dulu sian kawan aku.. Laki dia kena fitmah dgn org atasan dia sb dengki... Komplot dgn bdk intern.. X memasal kena brenti.. Yg lain terpaksa diam bila kena bwk p IR sb nal jg periuk nasi..  Tp bdk intern tu mmg kena silence treatment laa...
Quote dua_chzy 27-3-2024 06:50 AM
beatgirlX replied at 26-3-2024 10:43 PM
Btoi... Dulu sian kawan aku.. Laki dia kena fitmah dgn org atasan dia sb dengki... Komplot dgn bdk ...

Eeee kesian! Dunia ni memang jahat! Semoga yang teraniaya di dunia dapat pembelaan di akhirat!
Quote dua_chzy 27-3-2024 06:51 AM
syamzana replied at 26-3-2024 10:43 PM
kenapa sampai 5 report doktor berkenaan buat?? ke ada 5 org suspek??

Bukan la. 1 suspek, 5 mangsa.
Quote bottombikini 27-3-2024 06:52 AM
kalau dah sampai 5 org maknanya betul lah
Quote syamzana 27-3-2024 06:55 AM
dua_chzy replied at 27-3-2024 06:51 AM
Bukan la. 1 suspek, 5 mangsa.

oooo ahahah. pagi2 pun hang dah otak.

uishhh sampai 5org...rakusnya doc pun.
agaknya tgk patient cun pun bergetar bebird
Quote beatgirlX 27-3-2024 06:55 AM
dua_chzy replied at 27-3-2024 06:50 AM
Eeee kesian! Dunia ni memang jahat! Semoga yang teraniaya di dunia dapat pembelaan di akhirat!

Aminnnn walaupun Snr Manager tu Cina... Bdk intern tu Melayu... Haishhh...
Quote beatgirlX 27-3-2024 06:56 AM
bottombikini replied at 27-3-2024 06:52 AM
kalau dah sampai 5 org maknanya betul lah

Selalunya gitu... Kalau plot twist komplot tu tak tau la kannn
Quote cmf_jeangrey 27-3-2024 06:56 AM
Di Malaysia, konsepnya siapa yg buat laporan yg akan disiasat...kesudahannya bermaharajalela la si rapist/pervert/pedo di mana2...

Quote bottombikini 27-3-2024 07:05 AM
Dr K tu confirm ada network org2 atasan/politicians
senang sgt lah nak lepas pastu
org camni kat dunia kau menang la
Quote scorpionkiki 27-3-2024 07:29 AM
dua_chzy replied at 27-3-2024 06:51 AM
Bukan la. 1 suspek, 5 mangsa.

Eh...pemahaman i dr artikel tu, doktor pelatih tak buat laporan polis...means doktor tulah yg buat...
Quote whimsicalmusic 27-3-2024 08:53 AM
Edited by whimsicalmusic at 27-3-2024 08:54 AM
Thunderclouds replied at 27-3-2024 06:20 AM
Kt perenggan awai dh habaq.
P baca blk slow slow


otak xfunction pg2 hahaha. sape yg hntr surat layang? mangsa? bkn surat layang org xdisclose ke sape penghantarnya?

edit: ok i rasa i paham da. surat layang tu org lain hntr n ltk nama mangsa. tp mangsa xde buat report. so penulis surat layang la yg buat 5 report tu ke cmne
Quote swateng1 27-3-2024 09:28 AM
whimsicalmusic:    Edited by whimsicalmusic at 27-3-2024 08:54 AM  otak xfunction pg2 hahaha. sape yg hntr surat layang? mangsa? bkn surat layang org xdisclose ke sape ...


chu ols g laa korek2 kat tt sana nu. haritu dah ada naik kt tt pasal ni.siap tnjuk surat n details pasal pelaku

Quote Thunderclouds 27-3-2024 09:32 AM
whimsicalmusic replied at 27-3-2024 08:53 AM
otak xfunction pg2 hahaha. sape yg hntr surat layang? mangsa? bkn surat layang org xdisclose ke sa ...



Yg wat 5repot pulis di sini adalah pemangsa.
Yg 5org mangsa dh lari masuk gua.
Depa² ni la nnt kna cop kasi busuk nama jabatan,BUKAN pemangsa.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.058820 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top