CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Padang Rosak, Hannah Bayangkan Jawatan Hans Isaac Kekal

27-3-2024 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6150| Komen: 4

Description: KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberi bayangan Datuk Hans Isaac akan kekal selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sehingga kontraknya tamat pada Jun tahun depan di seb ...



KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberi bayangan Datuk Hans Isaac akan kekal selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sehingga kontraknya tamat pada Jun tahun depan di sebalik desakan mahukan beliau meletak jawatan.

Hannah berkata setiap keputusan berkaitan isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang sering menerima kritikan diputuskan secara bersama oleh Lembaga Pengarah PSM.

Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi PSM bagi sesi 2023-25 bermula pada Jun tahun lalu.

"Hans Isaac dilantik bagi tempoh dua tahun dan saya percaya dalam PSM sekarang segala keputusan dibuat bersama Lembaga Pengarah.

"Lembaga Pengarah sudah mengambil keputusan untuk rumput selepas konsert Coldplay, bagi kepada pakar untuk masuk dan lakukan tugas, itu adalah keputusan Lembaga Pengarah. Jadi, kita kena tunggulah," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), malam tadi.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan berhubung desakan pelbagai pihak yang mahukan Hans Isaac meletak jawatan susulan kerosakan padang yang sering berlaku di Stadium Nasional sehingga menjejaskan perlawanan membabitkan Harimau Malaya.

Menurut Hannah, selepas konsert Coldplay pada November tahun lalu, PSM mendapatkan khidmat pakar rumput dari Australia bagi melakukan segala perancangan untuk penjagaan rumput di stadium itu.

"Sebab itu, selepas perlawanan malam ini (Malaysia menentang Oman pusingan kelayakan Piala Dunia) kita nilai dulu.

"Saya juga akan bermesyuarat untuk mendengar dan dapatkan maklum balas daripada pakar rumput kerana saya mahu pastikan terus ada penambahbaikan.

"Seperti yang saya jelaskan di Parlimen, kita tiada pilihan di mana saya ada dua stadium. Disebabkan saya tiada dua pilihan itu, kita kena pastikan kita jaga rumah untuk Harimau Malaya dan pada masa yang sama kita juga kena bagi ruang untuk konsert.

"Hasil daripada konsert semua masuk ke akaun perbadanan stadium dan dalam tabung berkenaan kita belanja untuk naik taraf stadium," katanya.

Dalam pada itu, Hannah mengesahkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi tamat minggu lalu dan beliau mempelawa calon yang berkelayakan untuk menghantar permohonan bagi mengisi kekosangan jawatan itu.

Pada masa sama beliau turut memaklumkan Iliyas Jamil dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi PSM.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 27-3-2024 12:25 PM
taylor swift, coldplay buat konsert kt sg stadium tu 6 hari, elok jah padangnya... ed sheeran buat sehari jah, haruuuuuuuu terus padang....
Quote thelilyallen 27-3-2024 01:34 PM
Hans ni pernah nampak dia rapat gak dgn rockybru laki si nekyati pilates
Quote piyek92 27-3-2024 02:53 PM
aku tak faham kenapa konsert mesti nak buat kat situ..dah tak ada tempat lain ke...
Quote hokeypokey 28-3-2024 12:22 AM
sape suh bagi retis jaga stadium

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.057051 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top