CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kerasukan Selepas Tebang Pokok Tanpa Izin

27-3-2024 05:02 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5537| Komen: 3

Description: JAKARTA – Seorang lelaki dari Klungkung, wilayah Bali dirasuk ketika membonceng motosikal, dipercayai akibat menebang pokok tanpa meminta izin, lapor laman berita Detik hari ini.


JAKARTA – Seorang lelaki dari Klungkung, wilayah Bali dirasuk ketika membonceng motosikal, dipercayai akibat menebang pokok tanpa meminta izin, lapor laman berita Detik hari ini.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, lelaki tidak berbaju itu dilihat merangkak di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan meracau-racau.

Ketua Polis Dawan, Asisten Komisioner Polis I Komang Susiawan berkata, lelaki bernama Ananda Pratama Laritembun tersebut merupakan buruh bangunan berasal dari Banyuwangi, wilayah Jawa Timur.

“Lelaki yang meracau itu ialah buruh bangunan yang bekerja di Kampung Besan,” katanya sambil menambah, kejadian berlaku pada Jumaat lalu.

Tambah Komang, Ananda dan rakannya sebelum itu menebang sebatang pokok yang akan digunakan untuk membuat rumah.

Ketika mereka menaiki motosikal melalui Kampung Dawan Kaler, Ananda yang membonceng tiba-tiba meronta-ronta.


Disebabkan keadaannya tidak terkawal, rakannya menghentikan motosikal dan berhenti di tepi jalan.

“Ananda kemudian dibawa ke lokasi dia tinggal (di Bali) dan dirawat mengikut adat agama Hindu sebelum kembali sedar,” ujarnya. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piyek92 27-3-2024 02:55 PM
yang kuban kuban je..
Quote hokeypokey 27-3-2024 11:55 PM
sawan kot
Quote B40tastePosh 28-3-2024 03:22 AM
Edited by B40tastePosh at 28-3-2024 03:23 AM

Sinetron Bali bertajuk KKN Desa Penari untuk menarik ramai Wisatawan ke desa desa terpencil

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.045123 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top